“Bila Kita Diuji Allah. Ingatlah Allah Sayang Kita” Ustaz Ebit Lew

Share

“Bila Kita Diuji Allah. Ingatlah Allah Sayang Kita” begitulah perkongsian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sememangnya memberikan pedoman buat kita semua.

“Bila Kita Diuji Allah. Ingatlah Allah Sayang Kita”

Ustaz Ebit Lew yang sering memberi pesanan mengingatkan kita agar sentiasa mengingati Yang Maha Esa walaupun pelbagai ujian melanda.

Malah Ebit juga berkongsi pelbagai  kisah yang boleh menjadi pedoman buat semua.

Teringat dulu pernah pujuk seorang adik berumur 14 tahun bawah jambatan pegang baby dah 2 bulan. Abang,saya kecewa dengan hidup saya. Adik tadi ceritakan betapa kecewa dan putus asa dengan Allah. Tak tahu solat. Rasa ahli neraka. Saya ulang kali cakap Allah sayang padanya. Ulang kali. Adik tadi menangis. Betul ke dia sayang saya? Adik tadi nak belajar solat.

“Syukur mula solat dan hidupnya jadi sangat baik. Dia dahaga kasih sayang Allah. Dia ingat dia dah tiada jalan untuk balik. Itulah kasih sayang Allah.

“Saya pernah dakwah di lorong-lorong. Dulu masa 9 tahun mula lari dari rumah jadi pelacur di lorong. Saya kata Allah sayang padanya. Dia berubah dan kini berumur 28 tahun dah balik rumah jumpa mak ayah menangis. Mereka dahagakan kasih sayang Allah.

Berilah Masa Mengajak Manusia Pada Kasih Sayang Allah

“Baru ni bawa ramai anak muda yang nak bunuh diri kecewa dengan hidup. Bersama 3 hari dijalan Allah. Tiba-tiba berubah dan terus bersemangat dalam hidup. Selama ini ingat tiada siapa peduli dan semua orang tinggalkannya. Rupanya dia baru tersedar dia ada Allah yang sayang padanya. Cuma kita tak kenal kasih sayangnya. Berilah masa untuk kenal Allah. Berilah masa mengajak manusia pada kasih sayang Allah.

Cinta Allah Tak Bersyarat

“Cinta Allah tak bersyarat. Dia mencintai hambanya. Dia menanti kita semua. Jangan buat sesiapapun berputus asa dari rahmatnya. Cinta yang sejati. Cinta sebenarnya. Cinta Allah pada kita semua.

“Saat kita diuji. Belajarlah menerima cinta Allah. Demi cintaMu padaku. Terima kasih kerana memilihku untuk diuji olehMu. Aku cinta gembira Redha dengan segala ujianMu. Terima kasih ya Allah atas segala ujian ini. Jika ada pahala untuk semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya,” tulis Ebit.

Baca Disini Juga:

Ebit Lew Maafkan Semua Yang Fitnah & Menjatuhkannya, Mohon Bersatu Hati

“Rindunya Bidadari dan Anak-Anak. Hanya Air Mata Ubat Sedikit Rasa Rindu” Ustaz Ebit

“Berjuang Abang Hadiah Terbesar Buat Sayang. Teruskan Perjuangan ”Sebaknya Jawapan Isteri Ebit Lew

Sumber / Sumber Foto : Facebook Ustaz Ebit Lew

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh