Bila Mak Ayah Tiada, Hubungan Adik-beradik Jangan PUTUS Cuba Bersihkan Hati

Share

Adik-beradik adalah pertalian darah yang tidak akan putus. Benarlah seperti kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Begitulah ibaratnya hubungan adik beradik.

Menurut Pegawai Hal Ehwal JAKIM, Nazirah Abu Bakar, adik-beradik adalah insan yang terlalu dekat dengan hati setiap dari kita. Selama ni kita kuat kerana adik-beradik disebabkan dalam diri mengalir darah yang sama.

“Selama ini kita rapat dengan adik-beradik oleh kerana ada mak ayah. Tetapi apabila mak ayah tiada berubah dan situasi mula jadi lain. Oleh sebab itu ibu, bapa seharusnya melentur buluh dari rebungnya. Didik anak sejak awal agar hubungan adik-beradik akan berkekalan hingga besar kelak.

“Sebenarnya yang menentukan rapat atau tidak sebuah ikatan adik-beradik adalah sikap dan tingkah laku kita. Sebenarnya jurang usia bukanlah halangan untuk kita rapat dengan adik-beradik jika masing-masing dapat menjaga sikap.

“Begitu juga dengan adik-beradik tiri, biar pun ada jurang dalam perhubungan tetapi Nabi Muhammad s.a.w memang menggalakkan kita menyambung silaturahim. Tak kiralah adik angkat, adik susuan dan dari situlah hadirnya kehidupan lebih berkat,” ungkapnya satu-persatu.

Di Sebalik Musibah

Ternyata perubahan zaman memberi impak kepada hubungan adik-beradik secara tidak langsung. Jika dahulu, segala perhatian terarah kepada adik-beradik kini sudah berbeza.

Sekarang zaman mementingkan diri masing-masing, tetapi segalanya berbalik pada hati. Jelas Nazirah, berbalah di kalangan adik-beradik normal seperti mana hubungan suami, siteri.

“Oleh itu, setiap tahun cuba berpakat dan anjurkan satu majlis atau hari untuk kumpulkan adik-beradik. Secara tidak langsung, yang berbalah dapat berbaik-baik semula. Ada tikanya kita jauh, tetapi bila ayah sakit, kita dapat berkumpul semua adik-beradik. Dari musibah, ia dapat mengeratkan hubungan adik-beradik.

“Oleh itu ibu bapa dah pergi dan jangan pula bergaduh pasal harta. Apa pun yang berlaku berbalik pada Al-Quran. Even mak, ayah meninggal, berkumpul lah adik-beradik untuk cari jariah untuk mak ayah untuk mereka yang telah pergi,” seru Nazirah lagi.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa langkah untuk bersihkan hati agar tidak iri hati dan hasad dengki. Antaranya ialah,

1) berkawanlah dengan orang yang soleh
2) banyakkan membaca al-Quran,
3) sentiasa berdoa

“Allah Lebihkan Rezeki Saya Untuk Bantu Keluarga.”- Elfira

Bagi selebriti, Elfira Loy, dirinya kerap kali menjadi idola masyarakat di luar sana kerana pengorbanan besarnya untuk keluarganya. Elfira sendiri yang mula berkerja di usia 12 tahun tidak menyangka seawal itu dia mula mencari rezeki untuk membantu keluarga.

“Seperti semua orang tahu, background saya dahulu tidaklah seindah yang disangka. Selain saya, semua orang berdoa untuk saya termasuklah mak saya Jadi rezeki dari Allah itu datang melalui saya. Namun begitu saya anggap ianya rezeki untuk keluarga.

“Ketika itu saya nampak kesusahan mak saya, walaupun mak tak pernah cakap. Saya fikir ketika itu hanyalah untuk membantu keluarga Niat saya pun nak kerja untuk bahagiakan mak dan keluarga, “ katanya lagi ketika menjadi artis jemputan di MWTalkshow bagi mengupas tajuk Berkorban Demi Darah Daging

.

Bagi yang ketinggalan menonton MWTalkshow tengahari tadi, jangan lupa ikuti siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Published by
Nur Syazwani Mehat