“Bila Kita Hilang Mak, Bukan Jasadnya Sahaja Tapi Juga Doa Seorang Ibu” Radin

Share

Kasih ibu tiada gantinya, siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang meninggal dunia. Begitu juga yang dirasakan oleh pengacara dan penyampai radio Era, Radin.

Menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Radin kelihatan begitu sedih apabila buat pertama kali menyambut hari ulang tahun kelahiran tanpa ibunya yang baru sahaja meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Kenangan bersama arwah ibu tercinta.

Radin Tak Dapat Lagi Raikan Ulang Tahun Bersama Arwah Ibu Tercinta

Pemilik nama sebenar, Radin Amir Affendy, mengakui sambutan hadi jadinya yang ke-31 pada 15 Mac lalu, adalah yang paling sedih dalam hidupnya.

“Hari ini 15 Mac, hari lahir saya yang ke-31 dan adalah hari lahir paling sedih sepanjang hidup saya bila tak dapat wish and celebrate dengan mama seperti tahun-tahun sebelum ni.

“Ustaz pernah cakap, bila kita hilang mak, bukan jasadnya sahaja kita hilang tapi juga doa seorang ibu.

“Rezeki saya hari ini adalah berkat dari doa mama selama ini,” kongsinya.

Allah Berikan Saya Rezeki, Sokongan Kuat Dari Sahabat-Sahabat

“Alhamdulillah, walaupun jauh dengan famili, Allah berikan saya rezeki yang cukup bermakna bila dapat ‘support system’ yang kuat dan sahabat-sahabat yang boleh dianggap sebagai family.

“Terima kasih untuk segala kejutan dan doa untuk saya, di hari lahir saya tahun ini. Allah sayang semua,” ungkap Radin yang juga begitu sukar menerima kenyataan pemergian arwah ibunya, Feridah Hashim sebulan lalu, dia percaya itu adalah aturan terbaik dari-NYA.

“Allah Lebih Sayangkan Mama”

“Tanggal 18 Feb adalah hari paling sayu dan sedih untuk saya setelah pemergian bonda tercinta, Allahyarham Feridah Hashim yang telah berjuang selama 37 tahun sebagai ‘lung failure survivor’.

“Namun Allah lebih sayangkan mama dan nak berikan mama rehat setelah apa yang mama tanggung selama ini.

“Jujur hati ini, sebagai seorang anak memang susah untuk menerima kenyataan dengan apa yang berlaku, namun ketentuan ini adalah aturan terbaik dari-NYA untuk arwah.

“Tuhan Saja Yang Tahu Apa Yang Saya Rasakan”

“Apa yang tinggal hanya kenangan dan pastinya nasihat yang saya takkan lupakan sampai bila-bila.

“Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya rasa selama ini bila kena bekerja untuk hiburkan orang lain serta gelak ketawa demi menggembirakan orang lain sedangkan hati sayu dan sedih. Sakit sangat. Apa-apapun ini adalah ketentuan Allah yang terbaik buat mama,” katanya.

 

Baca Disini Juga:

Ibu Radin Meninggal Dunia “Doakan Allahyarhamah Ditempatkan Di Taman  Syurga Bersama Orang Beriman”

Radin Lelong Kasut Peribadi Untuk Kumpul Dana Bantu Frontliners

Status Bukanlah Isu Besar, Radin Ingin DiKenali Bukan Sekadar Penyampai Radio

Doa Dari Rakan Artis

errafazira
Alfatihah buat arwah mama.. moga arwah tenang dan damai dsana.. dtempatkan bersama hamba Allah yg solehah . Amiiinnn. And buatmu adikku.. selamat ulangtahun yg ke 31.. moga seluruh hidupmu dlm keberkatan dan dilindungi dr segala musibah dan permasalahan dlm kehidupan.. n most of all moga kebahagiaan dan ketenangan menjadi milikmu.. take care always ..
anuarzain70
Happy Birthday Brother Radin. Semoga ALLAH SWT kurniakan rahmat, barakah & keimanan yang kukuh buat Mu. Semoga ALLAH SWT angkat kesedihan Mu & dikurniakan kegembiraan didunia & diakhirat.. Aamiin Yaa Rabb
bellaastillah


Sama lah birthday kita! Happy Birthday Radinn.
elfiraloy
Happy Birthdayyy Radin!
belladally
Happy Birthday Radin!
azrinazmazharhakim
Happy Birthday Radin!! its must be hard for you to celebrate without ur mom.. stay strong
rozitachewan1
@radin_era Happy Birthday Radin , semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt
farahdhiya_fd
Happy birthday Radin.Semoga terus kuat utk lalui dugaan-Nya dan Semoga yg baik2 sahaja untuk u.God bless.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Radin Era
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh