Bila bercerita tentang depresi meninggalkan pelbagai tanggapan dan persepsi.Bukan mudah untuk memahami dan tak ramai yang tahu cara untuk membantu individu yang sedang mengalami depresi. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan orang yang terdekat dengan kita, ahli keluarga mahupun pasangan sendiri.Adakalanya buntu dengan apa yang perlu dilakukan, kerana tak boleh nak jangka apa yang bakal berlaku.

Perkongsian pengalaman peribadi daripada Encik Amirul Abraham ini mungkin boleh dijadikan panduan.

Perkara yang jarang jarang berlaku waktu solat Jumaat lepas. Saya tidak tidur waktu khutbah. Amazing.

Sebab khatib bercerita tentang DEPRESI.

Tahun lepas seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas nekad untuk bunuh diri terjun dari tingkat 3. Remaja ini yang minta follower beliau untuk membuat undian sama ada pilih Die or Live di media sosial. Maka sebanyak 69% majoriti undian untuk bunuh diri.

Faktor

Depresi bukan berlaku dalam masa singkat. Bukan berlaku waktu kita tengah sarapan, tiba tiba waktu lunch kita declare depresi. Ia satu bentuk trauma jangka masa panjang yang pernah berlaku sehingga mengubah tingkah laku mereka.

Ada banyak faktor yang menyumbang depresi termasuk
1. Faktor biologi
2. Faktor psikologi
3. Faktor persekitaran

Saya bukan nak cerita pasal faktor di atas.

Frankly speaking saya antara ribuan, mungkin jutaan umat manusia yang pernah memandang sinis pada mereka yang menghidap depresi.Ada antara rakan rapat saya yang masih muda tapi sudah punya masalah depresi.

Dalam hati pernah terdetik,

“Kau muda, apa yang kau nak depresi sangat”

Tapi itu dulu.

NO PRE JUDGE

Sekarang saya lebih menghormati dan memahami mereka yang memiliki masalah depresi. Ia bukan tentang masalah hati. Ia bukan cerita tentang iman senipis kulit bawang.

Pengalaman Sendiri Bila Pasangan Depresi

Saya menulis ini berdasarkan pengalaman sendiri bila pasangan mengalami depresi. Kita tidak boleh jangka apa yang bakal berlaku bila mereka diserang depresi.

IKLAN

1. Ada waktu bila salah faham sikit tiba tiba dapat wasap,

“Baik saya mati daripada menyusahkan semua orang”

Sebagai pemimpin kita kena tenang. Bukan simbah minyak lagi. Ini bukan perkara main main bila sudah melibatkan soal nyawa.

2. Ada sekali tu saya cakap dalam nada bergurau,

“Awak ni lambatlah”

Tiba-tiba dia diam.

Kemudian “Yelah. Sayalah lambat. Terhegeh hegeh. Semua saya buat tak kena”

Mereka akan salahkan diri sendiri. Ungkit perkara lepas. Tengok anak tidur pun masih sempat salahkan diri sendiri tak jaga anak dengan betul.

IKLAN

3. Saya perhatikan pasangan saya ini tidak berhenti berfikir. Selalu fikirkan benda yang belum berlaku. Kadang terlupa apa yang berlaku 5 minit lepas.

4. Ada masa bila tengah bercakap dan bertanya soalan bertubi tubi dalam telefon tiba tiba pasangan beritahu,

“Saya tak boleh cakap dengan awak. Kita wasap”

Kita ni duk fikir ada buat silap ke apa. Rupanya mereka boleh menjadi gagap bila ditanyakan soalan bertalu talu. Ok. Baru faham.

5. Pernah sekali saya terlebih tegas, jantung dia terus berdegup kencang. Sesak dada dan sukar bernafas bila diserang panic attack.

6. Macam yang baru berlaku tadi. Pasangan beritahu dia berada di sebuah masjid. Tiba tiba dia rasa gelisah dan panik sebab tidak ada satu jemaah wanita di situ. Kita pula takutkan dengan jembalang. Tak baik buat begitu.

Perkara Boleh Dilakukan

Apa nak buat bila pasangan kita sendiri sedang alami depresi atau anxiety? Ofkoslah kita sendiri kena tenang. Cuba buat begini.

1. To Do List

Beritahu pasangan apa dia kena buat sebelum,semasa dan selepas keluar dari rumah.

IKLAN

Contohnya, tutup dapur gas. Pastikan suis semua off. Plug tanggalkan dari suis. Kecuali peti ais dan mesin penapis air.

2. Bina Jadual

Bangun tidur jam berapa. Buat sarapan. Kemas rumah. Laundry hari apa. Hantar dan ambil anak jam berapa. Makan pun kena ikut time. Tidur pun ikut time.

3. Selalu Bagi Kata Kata Semangat

Cakap perkara perkara positif. Galakkan pasangan buat sesuatu yang boleh melupakan kisah kisah lepas. Selalu puji pasangan.

4. Elak Provokasi

Bila pasangan sedang panik, kita kena bertenang. Elakkan provokasi supaya tidak bertambah parah.

5. Sangka Baik Dengan Pasangan

Elakkan tuduh menuduh atau anggap pasangan berlakon depresi. Mereka tidak pernah minta untuk jadi begitu.

6. Tanya Baik-Baik

Bila keadaan sudah aman dan tenang.Tanya pasangan baik baik apakah perkara dan perkataan yang boleh triggered dia sampai depresi. Senaraikan supaya kita lebih berhati bila berkata kata.

Ya. Faham.

Setiap manusia ada had kesabaran. Lagi lagi bila berurusan dengan mereka yang sedang depresi. Seandainya kesabaran itu semakin lenyap, cepat-cepat remind diri.

Kalau bukan kita bantu mereka, siapa lagi?

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan ambil remeh dan mudah menghukum pada individu yang mengalami depresi. Sokongan,kata-kata semangat dan perhatian daripada pasangan serta keluarga sangatlah diperlukan dalam membantu mereka untuk memulihkan emosi dan kembali sihat.

Baca Lagi Di Sini:‘Penat, Makan Tak Setel, Tak Dihargai..’ Antara Sebab Suri Rumah Depresi

Sumber: Amirul Abraham

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI