rezeki tak disangka

Percayalah… rezeki tak disangka itu adalah nikmat dari Ilahi buat seseorang yang sudah ikhlas memberi. Betapa besarnya nikmat sedekah asalkan kita benar-benar ikhlas. Pengalaman yang pernah saya alami dulu mungkin ramai yang pernah lalui situasi yang sama.

Sepanjang bulan Syawal, rumah terbuka diadakan di sana sini. Macam berlumba-lumba pula. Bagi yang manpu memang akan buat dengan ‘grand’. Pasang kanopi tiga empat buah. Hidangan pula usah cakap. Sebut saja, semua ada. Termasuk kambing golek yang pasti jadi tumpuan ramai.

Itu bagi yang mampu. Bagaimana yang bajet ala-ala cukup makan. Yang terpaksa ikat perut sementara tunggu gaji seterusnya.

Ads

Nak buat rumah terbuka memang jauh sekali. Tapi kalau ada kawan-kawan dan saudara mara nak datang ke rumah macam mana? Takkan nak tolak. Pernah satu ketika saya dan suami memang tengah ‘ketat bajet’. Ada kawan call nak datang beraya. Termenung fikir apa nak buat. Takkan nak bagi makan kuih raya dan kopi O saja kan? Yang nak datang bukan satu keluarga, bahkan tiga empat keluarga.

Ads

Tapi Allah Maha Mendengar. Dalam kami pening fikir soal bajet, tiba-tiba kami dapat rezeki bila suami dapat payment yang tertunggak. Legaaa! Dapatlah kami merancang menu yang lebih meriah untuk tetamu-tetamu nanti.

Ads

Malah pada hari kejadian, meja makan meriah dengan pelbagai juadah apabila tanpa diduga rakan-rakan juga bawa juadah untuk dikongsi bersama.
Jadi, jangan pandang rendah pada tetamu yang nak datang bertandang ke rumah kita. Mereka datang bawa rezeki.

Lagi satu, bila memasak untuk tetamu ketahui kesukaan mereka atau apa yang mereka tak makan. Kalau mereka tak makan kambing janganlah hidangkan kari kambing. Atau sekurangnya sediakan hidangan lain juga sebagai pilihan. Ingat, Kita nak meraikan tetamu. Jadi janganlah masak ikut selera kita saja. Pedas melantun sedangkan tetamu itu tak makan pedas langsung!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI