Bila Nak Masuk 30-an Rajin-rajin Ratah Kaki Ayam, Itu Rahsia TopUp Kolagen Awet Muda

Share

Hasil kajian sekumpulan pakar dari Jabatan Sains Haiwan Kebangsaan Universiti Chungsing, Taiwan buktikan kaki ayam ada banyak kolagen. Maksudnya, kalau nak kulit cantik dan awet muda, kerap-keraplah makan kaki ayam.

Ada kolagen semula jadi dekat kaki ayam. Jadi, tak perlulah beli suplemen mahal nak tambah kolagen. Selain kaki ayam, kaki ketam pun kaya kolagen. Tapi kaki ketam tu keras, susah nak makan.

Lebih baik makan kaki ayam tu. Sedap pun sedap. Patutlah kalau tengok rancangan Korea tu, kan main artis K-Pop dia ratah kaki ayam. Rupanya diaorang pun nak awet muda semula jadi juga.

Apa itu kolagen? Bila umur mak-mak meningkat, sel kolagen pun akan berkurang. Jumlah ini mula merosot seawal usia 20 tahun. Kiraan purata 1 ke 4 gram sehari kolagen yang hilang dari badan.

Sebab itulah mak-mak perlukan kolagen. Kaki ayam terdiri dari tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protien, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan.

Kolagen dalam kaki ayam ini sangat tinggi, sama banyak macam dalam sayuran dan buah-buahan yang ada vitamin C. Patutlah siapa yang ‘kaki makan’ kaki ayam ini kulitnya cantik menawan.

Katanya ini antara kelebihan yang ada kulit jadi pinkish semulajadi, kulit lembut bak bayi, kulit makin tegang dan elastik, kurang garis halus penuaaan tu, bekas jerawat pun berkurang. Ada juga kelebihan lain dari segi sekatakan tona kulit dan cerahkan bibir gelap serta ketiak.

5 Resepi Masak Kaki Ayam Mewah Kolagen Awet Muda

1. Sup Kaki Ayam

Kaki ayam sedap dibuat sup. Caranya sama dengan nak masak sup ayam tu. Cuma sup kaki ayam akan hasilkan kuah yang pekat sebab kandungan kolagen yang ada pada kaki ayam itu sendiri.

Sup kaki ayam ini dihasilkan oleh Azzie LollaBaru siap masak. Kami makan kaki ayam. Yang tak makan kaki ayam tu dok diam-diam ye. Tak mau kecam-kecam. Selera masing-masing.”

2. Resepi Sup Korok-Leher-Kaki Ayam

 

Sup korok, leher, kaki ayam yang super senang. Makan dengan nasi panas-panas dengan ikan masin. Campak bawang dengan cili api saja untuk dinner malam ini.

Korok tu tengkorak a.k.a rangka ayam. Nikmatnya ratah rebut-rebut segala anggota ayam tu.” Resepi oleh Aisha Shukor. (Klik satu persatu pada gambar di bawah untuk lihat resepinya)

 

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia muda dan cili api yang dihiris. Cili api tu belah dua je. okey..tumis smp coklat
Korok @ rangka ayam. Nak biar seketoi pun boleh, nak potong-potong pun boleh. Cik Ecah potong-potong, senang anak-anak makan.
Masuk segala ayam
Masuk air paras menutupi ayam. Masuk sup bunjut satu. Kalau buat banyak letak dua ok.
Masuk carrot dan kentang
tutup dan gi la mandi ke solat ke main dengan anak-anak ke.
Bila dah empuk dan menggelegak ganas, masuk garam secukup rasa.
Masak lagi 10 minit..siap

 

3. Kerabu Kaki Ayam Siap!

 

 

Resepi oleh Aida Mohd Nor ini masam, masin dan manisnya semua secukup rasa.

