Pengorbanan dan kasih sayang seorang mak tu memang tak berbalas dan tak ternilai.Selagi ‘syurga’ kita ada di dunia ini,sayanginya, hargailah dia dan berusahalah berbakti padanya. Ini kerana apabila seorang mak itu telah kembali kepada pencipta Nya, maka akan hilanglah satu RAHMAT yang ada. Hatta setiap tutur katanya, air tangan, susuk tubuh malah bau mak pun akan menjadi satu kenangan dan kerinduan yang tak bertepi.

Chef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail,62 atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, diketahui cukup rapat dan mesra dalam menjaga ibunya Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang lanjut usia.

Dalam satu perkongsian Chef Wan di Instagram cukup menyentuh hati ramai. Menyedarkan tanggungjawab dan peluang seorang anak untuk berbakti pada emak tersayang yang telah meningkat usia. Apatah lagi membayangkan suatu masa, jalinan hubungan rapat mak dan anak tersebut akan kehilangan apabila tiba masa dipanggil pencipta.

Berikut perkongsian tersebut;

“Dah tua ini semua mula kering dan gelebeh.
Tak usah kata emak…kita sendiri pun dah mengelebeh!
Its the law of gravity!Β Putih gebu kulit emak ni.”

“Beruntung saya semasa hidup boleh saya jaga makanan minum ibu saya mau pun sapu-sapukan cream mositurisor ini for her.”

“Satu hari entah berapa kali saya peluk dan cium ibu saya these days.
Pagi kena cium…lepas makan kena dakap to put her to bed for a nap mau pun to put her to sleep.”

IKLAN

“I am sure esok bila emak tak ada lagi mesti saya merinduinya amat sangat.”

“Each time i kissed her i kept cium dahi dia lama supaya my brain can register bau ibu saya ini.Saya takut kehilangan bau itu.”

“Bila esok ibu tak ada lagi harap-harap saya masih boleh bau ibu saya ini sesekali untuk mengubati rindu saya nanti.”

View this post on Instagram

Dah tua ini semua mula kering dan gelebeh.. Tak usah kata emak…kita sendiri pun dah mengelebeh! Its the law of gravity!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Putih gebu kulit emak ni… Berhutung saya semasa hidup boleh saya jaga makanan minum ibu saya mau pun sapu2 kan cream mositurisor ini for her. Satu hari entah berapa kali saya peluk dan cium ibu saya these days. Pagi kena cium…lepas makan kena dakap to put her to bed for a nap mau pun to put her to sleep. I am sure esok bila emak tak ada lagi mesti saya merinduinya amat sangat. Each time i kissed her i kept cium dahi dia lama supaya my brain can register bau ibu saya ini. Saya takut kehilangan bau itu. Bila esok Ibu tak ada lagi harap2 saya masih boleh bau ibu saya ini sesekali untuk mengubati rindu saya nanti. πŸ™ˆπŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’πŸ€²πŸ€²πŸ€²πŸ€²πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

“Dah sapu-sapu cream……emak sempat nak joget tu…kita layan aja lah…Janji dia senyum dan gembira.”

“It must be devastating to see our parent di hari tua sakit, tak ber upaya dan sentiasa susah dan berlinangan dengan air mata.”

“Children who neglect their own parent dan aniaya kan ibu dan bapa sendiri hidup mereka tak kan selamat.Di akhirat nanti Allah balas kan mereka dgn azab di Neraka nanti.”

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, berusahalah berbakti dan hargai mak sementara masih ada. Kerana kerinduan kehilangan orang tersayang tiada bertepi.

Baca Lagi Di Sini:

Mak Ayah Sila Contohi Kesabaran Chef Wan Jaga Ibunya, Cik Ani Yang Dah Lanjut Usia

Mak Suka Mee Rebus Udang, Chef Wan ‘Belanja’ Resipi Ini, Siap Kongsi Tip Buat Kuah Jadi Lebih Sedap!

Sumber: _chefwan58