Bila mak mertua korbankan segala prinsip, menantu korbankan privasi barulah mudah hidup sebumbung. Ternyata bukan mudah menantu perempuan dan mak mertua tinggal sebumbung. Banyak hati perlu dijaga.
Namun jika masing-masing bertolak ansur dan bijak mainkan peranan serta mampu berlebih kurang, insyallah semuanya akan menjadi mudah dan semua hati terjaga.
Kongsi Puan Siti Suryani Yaakop, dulu belilah rumah besar sikit. Ingat mak ayah nanti sudah tua hendak duduk dengan saya.
Tapi tak. Mak saya sekarang tinggal dengan adik saya. Anak lelaki dia. Sudah tentu di rumah itu ada isteri pada adik saya. Menantu perempuan dia.
Orang kata payah selalu mak mertua nak duduk dengan menantu perempuan ni. Tapi tak. Mak saya suka duduk dengan adik ipar saya. Adik saya ada anak kecil. Dia boleh buat main. Geng hiking dia pun semua dekat sana.
Korbankan Segala Prinsip
Lagi satu saya rasa pasal saya cerewet. Pisau bawang lain. Kemudian, pisau daging lain. Pisau buah lain. Tapi tu bukan salah saya. Mak saya juga yang ajar dulu.
“Kenapa kamu potong bawang dengan pisau daging ni kak. Nanti tumpul lah dia”. Kan. Bukan salah saya.
Lepas tu saya tak boleh tengok benda bersepah. Sikit pun tak boleh. Menahar mata aku menahan. Jadi tak duduk sekali pun kadang asyik mengemas. Tapi tu pun bukan salah saya. Mak saya yang ajar juga.
Ads
“Baju ni dah diangkat terus lipat. Bukan payah. Sambil tengok TV (televisyen) boleh kan lipat. Lama-lama tangguh lagi malas.” Kan. Bukan salah saya. Mak saya juga punya kerja.
Ha. Sinki. Lagilah. Habis masak habis kemas. Sekali jalan. Jangan bertingkat kotor-kotor dalam sinki. Dua tiga kerja satu masa cepat rehat.
“Kan boleh sambil-sambil. Apa ditenung kari tu sampai gelegak. Sambil tunggu sambil basuh. Cepat siap”. Kan. Bukan salah saya. Saya ikut kata mak saya saja.
Tapi bila tinggal dengan menantu ni, saya nampak mak saya merendahkan sikit ekspektasi dia. Baju ke, sinki ke, pisau ke, dia tak cara mana. Dia larat dia tolong buat. Dia tak larat, dia tak bising buat orang penat.
Dan saya juga lihat adik ipar saya tak secerewet saya. Mudah saja dia. Mak saya tak nak masak, dia order. Kalau mak saya potong buah guna pisau daging, dia okay. Mak nak apa saja, dia bagi sedia.
Ads
Mereka berdua adalah orang yang ada cara kerja dan pemikiran berbeza yang mentongsampahkan segala yang berbeza itu untuk tinggal bersama. Bersama-sama.
Mak saya korbankan segala prinsip dan mulut dia.
Adik ipar saya korbankan privasi dan keinginan dia.
Barulah Mudah Hidup Sebumbung
Saya tahu susah. Tapi bila lihat mak mengalah dan adik ipar tak bermegah, maka saya nampak semuanya jadi mudah.
Rumah itu takda siapa nak lebih kuasa. Anak lelaki kena ikut aku sebab aku ibu. Atau suami kena lebihkan saya sebab saya isteri dia.
Ads
Saya kira bila jadi menantu saya kena jadi seperti adik ipar saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Juga sampai satu masa nanti saya kena jadi mak mertua seperti mak saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Semalam kami sambut hari lahir depa semua bersama. Maya. Mak. Dan adik. Bulan 4 semua. Selang hari saja.
Semoga Allah berkati mereka berdua. Orang yang banyak berkorban dan berbuat baik pada sesama mereka. Syurgalah buat pengorbanan kamu berdua hendaknya.
Ibu Neelofa sanggup masak dan hantar sendiri makanan demi tunaikan hasrat seorang wanita hamil yang mengidam.
Sebut sahaja nama Noor Kartini Noor Mohammed atau lebih mesra dipanggil Datin Noor Kartini, pastinya ramai yang akan membayangkan air tangannya yang tampak enak.
Usahawananita ini sering berkongsi pelbagai resepi dan video masakannya kepada peminat di Instagramnya. Pastinya mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Noor Kartini akan teringin untuk merasai air tangannya.
Ibu Neelofa Sanggup Masak Hantar Sendiri Makanan
Seperti perkongsiannya menerusi laman Instagram,Noor Kartinitelah menerima kiriman emel daripada seorang pengikut yang sedang hamil Bernama Aina. Istimewa buat ibu hamil yang mengidam Nasi Goreng Daging Harimau, Noor Kartini sanggup memasak dan kemudiannya menghantar sendiri makanan tersebut kepada pengikutnya di laman Instagram.
“Kiriman istimewa untuk Aina 🤍
“Harini aunty sangat tersentuh hati mendapat kiriman email daripada follower aunty yang mengidam nak makan nasi goreng daging harimau menangis air tangan aunty.
“Tak sampai hati rasanya nak menghampakan hasrat seorang ibu yang sedang mengandung.
“Syukur alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina.
“Semoga ianya dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina. Syukur Alhamdulillah,” tulis Noor
Aina Begitu Terharu
Malah menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya itu juga, ibu hamil tersebut juga begitu terkejut melihat kelibat Noor Kartini yang menghantar makanan yang diidamkan itu.
Kehadiran Noor Kartini benar-benar tidak disangka dan Aina juga begitu terharu dan kelihatan begitu seronok. Walaupun hanya seketika pertemuan mereka namun ibu hamil itu kelihatan cukup bersyukur apatah lagi apabila Noor Kartini sendiri menyerahkan masakan yang menjadi idaman Aina.
Mingguan Wanita : Bagusnya Datin Noor Kartini begitu prihatin dan sanggup turun padang bertemu peminatnya.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Anak tertumpahkan pengilat kuku, Tomok bayar RM5,593! Ujian bulan Ramadan buat Tomok apabila dia terpaksa membayar sebanyak RM5,593! Sebagai ganti rugi.
Semalam menerusi perkongsian di akaun Instagram, penyanyi Tomok memberitahu anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 dan RM499.
Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku, Tomok Bayar RM5,593!
Walau berdepan situasi tegang namun penyanyi itu kelihatan tenang saja. Tomok ketika itu berada di butik pakaian berjenama dan memaklumkan anaknya secara tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik itu.
Dek kerana itu pengurusan butik berkenaan tidak membenarkan Tomok keluar dari premis selagi Tomok tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang sudah rosak.
“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593,”
Mohon Orang Ramai Berminat Untuk Membeli
Ketika kejadian Tomok menerangkan mereka sekeluarga ke butik itu untuk membeli seluar. Dan Malah Tomok juga menyatakan jika ada yang berminat membeli pakaian itu boleh mesej kepadanya.
“Tapi saya tak jual dengan harga asal.
“ Pengilat kuku hanya terkena sikit saja, tapi saya faham ini peraturan dan saya perlu bayar ganti rugi.
“Saya mengaku ini silap saya.
“Ujian nak raya agaknya. InsyaAllah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.
“Bertabahlah Ya. Kesian Pun Ada” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang simpati dengan nasib yang dialami Tomok.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pakai topeng semasa temuduga. Bunyinya agak lucu dan kelakar sebab bakal pekerja perlu mengenakan topeng semasa temuduga. Bayangkan untuk beberapa jawatan, mereka kena menutup muka semasa hadir temuduga tersebut.
Salah satu sebab bakal pekerja pelu pakai topeng semasa temuduga adalah untuk mengelakkan diskriminasi terhadap penampilan. Kalau setakat rupa dan penampilan yang baik belum tentu menjamin kebolehan mereka, sudah tentu akan merugikan syarikat itu sendiri.
Inilah yang berlaku di sebuah syarikat di Chengdu, China apabila pemohon kerja perlu pakai topeng untuk negelakkan diskriminasi bersasarkan rupa.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Chengdu Ant Logistics telah tular selepas selepas video yang menunjukkan proses pengambilannya menunjukkan beberapa orang bertopeng menunggu untuk ditemuduga oleh seorang perekrut yang dilaporkan turut bertopeng.
Syarikat ini yang membuat pengambilan pekerja sebanyak dua kali setahun turut memperkenalkan ‘pakai topeng’ menghapuskan pemilihan berat sebelah berdasarkan rupa.
Walaupun kaedah pengambilan pekerja ini dianggap pelik tapi ia perlu dilaksanakan untuk mengurangkan tahap tekanan calon pekerja dan juga menekankan hakikat bahawa ia menghargai kebolehan individu berbanding penampilan mereka.
Selain itu, cara ini turut mendapat maklumbalas positif daripada orang ramai dan mereka tidak kisah untuk memakai topeng semas memhon pekerjaan.
“Saya sangat menikmati temu duga kerja seperti itu,” kata salah seorang pemohon.
“Ini adalah kesaksamaan, ketampanan tidak sepatutnya dikira,” tambah seorang lagi.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak meragui kesahihan penjelasan yang ditawarkan syarikat itu. Dikatakan topeng itu hanya untuk melindungi identiti orang ramai kerana temuduga itu disiarkan secara langsung.
Sementara yang lain pula mendakwa syarikat Chengdu Ant Logistics hanya menjadikan wawancara itu sebagai satu publisiti saja.
Mingguan Wanita : Tak kisahlah cara mana sekalipun. Tapi cara ini boleh membantu untuk melihat kebolehan seseorang itu, bukannya lihat penampilan tapi kerja tak boleh buat.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.