Bila lelaki sudah mula ‘angkat tangan’ kaum wanita segeralah undur diri. Keganasan rumah tangga adalah isu serius yang masih menghantui banyak wanita di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Bila Lelaki Sudah Mula Angkat Tangan
Salah satu tanda awal yang tidak boleh diabaikan ialah apabila lelaki mula mengangkat tangan terhadap pasangan. Ini bukan sekadar perbuatan fizikal; ia adalah isyarat bahaya yang perlu diberi perhatian segera.
Kaum wanita harus segera undur diri apabila menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Berusahalah untuk keluar daripada kitaran penderaan.
Kesan Keganasan Fizikal Terhadap Wanita
Keganasan rumah tangga bukan hanya meninggalkan kesan fizikal, tetapi juga luka emosi yang mendalam. Antara kesannya ialah:
1. Trauma Fizikal
Tindakan seperti menampar, menumbuk, atau memukul boleh menyebabkan kecederaan serius seperti patah tulang, lebam, atau pendarahan dalaman.
Dalam kes yang teruk, ia boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
2. Trauma Emosi Dan Psikologi
Wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sering mengalami tekanan emosi seperti rasa rendah diri, kemurungan, dan ketakutan berterusan.
Kesan jangka panjang termasuk gangguan kecemasan (anxiety disorder) dan tekanan pasca-trauma (PTSD).
3. Impak Kepada Anak-Anak
Anak yang membesar dalam persekitaran keganasan rumah tangga sering mengalami kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan sosial mereka.
Mereka mungkin mengulangi kitaran keganasan dalam hubungan mereka apabila dewasa.
Kaum Wanita Segeralah Undur Diri
Mengapa Wanita Harus Segera Undur Diri
Apabila seorang lelaki mula mengangkat tangan, ia adalah tanda jelas bahawa sempadan telah dilanggar. Berikut adalah sebab mengapa wanita harus segera keluar daripada situasi ini:
1. Tindakan Itu Jarang Berhenti
Ads
Kajian menunjukkan bahawa keganasan rumah tangga biasanya bersifat berulang. Apabila seorang lelaki sudah mula mengangkat tangan, ada kemungkinan besar tindakan itu akan berulang, malah menjadi lebih teruk.
2. Keselamatan Adalah Keutamaan
Wanita yang terus berada dalam hubungan yang ganas berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan lebih parah pada masa akan datang. Langkah terbaik adalah melindungi diri sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
3. Anda Layak Untuk Dihormati
Tiada alasan yang boleh membenarkan keganasan terhadap wanita. Setiap individu layak untuk dihormati dan menjalani kehidupan yang bebas daripada penderaan.
4. Menghentikan Kitaran
Dengan keluar daripada hubungan yang ganas, anda bukan sahaja melindungi diri sendiri tetapi juga menghentikan kitaran penderaan yang mungkin mempengaruhi anak-anak anda.
Langkah-Langkah untuk Keluar Dari Kitaran Keganasan
Wanita sering merasa sukar untuk keluar daripada hubungan yang penuh dengan penderaan kerana faktor seperti ketakutan, ketergantungan kewangan, atau tekanan sosial. Namun, dengan perancangan dan sokongan yang betul, anda boleh membebaskan diri.
Berikut adalah langkah yang boleh diambil:
Ads
1. Kenali Tanda Bahaya
Jangan abaikan tanda-tanda awal seperti tingkah laku mengawal, ugutan, atau keganasan verbal. Tindakan ini biasanya menjadi permulaan kepada penderaan fizikal.
2. Mencari Sokongan
Berbicaralah dengan keluarga, rakan, atau organisasi yang boleh membantu, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong mangsa keganasan rumah tangga.
3. Rancang Langkah Keluar
Simpan dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil kelahiran anak, dan wang tunai di tempat yang selamat. Rancang cara untuk meninggalkan rumah jika berlaku kecemasan.
4. Laporkan Kepada Pihak Berkuasa
Keganasan rumah tangga adalah kesalahan jenayah. Laporkan kejadian kepada pihak polis untuk memastikan keselamatan anda dan mendapatkan perintah perlindungan.
5. Dapatkan Sokongan Profesional
Berjumpalah dengan kaunselor atau ahli terapi untuk membantu anda pulih daripada trauma dan membina semula keyakinan diri.
Ads
Kesimpulannya, apabila seorang lelaki sudah mula mengangkat tangan, itu adalah isyarat jelas bahawa hubungan tersebut tidak lagi selamat. Tiada alasan yang boleh membenarkan keganasan terhadap wanita, sama ada ia berlaku sekali atau berulang kali. Langkah terbaik ialah segera mengundurkan diri dan melindungi diri serta anak-anak anda daripada menjadi mangsa.
