Beruntungnya anak-anak yang mempunyai mak ayah yang nak tinggal dengan anak menantu. Bukan berkna tinggai untuk mereka buat kerja rumah tapi sebagai tanda untuk hargai dan hormati mak ayah.
Namun, tak mustahil ada juga boleh bawa’bermusuh’ bila mak ayah tinggal dengan menantu. Mungkin apa yang dibiuat itu tak berkenan di mata mereka. Lagi teruk minta mak ayah tinggal sebab nak minta jaga rumah, cucu dan anggap mereka bibik pula.
Usahlah bebani mak ayah dengan kerja rumah bila mereka nak tinggal dengan anak menantu. Itu juga salah satu cara kita hargai mereka yang telah banyak berkorban untuk anak-anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh, mak ayah yang tinggal dengan anak menantu adalah satu rahmat dan rezeki serta jadikan rumahtangga kita bahagia.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: MENTUA, Janganlah Berharap MENANTU Sempurna 100%, Sampai Kiamat Pun Tak Akan Jumpa!
Menantu Dapat Mentua Cerewet, Jangan Banyak Cara & Jaga Mulut, Semuanya Jadi Mudah!
5 tahun lepas, mak mentua aku buat keputusan nak tinggal bersama kami setelah ayah meninggal dunia.
Punya la seronok dengar mak nak duduk dengan kami. Arwah abah selalu pesan,
“Ada orang tua nak duduk rumah kita ni satu rahmat. Beruntung la anak-anak kalau mak ayah nak duduk dengan kita.
Rumah akan subur dengan bacaan Quran, ada orang tua yang bangun tahajud dalam rumah kita, rumahtangga lebih bahagia”.
Masa tu, anak ketiga aku Amar Ash Arumi, baru je lahir. Puan isteri baru lepas pantang. Aku terus bagitahu puan isteri,
“Nanti mak duduk dengan kita, jangan suruh mak jaga anak kita. Kita hantar kat pengasuh. Jangan suruh mak masak, basuh main, iron baju, lipat kain untuk kita.
Kita bagi mak rehat”.
Puan isteri terus setuju saja. Mak awalnya bagitahu nak jaga, tapi aku minta mak rehat saja. Tengah hari bila isteri pulang kerja, ambil anak dan boleh la mak main dengan cucu masa tu. Sampai malam boleh main. Tak dak masalah.
Jaga budak kecil ni renyah dan penat. Tambah-tambah baby. Makan minum kena suap, kencing berak kena basuh, nak tidur kena dodoikan. Sehari dua tak pa lagi.
Tapi kalau dah setiap hari, memang penat.
Anak usia 4 tahun baru aku tak hantar pengasuh. Dah pandai makan minum sendiri, dan pandai kencing berak, tak perlu dodoi untuk tidurkan. Masa tu baru aku bagi mak jaga.
Sama bila anak ke empat lahir pun sama. Ali dihantar kat pengasuh sebaik isteri habis pantang pada hari kerja.
Sesekali kami belikan mak hadiah, beg, bawa jalan-jalan dan sebagainya. Tanda terima kasih dan hargai mak.
Mungkin lain orang, lain caranya. Kalau aku, kami buat gitu. Bersyukur sangat mak nak duduk dengan kami. Rahmat besar sungguh.
Cuma bila terbaca screenshot ni, terkilan juga aku baca. Dah la suruh mak mentua jaga anak, lepas tu berkira pula. Kalau hantar kat pengasuh lagi mahal kena bayar.
Mak dah sanggup jaga anak kita, takkan nak berkira mak minta seratus je. Adeh, cannot brain aku ada juga orang pemikiran macam ni.
Semoga Allah kurniakan anak-anak yang menghargai ibu bapa, soleh dan solehah belaka. Amin.
Ibu bukan bibik, hargai mereka selayaknya.
Mingguan Wanita : Memang tak terfikir dek akal, macam mana anak boleh berkira dengan mak ayah. Mereka dah banyak berkorban sejak kita kecil, tak kan itu cara nak balas jasa mereka.
Sumber: Mohd Fadli Salleh
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita