Bagi seorang anak, keberkatan dan doa restu mak ayah sangat diperlukan untuk memudahkan segala urusan dalam kehidupan. Tak kiralah apa juga bidang yang diceburi, lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan. Ini kerana dengan keberkatan tersebut, percayalah rezeki akan hadir bagaikan air hujan yang mengalir deras.
Enam tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan coklat ternyata banyak pengalaman pahit manis yang dilalui oleh Pengasas Chocodap’s May Sarah Nadiah Binti Meor Mohamad,35 dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Chocodap’s iaitu Mohamad Farhan Bin Mohamad Zainuddin,36 ini.
Di awal pembabitan dalam perniagaan coklat ini pada Oktober 2015, ternyata bukan mudah bagi pasangan suami isteri ini untuk membuktikan pada keluarga, laluan kehidupan berliku yang telah dipilih. Usaha mereka pada awalnya mendapat tentangan daripada keluarga tercinta.
“Permulaan perniagaan lah yang paling perit. Sewaktu kita tidak di kenali apatah lagi dengan produk yang kami bawa. Amat mencabar untuk dapat kepercayaan orang ramai. Keputusan yang suami ambil untuk fokus 100 peratus pada perniagaan coklat ini menerima tentangan dari keluarga suami.
“Kami terpaksa tinggal kan rumah mertua dan menyewa di rumah apartment. Kami tidak salah kan mereka, kerana kami faham mereka hanya bimbang kami mengambil keputusan yang boleh membahaya masa depan kami dan amat sukar untuk kami yakinkan mereka dengan sekadar kata-kata. Namun, kami sangat jelas yang perniagaan ini mampu memberi impak kerana dalam masa yang 3 bulan sahaja kami menjual coklat sudah menyamai gaji suami,”
“Namun bila tiada sokongan keluarga, kehidupan sangat mencabar. Rumah kami ditingkat 8. Lif rumah seringkali rosak, memaksa kami angkut stok coklat bersama anak-anak memanjat anak tangga. Stok coklat tidak boleh tinggal di luar kerana ia mudah rosak. Pada ketika itu anak kami berusia 3 tahun dan 1 tahun. Anak sulong masih kecil tidak mampu naik tangga sebanyak itu. Suami terpaksa berulang kali naik turun tangga untuk uruskan stok-stok,”katanya.
Namun demikian, dalam menempuh laluan perniagaan, sokongan keluarga, keberkatan dan doa restu daripada ibu dan bapa sangatlah penting bagi memastikan segala urusan dipermudahkan, sekaligus menjemput rezeki yang mengalir bagaikan air hujan.
“Akhirnya setelah setahun kami berusaha, bibit kejayaan semakin terserlah. Kami dapat buktikan pada ibu ayah yang perniagaan ini memberi jaminan masa depan. Malah suami buktikan dengan memberi wang tunai RM30,000.00 kepada ayah saya. Disini lah ayah suami yang dulu sangat menentang berubah menjadi seorang sangat gembira dan bangga pada perniagaan kami.
“Bila keberkatan ibu bapa itu sampai, rezeki bagaikan air hujan pada pernigaan kami. Banyak perkara di permudahkan dan sehingga lah ke hari ini.” ujarnya.
Mengimbas perjalanan latar belakang diri, ternyata usahawan berjaya ini bukan berasal dari keluarga yang senang. Melihat pengorbanan ibu dan ayah serta kesukaran dalam membesarkan anak-anak ternyata menyuntik keazaman untuk membantu keluarga. Malah ia menjadi titik tolak serta dorongan bagi pasangan ini memulakan perniagaan.
“Saya adalah anak kepada peniaga kedai makan, dimana kedua-dua orang tua saya membesarkan saya dengan hasil daripada perniagaan mereka. Mereka terpaksa bekerja walaupun tidak sihat kerana jika tidak masuk kedai maka tiada lah pendapatan mereka.”
“Saya melihat betapa sukarnya mereka membesarkan kami 3 beradik ini. Mereka bangun setiap hari seawal 4 pagi dan pulang kerumah jam 6 petang seterusnya jam 9.00 malam sudah mula buat persiapan bahan-bahan untuk dimasak pada awal pagi tersebut.”
“Namun pendapatan tersebut masih tidak mencukupi sehingga ayah terpaksa buat bayaran mengunakan kad kredit untuk menampung pendidikan kami meski pun beliau sedar beliau tiada duit. ”
“Pengorbanan ayah dan ibu menjadikan saya nekad untuk bantu mereka sejurus tamat pengajian. Saya buang rasa malu, dan mula menjual pelbagai produk seperti coklat homemade, tudung, kuih raya, produk kecantikkan, produk kesihatan, emas dan macam-macam lagi.
“Saya mula mengenali ramai pengeluar-pengeluar produk, para pemborong dan para ‘founder’. Ada produk yang bertahun-tahun saya menjadi leader, banyak ilmu-ilmu pengurusan agen yang saya timba. Pengalaman ini menjadikan saya semakin berani dan suka dengan perniagaan. Hasil pendapatan jualan tersebut semuanya saya salurkan untuk bantu ayah terutamanya pada hutang kad kredit beliau.” ujar May Sarah Nadia, anak bongsu daripada 3 beradik yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Biologi).
Memiliki jalur latar belakang keluarga hampir sama, ternyata ia bagaikan jodoh yang ditakdirkan bagi pasangan ini yang mendirikan rumahtangga, saling memahami dan memilih mengusahkan perniagaan coklat bersama-sama.
“Keluarga suami juga di besarkan dalam keluarga yang berniaga. Anak ketiga daripada 6 beradik, beliau sendiri membesar dalam keadaan ibu bapa yang ‘struggle’ untuk kelangsungan hidup. Keazaman dan kecekalan ibu bapanya memberikan beliau inspirasi untuk tidak mudah mengalah dalam apa jua keadaan sekali pun.”
“Atas kerana beliau memahami betapa susahnya ibu bapa beliau mencari duit. Suami berusaha mencari pendapatan sendiri bagi meringgankan bebanan ibu bapa yang pada ketika itu adik-adik masih kecil. Sejurus tamat Matrikulasi, beliau menjalankan perniagaan ‘burger’ di hadapan rumahnya. Kemudian ketika tamat Universiti dalam jurusan Kimia Industri, beliau terus menjalankan perniagaan dadih di depan sekolah.
“Dalam masa yang sama beliau juga menjual pelbagai produk-produk kesihatan tetapi tidak kemana. Duit tetap keluar tetapi produk masih banyak tidak terjual dan akhirnya berkesudahan dengan beliau makan sendiri ataupun sedekahkan pada ahli keluarganya. Namun beliau masih tidak putus asa dan masih lagi mencari peluang perniagaan yang sesuai dengan beliau.
“Sehingga lah kami dijodohkan, saya mencari sesuatu perniagaan yang mudah untuk saya dan suami buat bersama-sama. Alhamdulillah pilihan saya untuk jadikan Coklat sebagai perniagaan adalah tepat kerana suami lebih mudah dalam membuat pemasaran berbanding dengan produk-produk lain.” katanya.
Bermula dengan menjual coklat pada rakan sekerja di pejabat dan permintaan menggalakan, membulatkan tekad pasangan usahawan ini untuk memberanikan diri mencari ‘drosphip’ dan agen bagi meningkatkan lagi jualan perniagaan coklat yang diusahakan.
“Pada Oktober 2015, saya diperkenalkan oleh kenalan saya akan coklat ini. Kami sekeluarga rasa sangat sedap dengan coklat tersebut. Kemudian saya cuba memasarkan coklat tersebut kepada kenalan saya di tempat kerja.
“Alhamdulillah semua memberi maklum balas yang sangat memberangsangkan, Permintaan luar biasa dan hampir setiap hari mereka tempah coklat dengan saya. Saya merasakan sangat mudah untuk menjual coklat berbanding dengan produk lain yang pernah saya jual sebelum ini
“Antara faktor terbesar yang memberi kesan pada saya bila suami juga boleh sama-sama membanting tulang dalam menyumbang kepada perniagaan coklat ini. Hampir setiap hari berpuluh-puluh paket coklat di tempah oleh rakan-rakan sekerja,
“Kami sungguh tidak sangka betapa mudahnya menjual coklat kerana kami tidak perlu cakap berjela-jela untuk yakin kan pelanggan. Cukup dengan memberi ‘sample’ mereka sendiri boleh rasa perbezaan kualiti produk kami berbanding pasaran luar
“Bila nampak permintaan makin banyak, saya dan suami mula fokus mencari dropship yang mana mereka menjual tanpa mengeluarkan modal. Pada Tahun 2016, suami mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan coklat.
“Sepanjang tahun 2016 kami fokus pada dropship dan jualan terus kepada pelanggan, Alhamdulillah kami mula mencecah jualan sebanyak 1 metrik tan coklat sebulan dengan memiliki 200 orang dropship dan masa ini kami hanya berniaga dari rumah apartment.” ujarnya.
Perjalanan Chochodap’s semakin berkembang maju, bermula dari rumah sewa apartment dan kini telah mempunyai 3 premis utama. Malah telah mempunyai 2000 agen di seluruh Malaysia dengan purata pengeluaran coklat sebanyak 25 metrik tan sebulan.
“Masuk tahun 2017, kami pindah rumah bawah kerana sukar membawa coklat turun naik daripada apartment. Rumah tersebut di ubah suai untuk dijadikan pejabat, gudang dan ruang operasi. Pada tahun ini juga kami perbaharui sistem perniagaan kami ke arah Agen sistem.
“Alhamdulillah permintaan sangat luar biasa, pada pertengahan 2017 kami memiliki 140 agen. Kami mula bergerak lebih laju dan berjaya mencecah 3 metrik tan coklat sebulan. Ketika ini kami baru mempunyai 2 orang pekerja.
“Pada tahun 2018, kami mula lahirkan agen yang berjaya membuat jualan 50kg-1000kg coklat dalam sebulan. Pada tahun ini, kami mula bergerak ke luar menyewa kedai di kawasan Lembah Ampang. Alhamdulillah, agen semakin ramai dan jumlah agen pada penghujung tahun 2018 sebanyak 2000 agen seluruh Malaysia.
“Pada tahun 2019, kami telah mempunyai 3 premis. Dimana 2 premis adalah gudang coklat dan 1 premis lagi di jadikan sebagai pejabat urusan & dewan latihan untuk agen-agen chocodaps. Purata pengeluaran Coklat kami hampir 12 metrik tan sebulan.
“Pada tahun 2020, kami berpindah ke gudang yang lebih besar iaitu di kawasan industri kecil dan sederhana. Kini kami mempunyai 2 lot gudang di Ampang dan 1 lot gudang di Seremban. Cawangan di Seremban tersebut juga mempunyai dewan latihan yang mampu memuatkan 200 orang satu masa. Purata pengeluaran coklat pada ketika ini adalah 25 metrik tan sebulan,”katanya.
Hasil usaha gigih dan berterusan tanpa henti, Chocodap’s telah berjaya mengecap kejayaan yang tersendiri. Pada 2020, 300 metrik tan coklat berjaya dijual dengan mendapat hasil jualan sebanyak RM16.4juta. Bukan itu sahaja, puluhan ribu suri rumah telah dapat dibantu serta mampu menjana pendapatan sendiri sekaligus mengubah ekonomi dan corak kehidupan yang lebih baik.
“Kami telah bantu lebih 50,000 suri rumah dan warga kerja bina pendapatan dengan coklat. Ada suri rumah yang memiliki simpanan ratusan ribu. Tiada yang lebih indah selain melihat kejayaan usahawan kami yang berjaya ubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Pada tahun 2020, kami telah pun jual 300 metrik tan coklat dengan jumlah jualan sebanyak RM16.4juta,” jelas May Sarah.
Menurut wanita cekal ini lagi, sejak awal meneceburkan diri dalam perniagaan tidak pernah terlintas dihati untuk sampai ke peringkat ini. Namun, hasil usaha gigih kejayaan demi kejayaan dapat dicapai, walaupun pada mulanya tujuan berniaga hanya untuk menampung kos sara hidup.
“Pada awal perniagaan kami tidak terbayang lagi nak capai sampai tahap hari ini. Nak sebut “juta” pun takut, namun setiap tahun kami selalu tingkatkan sasaran jualan yang lebih tinggi dari sebelumnya mengikut kesesuaian. Sasaran permulaan kami buat perniagaan ini hanya untuk menampung kos sara hidup sahaja, “jelasnya.
Lebih menambahkan rasa kesyukuran, di kala pandemik covid-19 melanda dan banyak perniagaan yang terjejas serta terpaksa gulung tikar, Chocodap’s ternyata mempunyai cara dan strategi yang tersendiri dalam menghadapi ujian serta cabaran ini untuk terus bertahan dalam perniagaan.
“Alhamdulillah, meskipun keadaan sekarang amat mencabar. Perniagaan kami masih berkembang dengan baik. Perkara pertama yang kami lakukan adalah jaga fokus mental kami dan juga seluruh usahawan chocodap’s. Kami fokus pada peluang yang ada dari fokus pada permasalahan. Menggunakan pendekatan “online” secara 100 peratus dan lebih agresif untuk mendapat tempat di hati pelanggan,”ujarnya.
Sementara itu, bagi setiap perniagaan, pastinya ada ‘idola’ atau mentor untuk menjadi pemangkin semangat dan inspirasi untuk mengekalkan momentum serta untuk terus kekal berada di tahap ini serta semakin maju kehadapan.
Bagi Chocodap’s, idola mereka dalam perniagaan adalah guru mereka sendiri iaitu Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Jenama Chocodap’s muncul setelah mereka pulang dari salah satu program anjuran mentor usahawan ini. Mereka sangat mengagumi bagaimana Dr. Azizan Osman memberi impak khususnya warga bumiputera untuk berani berniaga dan sangat ramai anak didik beliau yang berjaya malah ramai juga yang sudah bergelar jutawan. Maka Chocodap’s juga mahukan perkara yang sama, memberi impak pada bangsa dan negara.
Berpengalaman dalam jatuh bangun dunia perniagaan, May Sarah juga ada menitipkan pesanan buat usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini agar jangan mudah mengalah serta penting mencari ‘guru’ dan mendalami ilmu dalam perniagaan untuk lebih pantas berjaya.
“Bagi mereka yang baru nak berniaga, jangan mudah mengalah. Kesukaran pada awal perniagaan adalah lumrah dalam perniagaan. Jadikan cabaran ini sebagai bahan pembakar semangat untuk buat yang terbaik. Namun, jika anda nak berjaya lebih pantas cari lah perniagaan yang ada guru, sistem latihan dan yang telah terbukti melahirkan ramai orang yang berjaya. Ia jauh lebih pantas.
“Pada ketika kami nak capai jualan RM100 ribu sebulan, kami ambil masa 2 tahun. Namun usahawan coklat di bawah kami ada yang capai RM100 ribu hanya ambil masa 6 bulan sahaja,” ujar Maysarah yang hampir setiap hari memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada para usahawan untuk mereka berjaya.
Bagi Chocodap’s sendiri antara impian dan harapan yang ingin dicapai ialah dengan melahirkan lebih ramai jutawan serta menjadi jenama kebanggaan Malaysia.
“Harapan saya pada tahun 2030, kami melahirkan lebih 1000 jutawan di bawah chocodap’s dan usahawan chocodap’s sudah berada lebih daripada 10 buah negara. Jenama Chocodap’s juga adalah sebuah Brand kebanggaan Malaysia, ujarnya mengakhiri bicara.
MISI
⦁Memberi pengalaman indah kepada pelanggan dengan rasa coklat yang berkualiti tinggi
⦁Memudahkan pelanggan untuk menerima coklat dalam keadaan yang mudah, pantas dan selasa
⦁Bantu jana pendapatan lumayan dengan coklat melalui sistem, strategi & latihan yang terbukti berkesan
⦁Membina sebuah komuniti usahawan coklat yang bersatu padu, tolong-menolong, gembira,bersikap positif dan ingin mengapai kejayaan bersama
VISI
Menjadi sebuah syarikat coklat yang tersohor di dunia dengan pencapaian yang luar biasa melalui “platform”, sistem dan strategi yang terbukti berkesan dan boleh digunakan pakai diseluruh dunia.
Baca Lagi Di Sini : Pernah Dikhianati! Jatuh Terduduk Hingga Hilang Harta Benda, Cekyana Tak Serik, Terus Melangkah
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita