Boleh dikatakan kerja rumah mak-mak tak pernah habis. Ada sahaja benda yang nak dilakukan. Tidak boleh duduk diam. Selesai di dapur, ke ruang tamu pula. Sampaikan masa untuk ‘me time’ sendiri pun tak ada. Semuanya dilakukan demi untuk keluarga tercinta.
Tapi, bila masa yang sesuai untuk ‘me time’? Kadang-kadang, mak-mak terpaksa korbankan ‘me time’ untuk diri sendiri. Sebenarnya, ‘me time’ bukan bermakna mak-mak kena bercuti lama untuk bersendirian. Kadang-kadang, tidur seketika tanpa sebarang gangguan pun sudah mencukupi.
Apa yang dikatakan ‘me time’. Perkongsian daripada Faizatul Iman ini boleh memberi inpirasi untuk mak-mak mengendalikan ‘me time’ untuk diri sendiri.
Cabaran Ibu, Penat & Letih
Semalam saya terbaca tentang “Bagaimana Nak Urus Tenaga Kita Agar Efektif Mendidik Anak.”
Cabaran terbesar buat ibu ibu adalah KELETIHAN DAN KEPENATAN.
Bayangkan, dari kita buka mata hinggalah kita tidur balik, masa kita penuh dan padat. Saya baru dikurniakan anak seorang juga sudah mula merasai kepenatan. Apatah lagi bila punya anak kecil yang berderet.
Penting sangat untuk kita sebagai ibu mempunyai tenaga dan disalurkan kepada
1️. Tenaga fizikal
2️. Mental
3️. Emosi
4️. Rohani
Apa yang saya faham, penting untuk kita menjadi rasional atau waras balik setelah beberapa lama kita kepenatan dalam menguruskan tugasan rumah dan anak-anak.
Andai kita kepenatan, kebiasannya kita cepat marah dan stress. Rasa nak marah marah tak tentu pasal.
Baca Di Sini:
Jangan Persoal Bila Isteri Minta REHAT, ‘Me Time’nya Takkan Sama Dengan Suami
Bila Ada Anak Kecil, Kata Dr Say ‘Me Time’ Tu Penting
Info menarik lagi di sini
Tip Untuk Mak
Mulakan hari dengan solat, doa, zikir, selawat dan al-quran. Seterusnya sedikit pembacaan ilmiah, atau perkongsian ilmiah di fb atau mana-mana medium. SubhanaAllah. Seterusnya Allah akan bantu, dipermudahkan mengurus emosi diri dan mendidik anak-anak hinggalah ke waktu malam. MasyaAllah waktu tahajjud juga merupakan waktu ‘me-time’.
Mendidik anak dan melayari kehidupan berumahtangga perlukan kewarasan ibu yang baik.
Itulah datangnya kepentingan me-time ibu ini.
Masukkan dalam minda dan bayangkan apa yang kita mahu anak-anak kita berkelakuan bagaimana dengan penuh yakin dan percaya. Ia memang sukar pada mulanya. Perlu dilatih dan akhirnya akan jadi mudah. InsyaAllah.
Jadi house manager perlu keluatan mental fizikal yang kuat, namun nikmatnya menjaga mendidik dan melihat anak depan mata hanya Allah yang tahu.
MW: Sibuk macam mana sekalipun, mak-mak perlu berehat seketika. Jangan terlalu ‘memaksa’ diri.
Sumber: Faizatul Iman Makpol