nak raya

Setiap kali nak raya, kaum suami kena buat-buat sibuk juga masa isteri kemas pakaian. Jangan bertenang sangat atau paling penting jangan marah. Bila isteri tanya tolong bantu cari. Atau paling kurang buat-buat tanya, bukan tangan asyik pegang phone. Itu pun lebih dari cukup!

Paling takut, kalau masih ada kaum suami yang serah bulat-bulat tugas kemas barang dan hias rumah pada kaum isteri saja. Akhirnya maas nak balik kampung isteri penat dan terlupa bawa barang. Mulalah dia ‘panas enjin’ dan membebel meleret-leret, sudahnya keruhlah keadaan yang awalnya nak gembira pada hari raya. Tetapi andai nak selamat, kaum suami boleh ikut cara saudara Amir Syahir ini…

Kalau Nak Raya…

Ada sekali tu aku pergi shopping barang dapur dengan isteri aku. Aku terpandang suami isteri sedang membeli persiapan raya.

Si isteri dengan dukung anak guna baby carrier, pastu tolak anak dengan stroller lagi sambil belek-belek baju. Mana suami? Si suami sedang berdiri tercegat berhampiran dengan si isteri sambil bermain telefon pintar.

Kesian pun ada. Apa kerja yang penting sangat dibuat oleh si suami. Main telefon sambil tersenyum. Sedang uruskan projek berjuta-juta gamaknya.

Ads

Bila nak raya, si isteri lah paling sibuk. Nak uruskan anak lagi, sediakan baju raya anak lagi, kemas pakaian nak bawa balik kampung lagi, bangun masak sahur, masak untuk berbuka lagi. Penat dan sangat memenatkan.

Kau cuba prihatin sikit. Kesian kalau kau serahkan 100% tanggunganjawab kepada isteri kau je. Kau tak boleh bagi nafkah lepastu suruh dia je uruskan segalanya. Dia pun manusia biasa jugak. Uruskan sama-sama kan manis.

Curi Hari Minggu

Hari minggu hari masa untuk keluarga. Luangkan masa yang berkualiti untuk isteri dan anak-anak. Kalau badan je dengan keluarga tapi jiwa kau di lain, tak guna juga. Ada perkara yang lagi penting ke daripada keluarga?

Ads

Hari bekerja memang kau busy lah. Hari minggu ni lah kau nak bermesra dengan anak-anak. Simpanlah telefon pintar kau buat sementara. Bagi sepenuh perhatian dengan keluarga jika keluar bersama-sama.

Tolonglah isteri bawa barang atau tolong jagakan anak-anak. Jangan pentingkan diri sendiri. Tu anak kau juga. Tak kesian ke kat isteri tu? Dengan nak pilih barang lagi, jaga anak kiri kanan lagi.

Ads

Baik ke teladan macam tu kita tunjuk kepada anak-anak? Kita mungkin fikir anak-anak tak faham. Tetapi mereka memerhati dalam diam. Mereka memerhati apa yang kita lakukan terhadap ibu mereka.

Aku risau nanti. Jika anak kita sudah besar, anak-anak akan ikut sama seperti apa yang kita lakukan kepada mereka. Masa tu jangan pula kita sedih. Kita telah berjaya mendidik anak kita melalui pemerhatian.

Sayangi dan hormatilah isteri kau. Tolong ringankan bebannya. Jangan fikir diri sendiri je. Perkahwinan kan sebuah perkongsian. Jadi, semua perkara mestilah buat bersama-sama.

Semoga raya tahun ini kita sambut dengan lebih rasa bersyukur dan lebih kebahagiaan. Amin.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI