Bila keluar berjalan, suami jangan berlagak bujang! Sudahnya isteri yang patah pinggang uruskan anak-anak seorang diri. Sebaiknya bantulah isteri uruskan anak-anak.
Apatah lagi bagi isteri yang tak bekerja dan bergelar surirumah, inilah waktunya dia merasa metime bila dapat keluar rumah seketika.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
Bila Keluar Berjalan
Bila bawa isteri keluar makan atau berjalanjalan, kita yang suami ini jangan berlagak “BUJANG”…
Memang sudah cukup baik sebenarnya jikalau seorang suami ada kemahuan untuk bawa isteri dan anak-anak keluar makan luar, pergi melancong, jalan-jalan sana, sini…
Tapi janganlah biarkan isteri saja yang kena pegang anak, jaga anak, layan anak dan suapkan anak…
Ada suami yang bawa isteri makan di luar, elok saja si suami habis makan, terus bangun pergi hisap rokok. Isteri tak sempat jamah lagi makanan dia, baru tengah layan anak-anak. Suapkan anak-anak lepas itu suami datang ajak balik…
Ads
Sudahnya, isteri makan sikit, mampu jamah ala kadar…
Ada suami yang bawa isteri jalan-jalan, melancong di pusat peranginan tapi sepanjang melancong, suami jalan dekat depan, isteri jalan di belakang. Malah isteri yang jaga anak-anak dan isteri yang kawal serta pegang anak.
Suami melenggang, isteri patah pinggang…
Sudahnya Isteri Yang Patah Pinggang
Manfaat itu hanya dapat dekat suami seorang. Suami dapat release tension, dapat enjoy dan menikmati suasana itu. Manakala bagi isteri, dia rasa lebih baik duduk di rumah sebab dia lagi struggle jaga anak-anak bila di luar untuk keadaan yang macam itu…
Isteri tak betul-betul dapat feel bila mana situasi dia di luar dan di dalam rumah tu sama…
Ads
Suami perlu main peranan, kalau kita memang nak meraikan isteri, kalau kita memang hendak menggembirakan isteri, maka biar dia makan dan kita layan anak-anak. Bila bercuti, kita yang jaga, pegang dan kawal anak-anak…
Kalau kita still letak semuanya pada isteri, maka dia rela lagi duduk di rumah…
Mingguan Wanita : Berilah ruang untuk isteri berehat seketika, biarkan mak-mak menikmati makanan dengan tenang. Tak susah pun, malah bukan lama.
Dunia bercinta tak akan pernah sama selepas bernikah ya. Itu suami isteri kena beringat, jadi tak kena cedok ilmu lebih sikit sebelum jadikan si dia pasangan hidup kita.
Terutama bab rupa, jangan nak target pasangan ‘elok’ pada luaran saja tetapi dalaman gagal. Dalam erti kata mudah, perangai tak cantik.
Tetapi soal hati siap mampu baca, maka kena berkawan dulu dan cuba kenal si dia dulu. Nak lagi mudah, hadam perkongsian saudara Amir Syahir ini.
Sebelum Bernikah, Kenal Dia Dulu
Lelaki mana taknak isteri dia cantik. Beli kasut pun memilih yang cantik walaupun pakai kat kaki. Inikan pula bakal isteri yang selalu ada depan kita.
Tapi bukan sekadar rupa kau kena nilai. Bukan setakat kecantikan ataupun pandai bergaya. Kau kena tengok hal ehwal agama dia. Untuk bahagia masa depan, bukan rupa menjadi ukuran. Kau kena ketepikan soal rupa.
Soal agama dia kena nilai. Tanggungjawab dia sebagai hamba Tuhan. Sekurang-kurangnya solat lima waktu dia jaga. Aurat tu reti nak tutup. Singkat dan ketat tu belakang kira. Nanti jadi tugas kau kena didik dia nanti.
Nak bernikah ni bukan dengan dia je.
Tapi dengan keluarga dia jugak. Mak bapak dia okay ke kalau kau kerja kejuruteraan sapu sampah? Kalau tiap hari dia menyindir kau, lama-lama mana tahan kan?
Pilih yang keluarga dia boleh terima kau. Kalau kau kerja kejuruteraan bendalir gali longkang pun dorang boleh terima kau seadanya. Yang penting sumber yang halal.
Aspek lain kau kena tengok dia boleh bertolak ansur, tak mudah mengeluh dan tak cerewet.
Kalau nak ikut nafsu mata memang tak pernah habis. Memang kita sebagai manusia suka akan keindahan. Itu fitrah biasa. Yang penting kau kena ikut kata iman kau.
Hargai Pasangan Kita
Hargai lah dia selagi dia sangat mengambil berat akan kau. Itulah realiti kehidupan. Kau tak boleh nak cari yang cantik je. Itu sebab artis muka punyalah lawa, tapi dah kahwin, jodoh tak panjang bercerai berai. Jadi kau nak memandang rupa lagi?
Haa… yang masih memandang rupa tu boleh pergi mereput sana. Kah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, pelakon dan pengacara wanita, Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir,32 telah selamat melahirkan cahayamata yang ketiga baru-baru ini.Diana telah melahirkan bayi lelaki seberat 3.12 kilogram pada jam 2.16 pagi pada 10 November 2018 lalu.
Ia merupakan anak lelaki pertama setelah dikurniakan dua orang puteri Khawlah Al Azwar, 3 dan Khadijah Azzehra, 1 tahun 4 bulan, sebelum ini.
Berikut perkongsian pengalaman bersalin Diana yang diumumkan didalam Instagram beliau;
SubhanAllah alhamdulillah, diana terharu dengan doa-doa daripada semua, daripa awal pregnancy sampailah selamat melahirkan pagi tadi (10 November)..Terima kasih banyak-banyak, semoga Allah pulangkan kebaikan kepada awak-awak semua.
Bersalin Awal
Ikutkan due date ari isnin tapi Allah nak bagi anugerah awal and actually, memang diana doa untuk sakit contraction yang amat sangat, then akan cepat je dapat lahirkan baby.. After 5 mins masuk labour room baby dah keluar ❤. Thanks sayang bekerjasama dengan mummy tadi.
Thanks juga dekat doktor-doktor and nurses yang comel-comel and baik-baik dekat @hospitalumra. My 3rd baby dekat hosp umra dan sentiasa boleh bergantung pada professionalism and friendliness mereka ❤️❤️
Doa Diana
Diana doakan yang belum dikurniakan zuriat , akan memperoleh rezeki yang terbaik dariNya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin!
Kepada yang bakal melahirkan, u can do it!!!!! Pasti Allah tidak sia-siakan kesabaran menanggung kesakitan. Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa-dosa dengan cara yang indah.
Doakan baby boy Diana sihat, soleh, handsome, disayangi @khawlah_khadija ? diorang belum jumpa lagi adik dioramg ni hahahaaa! #mummynervous .
Yayy!! Alhamdulillah part paling scary (bersalin) dah settle, now panda eye and pantang mode on!
MW: Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Semoga bayi membesar dengan sihat dan sempurna, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dalam keluarga. Selamat Berpantang!
Bila buat kerja rumah, ada sesetengah perempuan dia tak ambil kira bab penat. Janji semua settle dan teratur. Itu yang kadang ada perempuan cepat stress dan serabut. Suka paksa diri sebab nak tengok benda sempurna.
Haaa… kalau ada sikap macam ni dalam diri, tolong beringat. Kongsi perasaan tu awal-awal dengan kaum suami, sekurang-kurangnya dia tahu dan boleh tolong mana yang patut.
Macam yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini, nak hasilkan yang terbaik pun biar berpada-pada. Jangan sampai emosi terganggu.
Buat Kerja Rumah Takat Yang Mampu
“Nak jadi isteri yang baik itu boleh, tapi jangan ‘terlalu’ berusaha untuk menjadi yang terbaik…”
Buat setakat yang mampu, setakat yang awk boleh then minta suami untuk faham keterbatasan awak dalam menjadi seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pekerja.
3 status yang dipegang seorang perempuan setelah mendirikan rumahtangga.
Dia menjadi seorang isteri kepada suami, dia seorang ibu kepada anak-anak dan dia juga seorang pekerja kepada majikan (jika bekerja) dengan kudrat sebagai seorang perempuan. Anda rasa, sampai bila anda mampu untuk menggalas ketiga-tiga status itu dengan baik? Dan boleh melakukan semuanya dengan sempurna?
Please know your limit…
Tahu kemampuan dan batas awak, jangan buat semuanya terlalu sempurna sebab lama-kelamaan awak akan letih, awak akan penat. Bila awak letih, bila awak penat, awak akan beremosi dan cepat sensitive.
Awak akan moody dengan suami, awak cepat marah dengan anak-anak. Awak dah almost fully utilize fizikal awak, mental awk.
Kalau tak sempat buat kerja rumah tu hari ni, buatlah esok.
Perempuan Bukan Robot
Jangan paksa diri untuk buat juga bagi setel ari ni. Bezakan kerja rumah apa yang perlu dibuat dahulu, kerja rumah mana yang boleh dibuat dihujung minggu dan sebagainya. Jangan anggap semua kerja-kerja rumah tu perlu dibuat dalam hari yang sama, perlu disiapkan dalam hari yang sama. Jangan seksa diri sendiri untuk semua ni. Jangan paksa diri semata-mata untuk semuanya kelihatan baik dan sempurna.
Jangan… anda bukan robot.
Anda perlukan rehat yang mencukupi untuk terus berbakti dan anda juga perlu untuk terus sihat dalam menjadi seorang isteri dan seorang ibu.
Sayangilah diri anda sebelum menyayangi diri orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...