Bila mak mentua pilih kasih, menantu perempuan makan hati, selalu rasa tersisih. Dalam kehidupan berkeluarga, hubungan antara menantu dan mertua sering kali menjadi topik yang sensitif.
Salah satu isu yang kerap dibincangkan ialah apabila mak mentua dilihat bersikap pilih kasih terhadap anak-anak atau menantu-menantu mereka.
Bila Mak Mentua Pilih Kasih, Menantu Perempuan Makan Hati, Selalu Rasa Tersisih
Perkara ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa, kecewa, dan mungkin juga kemarahan dalam kalangan yang terlibat. Namun, adalah penting untuk menangani situasi ini dengan bijaksana bagi menjaga keharmonian keluarga.
1. Fahami Punca Pilih Kasih
Pertama sekali, cuba fahami punca di sebalik sikap pilih kasih mak mentua. Adakah dia lebih rapat dengan anak atau menantu tertentu kerana faktor sejarah atau hubungan yang telah terjalin lama? Atau mungkin dia merasakan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan seseorang berbanding yang lain? Memahami punca ini boleh membantu mengurangkan perasaan negatif dan memberi perspektif yang lebih jelas tentang situasi.
2. Bersikap Terbuka dan Komunikasi yang Jujur
Jika anda merasa dipinggirkan atau tidak dilayan dengan adil, penting untuk berbincang dengan pasangan anda terlebih dahulu. Kongsikan perasaan anda dengan cara yang jujur dan terbuka tanpa menuduh. Pasangan anda mungkin dapat memberikan pandangan yang lebih objektif atau membantu meredakan ketegangan dengan cara yang lebih berkesan.
3. Elakkan Sikap Dendam atau Rasa Tidak Puas Hati
Perasaan dendam atau rasa tidak puas hati hanya akan memburukkan lagi keadaan. Cuba elakkan daripada membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain atau berasa rendah diri. Fokus kepada hubungan anda dengan pasangan dan anak-anak anda sendiri. Kebahagiaan keluarga anda adalah keutamaan.
4. Tingkatkan Hubungan dengan Mak Mentua
Ads
Salah satu cara untuk menangani pilih kasih ialah dengan cuba mendekati mak mentua anda. Luangkan masa bersama, cuba fahami minat dan kesukaannya, serta tunjukkan penghargaan terhadap usahanya. Walaupun mungkin sukar pada mulanya, usaha ini mungkin dapat membantu mengubah pandangan dan sikap mak mentua terhadap anda.
5. Sabar dan Bertolak Ansur
Dalam sesetengah situasi, bersabar dan bertolak ansur adalah kunci utama. Tidak semua perkara dapat diubah dengan segera. Bersikap positif dan sentiasa cuba mencari kebaikan dalam apa jua keadaan. Ingat bahawa membina hubungan yang baik memerlukan masa dan usaha yang berterusan.
6. Cari Sokongan Emosi
Jika situasi menjadi terlalu sukar untuk ditangani sendiri, carilah sokongan daripada orang yang dipercayai, seperti pasangan, sahabat, atau ahli keluarga yang lain. Kadang-kadang, berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh memahami boleh memberi kelegaan dan perspektif yang berbeza.
7. Utamakan Kebahagiaan Keluarga
Ads
Akhir sekali, sentiasa ingatkan diri anda bahawa kebahagiaan keluarga adalah matlamat utama. Jika hubungan dengan mak mentua menjadi terlalu tegang, fokus kepada kebahagiaan anda, pasangan, dan anak-anak. Dalam jangka panjang, kebahagiaan keluarga anda lebih penting daripada sebarang ketidakadilan yang dirasakan.
Pilih kasih daripada mak mentua memang boleh menjadi isu yang mencabar dalam sesebuah keluarga. Namun, dengan sikap yang bijaksana, kesabaran, dan komunikasi yang baik, situasi ini boleh ditangani dengan cara yang positif. Yang penting, sentiasa utamakan keharmonian dan kebahagiaan keluarga dalam segala tindakan yang diambil.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini bukan kes tak percaya tetapi kena gigih juga pantau whatsapp pasangan sebab takut ada gambar mengarut yang orang hantar dalam group tertentu.
Haa… jangan tak tahu ya, cara orang dah kahwin main whatsapp agak pelik sikit! Konon nak bergurau tetapi kadang agak memalukan dan menyakitkan mata. Kalau buatnya tetiba ank buka phone mak ayah, macam mana?
Tak ke haru jadinya!?
Jadi tak kira suami atau isteri, tolong pantau phone pasangan kita setiap hari. Andai ada yang rasa benda ini tak memburukkan hubungan rumah tangga, jemput baca perkongsian saudara Muhammad Ahmad ini…
Bergurau Dalam Group Whatsapp
Tuan puan. Tidak kiralah kita ini suami orang atau isteri orang. Tetap tidak boleh ‘bergurau senda’ dalam group whatsapp. Tetap tidak boleh kongsi gambar dedahkan aurat.
Saya pun hairan. Tidak malu kah seorang wanita bergelar isteri orang berbalas mesej berunsurkan lucah dengan suami orang.
Malam tadi saya kena remove dalam satu group. Entah macam mana kawan saya add.(group bisnes)
Saya tegur beberapa kenalan. Tidak boleh kita isteri orang bercerita tentang hal ‘dalam kain’ kepada suami orang. Bukan main galak lagi mereka bersembang. Si lelaki lagilah melayan. Dalam group tersebut juga ramai lelaki bujang.
Bila ditegur kata kita tidak ‘sporting’. Amboi takkan nak ‘sporting ’ sehingga bebas berkata-kata, bergurau senda dengan lelaki orang?
“Seburuk-buruk manusia dipandangan Allah pada hari Kiamat ialah suami yang melakukan hubungan intim dengan isterinya kemudian menceritakan keintimannya kepada orang lain” [Hadith riwayat Muslim no: 1427.
Lihat juga firman الله dalam surah Al-Ahzab Ayat 32.⤵️
Tolong Pantau Whatsapp Pasangan
Tuan puan. Pantaulah whatsapp pasangan kita. Bukan hanya pantau HP anak sahaja. Dengan anak bukan main lagi larang ada HP takut terjebak dengan pornografi, tapi mak ayah sendiri bebas berkongsi gambar berunsurkan lucah.
Pasangan juga kita perlu pantau. Sebelum mereka leka dan terjebak dengan pornografi. sekurangnya kita dapat mencegah dari awal.
Saya tidak bersetuju jika ada yang melarang sport check HP pasangan. Kenapa perlu ada jurang antara kita? Apa yang mahu disembunyi kan?
Ingatlah maksiat menjauhkan kita dari Rahmat الله.
Maksiat akan memusnahkan institusi kekeluargaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau isteri merajuk, suami kenalah pujuk, jangan biar isteri asingkan diri lama-lama. Jangan biarkan isteri merajuk terlalu lama atau memendam rasa. Tidak dapat dielakkan pasti akan berlaku sedikit perbalahan, persengketaan dan malah ada sampai pasangan merajuk. Selalunya yang paling ‘kuat’ dan mudah merajuk tentulah kaum isteri.
Sebagai manusia biasa dan tidak sempurna, kita ada kelemahan. Masing-masing perlu selesaikan. Ketika inilah suami perlu bijak memainkan peranan kerana suami adalah imam dalam sesebuah keluarga.
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri. Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu. Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian. Dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami.
Bila perasaan marah kuasai diri, macam-macam boleh jadi. Tetapi yang silapnya ada sesetengah orang suka marah tak bersemuka dan melepaskan amarahnya di tempat yang salah! Sengaja tulis di mesej di phone atau lagi teruk memuat naikkan kenyataan marah di laman sosial. Silap cara, ini bukan selesaikan masalah ya, tetapi boleh jadi keruhkan keadaan semakin buruk.
Bukan itu saja, ada 6 perkara buruk yang mungkin anda akan hadap disebabkan sikap suka menulis daripada terus memberitahu depan-depan. Jom semak!
1. Tak boleh teka reaksi sebenar
Kalau bergaduh menerusi mesej, anda tidak tahu reaksi mereka. Walaupun mesej anda tu bunyi macam tengah marah gila, entah-entah mereka anggap mesej tu macam biasa je.
2. Boleh jadi anda silap baca nada suara
Bila tengah marah memang tinggi suara je. Tapi kalau gaduh menerusi mesej, macam mana nak tahu orang tu tengah marah ke tak? Buat penat tangan je anda menaip dalam keadaan tengah marah.
3. Hati-hati, tak pelik kalau mesej tersebar di media sosial
Hati orang siapa yang tahu. Mana lah tahu jika anda bergaduh dengan pasangan anda dan mengeluarkan kata-kata kurang enak, lepas tu tersebar di media sosial. Tak ke malu!
4. Salah faham cara maksud sebenar mesej
Bila tengah marah, kadang-kadang kita tak faham maksud sebenar mesej tersebut. Lagi parah jika anda menyalah erti maksud mesej tersebut dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.
5. Tak tahu situasi sebenar
Ketika anda meluahkan rasa marah menerusi mesej, anda tidak tahu apa yang si dia sedang lakukan. Kadang-kadang mesej anda tidak akan dilayan mungkin kerana si dia sedang sibuk. Jadi, sia-sia je la anda hantar berpuluh-puluh mesej.
6. Pergaduhan anda tak akan selesai
Bagi pasangan yang selalu bergaduh menerusi mesej, mesti setuju dengan kenyataan ini. Bila bergaduh menerusi mesej, rasa marah tu tak boleh di kawal. Mesti akan keep on hantar mesej untuk serang balas. Memang tak akan habis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!