  • Kaki ayam (direbus empuk dengan sedikit garam)
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Cili api
  • Daun ketumbar @ patchi (thai)
  • Serai

1. Semua bahan di atas dihiris

2. Perasakan dengan air limau nipis, gula, sos ikan@sotong (rasa manis masin masam kena sama naik ok. Baru umpphh! Saya tambah cuka sikit. Gaulkan semua, pastu boleh lah makan. Saya lebih suka perap dulu setengah jam or 15 minit baru makan. Rasa dia lagi melekat kat isi kaki ayam tu.

4. Kerabu Kaki Ayam Narathiwat

Tak suka kaki ayam, ganti ja dengan udang ka, sotong ka, ketam ka, ayam ka atau apa-apa saja lah yang boleh dikerabukan. Celur la dulu. Resepi oleh Zalina Yahaya (klik gambar untuk lihat detail penyediaan satu persatu)

 

Sebatikan bahan sos

 

Bahan-bahan
Kaki ayam yang dah diproses
Saya kirim pada senior manager saya beli di kampung dia di Narathiwat. Dah siap proses putih bersih. Basuh dan potong ikut besar mana nak. Kalau tak ada, anda kena celur kaki ayam tu sendiri. Tapi hasil tak sama la. Tak seputih macam ni.

Hiris nipis:
Bawang merah
Serai
Bunga Kantan
Bawang holand

Potong:
Kacang panjang (potong dan ketuk-ketuk sket)
Tomato
Dan bawang
Daun ketumbar

Bahan sos (Sebatikan)
8 sudu besar jus Limau nipis (anggaran 5 biji)
8 sudu teh gula
3 1/2 sudu besar sos ikan (Nampla)
5 biji cili api (dihiris)
1 1/2 sudu teh serbuk cili kasar (chilli flakes)

Cara:
Sebatikan semua. Siap.

5. Kerabu Kaki Ayam Sayuran

 

 

Resepi oleh Ariff Budiman Zainal Abidin

Bahan-bahan

Kaki ayam
1 biji kecil Buah mangga
Sebiji lobak merah
Sebiji bawang besar
Cili padi, cili hidup
1/4 bunga kantan

Cara-caranya

1. Rebus kaki dan buang tulang.
2. Hiris halus buah mangga, lobak merah, bawang besar, 1 biji cili hidup dan 1/4 bunga kantan
3. Blend cili padi 6 biji – nak pedas hiris cili padi.
4. Gaul kesemua bahan tadi. Masukkan gula, garam dan perah sebiji limau kasturi
5. Can eat….

 

Antara Lain Khasiat Kaki Ayam

Sistem Imunisasi Badan Bertambah

Dalam kolagen kaki ayam itu ada khasiat yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Sebab itulah kalau anak-anak demam mak-mak akan sediakan Chicken Bone Broth.

Cegah Penuaan

Macam yang diterangkan di atas, kaki ayam ini paling kaya kolagen. Jadi ia cepat mencegah penuaan pada usia masih mudah. Bila masuk 20-an tu dah kena amalkan makan kaki ayam. Nilah rahsia awet muda.

Nak Kulit Cerah Makanlah Kaki Ayam

Dah tak perlulah nak suntik-suntik atau makan pil. Makan kaki ayam saja.Ada kolagen yang boleh buatkan kulit jadi cerah dan kemerah-merahan. Giler tak nak cuba?

Sumber Kalsium Kuatkan Tulang

Kaki ayam itu sendiri mewah dengan kalsium. Lagipun dalam kolagen ayam ada kondroitin yang membantu sihatkan tulang rawan. Sebab itu, kena makan banyak-banyak boleh kuatkan tulang rawan baru.

Bagus Untuk Pencernaan

Kolagen dekat kaki ayam itu memperbaiki pencernaan dengan menjaga lapisan mukosa pada usus. Asid amino pada kolagen juga membolehkan si pemakan mendapat pencernaan yang sihat sekaligus menyihatkan metabolisme tubuh.

Published by
Netty Ah Hiyer