Ingatlah, kekuatan seorang wanita bukan terletak pada berapa lama dia boleh bertahan dalam hubungan yang menyakitkan, tetapi pada keberaniannya untuk berkata cukup sudah. Anda tidak keseorangan. Bantuan dan sokongan sentiasa tersedia untuk membantu anda keluar daripada kitaran penderaan ini. Jangan terus menjadi mangsa, kerana anda layak untuk hidup dengan rasa aman, dihormati, dan bahagia.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rahim wanita adalah organ tubuh yang paling ajaib, kecil tetapi boleh membesar jadi tempat perkembangan seorang bayi selama 40 minggu atau 9 bulan.
Namun selepas bersalin ada sesetengah wanita cukup risau dengan istilah rahim jatuh kalau tak diurut. Tambah pula ada sesetengah wanita langsung tak dapat peluang pakai bengkung dan mengurut. Jadi untuk hilangkan susah hati kaum mak-mak beranak kecil, jemput baca perkongsian doktor Imelda Balchin ini…
Kelmarin, semasa Seminar Physical Conditioning for Healthy Pregnancy Outcomes, saya terima soalan-soalan yang menarik.
Soalan Pertama:
Adakah Urutan Rahim atau pemakaian bengkung mengecutkan rahim selepas bersalin?
Soalan Kedua:
Adakah ‘Sengkak naik’ berkesan untuk memulihkan masalah ‘peranakan jatuh’ atau ‘uterine prolapse’?
Ini Jawapan Doktor
Saya mulakan jawapan saya dengan memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang anatomi dalaman badan wanita.
Lihat Gambar 1 hingga 4.
Jika anda baring atau berdiri, cari lah tulang di antara peha anda. Ini lah tulang pubis (pubic bone). Di atas tulang ini ialah bahagian abdomen wanita. Dari tulang pubis ke bawah ialah bahagian pelvis wanita. Tulang pubis ini melindungi organ dalaman wanita seperti rahim, pundi kencing dan ovari wanita.
Bagi wanita yang tidak hamil yang mempunyai saiz rahim yang biasa (7.5 cm), kita tidak boleh mengurut rahim dari bahagian abdomen di atas tulang pubis ini, sebab kedudukan rahim itu ialah di bawah dan di dalam pelvis. Hanya selepas 12 minggu kehamilan baru rahim itu membesar dan naik keluar dari pelvis ke bahagian abdomen. Saiz rahim pada masa 12 minggu kehamilan ini ialah lebih kurang 10-11cm. Lihat gambar 5.
Selepas bersalin, rahim akan terus menguncup dengan segera ke kedudukan di antara pusat dan tulang pubis. Pengaliran darah dari jantung ke rahim mula berkurangan dan ketebalan selaput dalam dinding rahim (endometrium) semakin nipis kerana tidak ada lagi hormon oestrogen daripada uri. Sel-sel selaput endometrium ini dilepaskan keluar sebagai darah nifas. Kedua-dua pengurangan darah dan hormon kepada rahim menyebabkan rahim terus mengecil sedikit demi sedikit hingga hampir ke saiz asalnya. Bagi wanita yang pernah bersalin, semua rahim adalah hanya 1cm lebih besar daripada wanita yang tidak pernah hamil, kerana penambahan sel rahim berlaku semasa kehamilan.
Kajian ultrasound scan di banyak negara, Switzerland, Brazil, Korea, Nigeria, Arab, France, German dan England telah membuktikan bahawa kadar pengecilan rahim adalah lebih kurang sama saja, dan mengambil masa sehingga 60 hari. Di banyak negara ini, tidak ada adat mengurut rahim atau memakai bengkung.
Pada hari pertama selepas bersalin, secara purata, saiz rahim ialah 18cm, hari kedua saiz rahim ialah 17cm, hari ke tujuh 14cm dan hari ke sepuluh 11cm.
Ini bermakna, secara purata, di dalam hanya 10 hari, rahim akan mengecil kembali ke paras tulang pubis dan tidak boleh diurut lagi.
Untuk ibu yang tidak mendapat peluang mengurut atau memakai bengkung selepas bersalin, jangan bimbang, rahim anda juga akan mengecil dengan sendirinya. Untuk ibu yang tidak dapat menyusu bayi dengan sepenuhnya, jangan bimbang juga, kerana semua kajian ini tidak pula menunjukkan perbezaan saiz rahim yang ketara bagi ibu yang menyusukan bayi dan ibu yang tidak menyusu. Yang terbukti ialah penyusuan badan menurunkan berat badan ibu tetapi rahim akan mengecil dengan sendirinya juga walaupun ibu tidak dapat menyusukan anaknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaik selesai makan di kedai makan atau restoran, rajin-rajinkanlah untuk kemas pinggan mangkuk atas meja itu. Bukan suruh basuh sampai ke sinki kedai, cuma susun bagi kemas, mudah untuk pekerja membersihkan dan kemas meja makan kita itu kelak.
Dan amalan sebegini sudah menjadi rutin buat keluarga Rohayah Ropa. Katanya inilah yang selalu dilakukan apabila menikmati hidangan di mana-mana kedai makan atau restoran bersama keluarga.
Kongsinya,
“Ini bukan masak tak jadi. Sebaliknya, ini amalan yang selalu kami lakukan bila makan mana-mana kedai atau restoran. Kasihan pekerja penat bekerja,
Walaupun itu tanggungjawab mereka, tapi kita permudahkan kerja mereka.
Katanya lagi,
“Dalam rezeki kita, ada rezeki mereka. Dan dalam rezeki mereka, ada rezeki kita. Sebaik-baik SYUKUR adalah dari sekecil pemberian. Syukur Alhamdulillah.”
MW : Selain berkait soal rezeki, sebenarnya sikap kemas meja makan ini boleh dididik dari rumah lagi. Jika boleh dididik anak-anak agar berdisiplin dengan mengemas meja selepas makan, tentunya itu satu amalan yang bagus untuk diterapkan.
Jadi, terbiasa. Bila selesai saja makan di kedai, terus automatik tak suka nampak bersepah-sepah. Rasa nak susun dan kemas bagi teratur.
Mudah nanti pekerja nak ambil dan asingkan terus sisa makanan ke tong sampah.
Haa.. dekat IKEA pun diterapkan konsep sebegini. Asing siap-siap sisa makanan anda, kemas meja, letak pinggan mangkuk kotor di tempat yang disediakan.
Cara yang diperkenalkan ini tujuannya untuk meminimumkan harga makanan. Dengan itu, tak perlu dah nak bayar pekerja untuk kemas meja makan.
Kita sendiri dah buat semua itu. Mudahkan konsepnya.
Jadi, marilah terapkan amalan murni sebegini. Mudah saja, kemas, susun, asingkan siap sisa makanan kita sebaik selesai makan di kedai. Lagi-lagi kalau makan ramai-ramai tu.
Semoga selain amalan kita jaga kita, kita juga belajar untuk jaga kebersihan sama.
Suami isteribertengkar ada manfaatnya, kajian buktikan hubungan jadi lebih utuh. Mungkin ramai pasangan menilai bahawa dengan bertengkar akan memburukkan lagi keharmonian sesebuah hubungan.
Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya
Bagaimanapun pertengkaran suami isteri juga sebenarnya menyimpan manfaat tersendiri dalam hubungan perkahwinan. Hal ini kerana tidak semua pertengkaran itu memburukkan keadaan. Yang pasti tidak ada pasangan pun yang ingin bertengkar dalam rumah tangga.
Menurut kajian psikologi, pertengkaran diperlukan untuk menyedarkan seseorang daripada kesalahan sehingga membuatkan mereka mempunyai keinginan untuk berubah.
Kenyataan ini bukanlah untuk menggalakkan anda bertengkar dengan pasangan. Setidak-tidaknya anda dan pasangan mampu memahami apa sebetulnya hikmah di sebalik pertengkaran yang terjadi.
Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh
Pertengkaran dengan pasangan juga dapat menjadikan hubungan cinta lebih sihat dan hati menjadi lebih lega. Kajian yang dilakukan oleh Florida State University mengatakan bahawa mengekspresikan kemarahan saat bertengkar berkemungkinan besar mampu menyelesaikan masalah lebih cepat jika dibandingkan dengan pasangan yang lebih banyak memendam perasaan.
Ketika bertengkar selalunya pasangan akan bersikap jujur dengan mengeluarkan emosi yang dirasakannya. Ini akan membuatkan anda berdua mampu untuk memahami serta mengenali pemikiran dan sifat pasangan antara satu sama lain.
Ahli pernikahan yang juga penulis buku What About Me? Stop Selfishness from Ruining Your Relationship bernama Jane Greer, Ph.D. mengungkapkan dalam majalah Women’s Health, “Jika anda belajar berdebat dengan sihat sejak dari awal hubungan, anda akan belajar banyak mengenai sudut pandang masing-masing.”
Pasangan yang memilih untuk memaafkan dan melupakan masalah tanpa menyelesaikan masalah tersebut ketika bertengkar, akan lebih mengalami perceraian di kemudian hari kerana pertengkaran yang sama akan terus berulang kembali.
Percayalah, tidak ada pasangan yang sempurna dan tiada ada mana-mana perkahwinan yang tidak berdepan dengan pertengkaran. Dengan manfaat ini bukanlah alasan untuk anda berdua selalu bertengkar sebaliknya jadilah pertengkaran sebagai proses untuk anda berdua membaiki diri menjadi pasangan yang lebih baik antara satu sama lain.
Alyah perjelas Zara anak saudaranya. Sebagai ibu saudara, sudah pasti amat menjaga kebajikan ahli keluarga mereka sendiri. Begitu juga yang dilakukan oleh Datin Alyah....