Agak-agak pemandu kereta di luar sana tahu tak beza angin luar dengan angin dalam seperti simbol yang ditunjukkan itu. Tak pernah ubah dan tidak tahu apa-apa tentang simbol itu.
Bagi yang dah biasa, tentu sekali dapat mengagak bila dalam kereta berbau, mulalah tukar simbor angin luar. Sebab itulah, ada bau asap kereta sebabnya angin luar masuk ke dalam kereta.
Tak mustahil juga ada langsung tak ubah apa-apa pada simbol itu sama ada simbol angin luar atau angin dalam. Ini yang perlu anda tahu dan membantu dalam mengurangkan penggunaan bahan api. Dengan kata lain boleh juga jimatkan minyak kereta.
Malah, boleh dikatakan kereta berjemur di kawasan panas dan bila kita hidupkan enjin tidak terfikir untuk tukarkan simbol itu. Lepas ini kena tukar sebab ia membantu menggurangkan haba panas dalam kereta, seperti yang disarankan oleh doktor ini.
Nak pakai fungsi ‘angin luar’ atau ‘kitaran dalam’ pada air-con ni?
Ads
Jawapan:
Gunakan fungsi ‘angin luar’ apabila mula masuk kereta yang telah berjemur panas. Ini kerana angin dalam kereta lebih panas daripada angin luar. Fungsi ini akan bantu turunkan suhu dalaman kereta dengan gantikan dengan angin baru.
Bila dah kabin kereta dah mula sejuk, tukarkan ke fungsi ‘kitaran dalam’. Ini akan bantu sistem air-con anda berfungsi dengan lebih baik kerana hanya perlu menyejukkan angin yang separa sejuk berbanding angin luar yang panas.
Secara langsung dapat mengurangkan pengguna bahan api.
Akan tetapi, fungsi ‘kitaran dalam’ akan buatkan pengumpulan wap air daripada pernafasan kita. Sebab tu cermin akan berkabus/berwap jika anda memandu di kawasan sejuk, pergunungan, kampung-kampung atau sebelah pagi,
Tukarkan ke fungsi ‘angin luar’ untuk hilangkan kabus pada cermin depan.
Ads
Pening, tak tau nak pilih yang mana??
Sahabat saya, Jamadin Hayat (founder & chief mechanics di Ztechnica Automobile) mencadangkan korang guna fungsi ‘auto’ (automatic) pada sistem air-con korang jika ada.
Sistem auto pada air-con ni akan pilihkan fungsi yang mana paling sesuai.
Pada model² BMW, sistem auto air-con ni bergantung bacaan kepada AUC sensor.
AUC = Automatische-Umluft-Control (Kawalan peredaran semula udara automatik).
Jenama kereta-kereta lain juga ada dengan nama sensor yang agak berlainan. Sensor ini akan pantau kualiti udara & tahap kelembapan kabin.
Ads
Gunakan fungsi auto pada air-con anda kalau ada.
Mingguan Wanita : Biasanya kita guna angin luar kalau ada makanan yang kuat dalam kereta. Secara tak langsung nak nyah bau dalam kereta.
Perekabentuk Hiasan Dalaman ini, Khairunnisa Hamzah berkongsi idea dekorasi ruang dobi yang menawan. Biarpun, ianya cuma tempat untuk mak-mak basuh kain baju, dengan menghias ruangan itu, dapat memberi nilai tambah padanya.
Rupanya dengan menghias waima bilik membasuh sekali pun, dapat mengundang aura positif dalam kediaman mak ayah. Hadamkan perkongsiannya.
Dekor Tempat Basuh Jadi Ruang Dobi Yang LOVELY
Berapa ramai rumah dia ada mesin basuh baju?
Berapa ramai yang sambung dapur sampai habis tanah belakang?
Tapi, berapa ramai yang DEKOR tempat basuh baju dia sampai jadi ruang dobi yang sangat lovely?
Secara emosinya, kita boleh jadi sangat penat menguruskan pakaian bila tempat pengurusan itu tidak ada langsung perhatian diberikan.
Nampak tak kenapa Mommy ini sibuk mengajak pemilik kediaman untuk bangun berjaga dari terus sama begitu selamanya?
DEKOR itu memberikan rasa yang sangat positif pada sesuatu ruang.
Malah ia akan membuatkan pengguna ruang itu SUKA BERLAMA di situ.
Dekor itu pembaziran atau pelaburan jika ia mendatangkan aura positif dalam kediaman?
Dekor itu kehendak atau keperluan jika tanpa ia seseorang rasa terseksa untuk berada di dalamnya?
Ruang berDEKOR menjemput aura.
Ruang berDEKOR merajinkan anggota badan.
Ruang berDEKOR membenihkan kasih sayang dan tujuan kehidupan.
Dekorasi, Hidupkan Aura Positif Dan Berkasih Sayang
Orang di negara maju, misalnya di Eropah, mereka maju atas kesedaran kepentingan dekorasi kerana penting bagi mereka untuk hidup positif, beraura dan berkasih sayang yang bermula dari rumah.
Mereka menyediakan dekorasi dalam kediaman sendiri di setiap penjuru.
Ingat lagi kisah viral dari post Mommy tentang makeover rumah yang si suami minta kami buatkan untuk suprise isteri pulang ke kampung berpantang selama 3 bulan?
Salah satu yang membuatkan isterinya terharu ialah makeover yang dibuat pada ruang membasuhnya.
Katanya, “Macam mana akak buat ni? Tak sangka jadi macam ini“
Mungkin masih ramai lagi yang tak terbayang ruang membasuhnya boleh di DEKOR dengan baik berbanding meletakkan mesin basuh itu di belakang dengan sendirinya saja tanpa dekorasi berfungsi.
Ruang apabila tidak di DEKOR, maka tidak akan kita terfikir untuk menambah nilai padanya.
Malah mungkin setiap penghuni tidak akan berasa penting padanya. Sebab itu ruang tanpa dekor sering menjadi stor dan tempat tikus dan kucing beranak saja.
Banyak lagi kita boleh buat pada ruang tersebut.
Silap silap ada yang buat lounge atau workstation di sebelah mesin basuh selepas lihat idea-idea yang Mommy sertakan sekali melalui carian pinterest yang diselitkan dalam gambar-gambar di bawah ini.
Dekorlah!
Fahami tujuan dan kepentingan dekorasi dalam kediaman itu sendiri.
Kerana dekorasi itu adalah menghiasi peribadi dan kehidupan kita sekeluarga sendiri.
Idea Ruang Dobi Untuk Mak-mak Pilih
Rancang Rekabentuk Makeover Ruang Dobi Lovely Di Rumah Sendiri
Rancang semula di mana lokasi mesin basuh dan ruang mendobi kita. Untuk dapatkan rekabentuk 3d ruang, boleh ke http://rekabentuk3donline.blogspot.my/by http://rekabentuk3donline.blogspot.my/
Bukan mudah nak kekalkan wajah yang awet muda bila usia makin bertambah. Sebab itulah, kita harus tahu bagaimana caranya untuk menjaga dan merawat kulit wajah agar tidak mudah mengalami penuaan dan kekal awet muda.
Salah satu cara agar kulit wajah terlihat tetap awet muda adalah dengan mengamalkan masker wajah berasaskan buah-buahan ini. Yang lagi best, bahan-bahannya biasa ada di dapur rumah anda!
Cara Membuat: 1. Lenyek pisang di dalam sebuah mangkuk hingga hancur. 2. Tambahkan satu sudu makan madu lebah dan satu sudu makan tepung oat. 3. Kemudian, adun sekata. 4. Setelah itu, oleskan pada seluruh permukaan dan leher. Biarkan selama 30 minit. 5. Setelah itu, bersihkan dan bilas dengan menggunakan air suam.
Masker Putih Telur dan Lemon
Bahan-bahan: 1 biji telur – ambil putih sahaja 2-4 titik jus lemon
Cara Membuat: 1. Ambil putih telur, lalu titiskan 2-4 titis jus perahan lemon ke dalamnya. Kacau hingga berbuih dan sebati. 2. Basuh muka menggunakan air suam sebelum memakai putih telur sebagai masker wajah 3. Kemudian oleskan masker secara merata pada wajah terutama kawasan yang mempunyai noda hitam dan bekas jerawat. Putih telur berkhasiat menegangkan kulit, manakala lemon dapat mencerahkan wajah. Putih telur adalah cara yang paling mudah dan murah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. 4. Biarkan selama 15 sampai 20 minit sampai putih telur mengering. Kemudian bilas dengan air sejuk.
Yogurt, Putih Telur Dan Gula
Bahan-bahan: 1 biji putih telur Sedikit yogurt asli Sedikit gula
Cara Membuat: 1. Pukul putih telur hingga berbuih dan sebati. 2. Masukkan sedikit madu, yogurt dan gula. Kacau sebati. Yogurt terkenal sebagai pemutih kulit alami. 3. Biarkan15-20 minit dan cuci bersih. Sekiranya anda rajin menggunakan masker yogurt, ia dapat membantu meratakan kulit yang tak sekata/berbelang dan menghilangkan noda jerawat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya dengan melumur minyak dan pakai stokin sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut. Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti kulat air dan kecut apabila terendam dengan air, mahupun banjir berjam-jam lamanya.
Boleh ikut tip pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Hayana Darliz ini yang pernah bergelar Kapten dan menjalani latihan tentera di dalam hutan dahulu.
Ada sahabat kita bagitau, diorang yang dok bersihkan rumah banjir hari-hari, kaki terperam dalam air berlumpur berjam-jam sampai rosak kulit kaki dan naik kulat air.
Allah..
Gini..KD share sikit..
Tip Sebelum Mulakan Kerja Membersih
Sebelum mulakan kerja membersih, samada basah atau tidak, sila lumurkan kaki dengan minyak. Minyak kelapa boleh, minyak zaitun pun ok. Lepas tu pakai stokin, baru pakai boot.
Kalau tak buat kerja tolak air, kaki akan basah juga sebab berpeluh dalam boot tu. Keadaan lembap gitu banyak bakteria membiak.
Stokin pakai tau. Kalau tak pakai, boleh akibatkan melecet, kaki lebih cepat berpeluh.
Stokin dan minyak zaitun atau minyak kelapa ialah antara barang kalian boleh sumbangkan buat mangsa banjir.
Pengalaman ‘Training’ Dalam Hutan
Mana KD tau petua ni?
Masa training dalam hutan dulu kami pakai spike boot. Selalunya akan basah lah sebab harung sungai, berhujan berpanas. Lebih seminggu dok peram kaki macam tu. Tahun pertama training memang tak reti lagi. Rosak kaki. Lama nak sembuh.
Lepas dah pandai sikit, kami pun pakai minyak bawang putih. Lumur kat kaki sebelum sarung stokin. Minyak ni elak kulat air, elak kaki kecut selepas berminggu basah dalam boot.
Pakai minyak masak kelapa sawit aje.
Cara Buat Minyak Bawang Putih
Cara nak buat minyak bawang putih -grill atau bakar bawang putih, pastu lenyekkan, bubuh dalam botol yang berisi minyak masak. Memang kuat bau bawang putih tu. Tapi demi menjaga kesihatan kaki, layan kan aje.
Pastu masa training dalam hutan tu, bila ada masa, buka boot, keringkan kaki dan tabur bedak askar (tak tahu lah brand apa nak pakai kalau bedak lain), supaya kaki betul-betul kering. Kalau nak gerak semula baru sapu buang balik bedak tu, lumur minyak, pakai stokin baru dan sarung semula boot. Jalan..
Jaga tau kulit kaki korang. Kulit kaki siap boleh lekang gitu aje kalau kulit dah kecut sangat. Kulat air toksah cerita lah. Keluar hutan siapla merenyam gatal celah-celah jari kaki tu.
Gitulah. Ada la sikit pengalaman tu.
Moga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian petua dan tip ini bermanfaat, terutamanya yang sedang dalam proses membersihkan rumah akibat banjir. Cara ini boleh mengelakkan kulat air dan kaki kecut kerana terendam lama dalam air.
Tan Sri Michelle Yeoh Cantik Berselendang. Aktres tersohor antarabangsa yang dilahirkan di Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dilihat telah menghadiri majlis pengebumian mantan Perdana...