Bila Sakit Bersalin Kuasai Diri, Suami Tolong Jaga Aurat Isteri Dari Awal Sampai Melahirkan

Share

Ragam suami dalam bilik bersalin ini macam-macam. Lagi-lagi bila dapat saksikan sendiri isteri sakit bersalin mahu melahirkan permata hati. Ibarat menyaksikan depan mata keajaiban yang sedang Allah anugerahkan untuk mereka.

Waktu sakit bersalin dah mula kuasai isteri, macam-macam boleh jadi. Dan inilah yang berlaku dalam bilik bersalin, yang disaksikan sendiri oleh Dr Nur Hanisah, pegawai perubatan yang bertugas di negeri Kelantan.

Mak ayah hadamkan kisahnya, kerana ada banyak cerita pengajaran terselit di sebalik kisah yang doktor ini kongsikan.

Anugerah Suami Contoh

Asyik bercerita tentang perangai mak-mak je dalam labour room kan. Apa kata sekali ni kita cerita pasal bapak pulak?

Kalau haritu ada cerita tentang doktor dan misi sebagai pasukan sorak ibu bersalin. Bila sebut pasal ayah ni, boleh kata mewakili coach agaknya.

Teringat satu kenangan menyambut kelahiran bayi pertama sepasang suami isteri.

Sang suami begitu proaktif sekali dalam membantu si isteri. Apa yang kami sebut, itulah yang dia ikut.

Teran kuat, ayang! Panjang! Panjang

!”

Terharu saya dibuatnya. Sungguh, suami seperti dia benar-benar membantu kerja doktor dan misi semua.

Bila isterinya tak teran kuat mana, dia ikut menegur kesalahan isteri pula.

Eh, jangan bunyi gitu! Ketap gigi! Kuat lagi! Lagi!”

Tersenyum saya dibuatnya. Teruja dengan kesungguhannya.

Suruh Isteri Encik Teran Kuat Lagi..

Apabila doktor memanggil sang suami,

Encik, cuba tengok sini kepala anak dah sampai mana. Suruh isteri encik teran kuat lagi.”

Maka, dia encourage lagi dengan bersungguh-sungguh.

Sambung! Sambung!”

Hampir tergelak saya dibuatnya.
Semangat betul dia!

Di saat kepala bayi kelihatan sudah mula mahu keluar, dia membuka kaki luas bagi tujuan merendahkan badan. Memastikan bisikan benar-benar sampai ke telinga isteri. Macam nak bersilat dah gaya dia waktu ni!

Ok sayang! Last shoot! Last shoot!”

Allahu! Masa ni memang saya tak boleh tahan nak tergelak! Dia ingat agaknya dalam perlawanan bola sepak?

Akhirnya, si bayi selamat lahir.

Apabila doktor mengangkat bayi sambil bertanya, “Puan, sebut anak lelaki ke perempuan?”

Sang suami terlebih dahulu memberi respon teruja. Dia menekup muka dengan mata terbeliak. Antara terharu dan gembira.

Doktor, saya dah boleh keluar, kan?”

Saya sangka, pasti dia mahu sujud syukur atas kegembiraan dikurniakan anak pertama mereka.

Aha. Dah boleh encik.”

Ok, doktor. Asyik suruh isteri teran, saya sendiri pulak nak terberak.”

Haha! Masa ni memang dah terpecah gelak! Lawak!

Memanglah dia boleh dapat Anugerah Suami Paling Proaktif dalam labor room ni!

 

5 Tip Untuk Para Suami Yang Temani Isteri Sakit Bersalin

So, nak share sikit tips untuk para suami yang teman isteri bersalin.

1. Pastikan Isteri Ikut Arahan Doktor/Misi

Maksudnya kat sini, para suami kena peka! Dengar apa yang doktor/misi sebut. Ikut je ulang semula kepada isteri. Macam contoh suami dalam cerita tadi. Sampai doktor dan misi pun puji sebab dia telah membantu memudahkan urusan kami. Terbaik!

2. Jaga Aurat Isteri

Ini boleh dilakukan semampunya. Di ambang masa kemuncak isteri untuk mula bersalin, selalunya si isteri akan tak senang duduk melawan sakit kontraksi. Bergolek ke kanan. Bergolek ke kiri.

Tak kena cara, boleh terdedah aurat mereka. Begitu juga tentang tudung. Selagi tidak memudaratkan isteri, jagalah bab ini. Si isteri memang tak mampu nak jaga aurat sendiri dah waktu ni. Kesakitan menguasai diri. Maka, tolonglah ‘jaga’ mereka ya, para suami mithali.

3. Baca Zikir Ke Telinga Isteri

Terharu bila tengok ramai suami berbuat begini. Teruskan ya! Semoga isteri sentiasa dalam keadaan mengingati Tuhan Yang Esa. Dia jua yang Maha Memudahkan Segalanya.

4. Jaga Solat Isteri

Tolonglah para suami. Cakna hal yang satu ini. Ikut mazhab Syafie, selagi tak keluar bayi, selagi itu wajib solat. Maka perlu cakna waktu solat dan arah kiblat ya. Belajar juga cara ambil wudhu guna spray.

Boleh dalami lagi ilmu tentang ni daripada ustaz ustazah. Islam itu mudah. Tetapi bukan untuk diambil mudah.

5. Berterima Kasih Kepada Isteri

Fuh! Sendiri tengok orang bersalin pun dah dapat rasa penat dia macam mana. Struggle tahap tinggi punya!

Para suami, ringankan mulut. Ucapkan terima kasih kepada isteri. Kucup dahi isteri tanda penuh menghargai. Ada saya tengok, suami lebih excited tengok bayi yang baru dilahirkan daripada isteri yang baru habis menang ‘berlawan’.

Memanglah si isteri dah tak kisah pun sebab lebih nak berasa lega daripada penat yang amat sangat. Tetapi alangkah sejuknya hati bila dapat lihat suami yang sudi layan isteri macam bidadari.

Oh ya! Apa salahnya berterima kasih juga kepada pasukan sorak (doktor dan misi) yang turut menyumbang jasa. Hormatilah mereka dengan tutur kata yang baik dan riak wajah yang manis. In syaa Allah, semua gembira!

Sekian sahaja.

Selamat menjadi seorang bapa yang penyayang kepada ibu dan anaknya!

P/s: Kongsikan tips ini kepada pasangan sendiri, adik-beradik, mahupun rakan-rakan yang bakal melalui perjalanan yang sama nanti!

Sumber/Foto : Nur Hanisah, yang berkongsi post santai dan bermanfaat tentang dunia #HospitalTarbiah

Published by
Netty Ah Hiyer