Memang sukar memahami hati seorang wanita. Wanita atau isteri ini kebiasaannya suka memendam rasa. Dia sedih, marah atau merajuk dia diam sahaja. Simpan kemas-kemas dalam hati hingga suami pun tak perasan.
Nampak letih dan lemah, tapi bila suami tanya pasti jawapannya tiada apa-apa. Sebenarnya memendam perasaan ini bahaya kerana lama-lama akan beri tekanan dalam diam. Bahaya tau isteri suka memendam, lagi-lagi sakit hati tapi tetap senyum macam biasa.
Sebaliknya jika respon, gerak tubuh dan tindakannya lebih terkawal itu bermakna emosi isteri stabil dan sihatlah itu.
Ikuti dan fahami perkongsian Firdaus Shakirin ini:
Apa yang dia lalui, apa yang dia hadapi, apa yang dia pendam, apa yang dia simpan… Tak semua wanita mampu untuk menyembunyikan apa yang dia rasa, ada yang sudah cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan namun masih kelihatan juga pada raut wajahnya…
Dia kelihatan letih, dia kelihatan penat, dia lesu dan lemah…
Mungkin terlalu banyak yang perlu dia lakukan dalam kehidupan hariannya, mungkin terlalu banyak beban yang ditanggung dan digalasnya, mungkin dia tiada tempat untuk meluahkan, mungkin dia juga tidak difahami dan dihargai oleh insan yang sepatutnya memahami dan menghargai dirinya…
Kita nampak dia macam ok, walhal tidak… Tanya diri kita yang lelaki ini, yang sudah jadi suami ini, sejauh mana keyakinan kita bahawa isteri kita tu sihat mental dan emosinya…
Kita beranggapan bahawa dia tak pandai mengawal tekanan, kita beranggapan bahawa dia terlalu mengikut perasaan dan kita beranggapan bahawa kita memahami dia luar, dalam…
Tapi sebenarnya tak…
Jika mental, emosi dan perasaan seorang wanita itu sihat, maka respon, gerak tubuh, tindakannya lebih terkawal dan teratur… Dia mampu untuk menghadapi apa saja dengan bersemangat dan kuat sekiranya semuanya berada dalam keadaan yang “SIHAT”…
She hurts, but she still smile… Itu yang membuatkan kebanyakan lelaki gagal utk mengetahui apa yang ada di sebalik senyuman seorang wanita…🙂