Bila PM Umum Lanjutan Moratorium, Bantuan Bank Bersasar, Fahamilah! Ramai Masih Susah

Share

Ketika orang lain, ada kerja boleh dapat gaji penuh cukup bulan. Kesan dari pandemik Covid-19, ada rakyat yang terjejas mata pencariannya. Tak bergaji, dibuang kerja malah dicutikan tanpa gaji. Dalam masa sama, hutang pinjaman masih ditanggung.

Sekitar April lalu, peminjam yang terkesan kewangannya boleh menarik nafas lega kerana moratorium yang diberikan kerajaan. September ini, moratorium akan berakhir. Ada peminjam yang masih belum lagi pulih kewangannya.

Syukurlah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan kepada invidu hilang pekerjaan dan mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19.

Dan ini yang dikongsikan Pe Chey, selain bersyukur dengan pengumuman yang diberikan PM hari ini, mak ayah jangan pula cepat terleka.

Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar

Ketahui dan fahamilah, bila mana Perdana Menteri umumkan lagi lanjutan Moratorium dan bantuan bank bersasar ini, itu petandanya keadaan ekonomi masih belum sihat semula.

Situasinya ialah kita tak boleh ramal apa akan berlaku bulan depan dan bulan bulan mendatang. Mohon fahamlah sesiapa yang baca coretan aku ini.

Makin ramai yang dibuang kerja, dicutikan atau terpaksa dikurangkan gaji. Ini bermakna kuasa beli rakyat yang dari kelompok ini sangat terjejas. Nak beli beras pun tak lepas.
Jangankan susu anak atau pakaian. Sungguh.

Pandemik yang berlaku ini bukan main main. Bukan juga kes terpencil kerasa kesannya seluruh dunia. Mujur, kerajaan hari ini tak bermain politik ” sangat”, dan kenampakan mereka berusaha untuk memahami permasalahan rakyat. Jika tidak, aku tak tahu apa akan jadi.

Baca sini : Dengan duit moratorium ayah belikan setiap anak isteri seutas gelang emas.

Bukan Nak Takutkan, Cuma Tolonglah Dengar Arahan

Bukan juga aku nak mewujudkan rasa takut di kalangan kalian yang membaca, cumanya, percayalah dan fahamilah, situasi sekarang perlukan kita semua bersatu dan mendengar arahan yang diberikan pihak berkuasa.

Kementerian Kesihatan kata, wujudkan penjarakan, maka tolonglah jangan berkumpul, berhimpun ramai ramai. Kena pakai facemask, tolonglah pakai. Jangan bersentuhan, makanya janganlah gatal bersalam atau berpelukan.

Itu sahaja yang sebenarnya mampu kita buat.
Ini kerana Covid-19 masih ada di keliling kita.

Kita boleh gelak, kita boleh ketawa, kita boleh persenda sebab kita belum kena. Cubalah kena, tak kira diri kita atau anak beranak, itu jam, barulah nak up kat FB post bernada sayu?

Lambat dah bro, sis. Kita mana nak jaga kita.

Tiap hari, kita dengar bacaan doa oleh Perdana Menteri baik di radio atau di dalam televisyen. Sayu suaranya, namun kita jauh sekali nak aminkan. Kita mungkin anggap doa itu seolahnya sekadar doa makan. Namun percayalah, betapa berat tanggungjawabnya mengetuai kerajaan yang perlu membuat keputusan yang tepat dan cekap.

Bayangkan kau yang baca ni, kau adalah seorang Perdana Menteri, kau rasa kau boleh tak buat keputusan yang realistik ?

Aku bagi peluang kau fikir dengan soalan tu.
#NfI

Kalau bernas, sharekanlah. Kalau tak, baca je.

Mereka Ini Bakal Nikmati Tawaran Lanjutan Moratorium

1. Individu yang hilang kerja pada tahun 2020 dan masih belum dapat pekerjaan baru, akan dapat menikmati lanjutan untuk tempoh tiga bulan. Selepas tiga bulan, tempoh itu boleh dilanjutkan oleh bank, bergantung kepada situasi individu.

2. Golongan yang masih bekerja tapi gaji terjejas atau berkurang akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung jenis pinjaman. Misalnya, pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran asuran bulana akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji.

Bantuan adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada gaji semasa individu berkenaan.

3. Semua peminjam individu atau perusahaan kecil sedehana (PKS), baik peniaga, penjaja atau yang bekerja tersendiri yang terkesan akibat wabak Covid-19. Bergantung kepada situasi peminjam-peminjam tersebut.

Bantuan ditawarkan termasuk membayar faedah saja untuk jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.

Pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

MW : Jangan pernah terleka, kalau bukan kita yang jaga diri kita, siapa lagi yang nak diharapkan.

Sumber/Foto : Pe Chey, Mstar

Published by
NETTY AH HIYER