Dalam menguruskan rumah tangga, mesti isteri tidak dapat lari dalam menghadapi stres. Maklum sahaja, kesibukan uruskan rumah tangga, bekerjaya (jika bekerja) dan tidak kurang juga dalam melayan karenah anak-anak. Semua itu, isteri kena hadap dan perlu laluinya.
Namun, setakat manalah yang mampu isteri kurangkan stres. Mungkin ada isteri yang suka menyendiri, makan atau keluar sendirian untuk mengawal stres. Jadi, suami kenalah perhatikan bila isteri stres, bagilah masa untuk berehat. Sekurangnya stres yang dihadapi mampu dikurangkan. Jangan ditambah perasaan stres itu ye para suami.
Dalam mengurangkan atau menguruskan stres, setiap isteri ada cara tersendiri. Perkongsian daripada Rubiatul Addawiyah mungkin dapt membantu isteri di luar sana dalam mengendalikan stres. Moga perkongsian ini memberi manfaat pada isteri di luar sana.
Di sini, saya mahu kongsi cara mengurus stres yang digunakan dan terbukti berkesan untuk diri saya sebagai seorang suri rumah.
Perlu diingat, lain orang, lain caranya.
Stres perlu diurus dengan betul supaya kita tidak berlama-lama dalam tekanan tersebut.
Suri rumah yang berada 24/7 di rumah sangat perlu kepada persekitaran yang dia boleh rasa selesa. Contoh jika dia suka berada di dalam rumah yang kemas dan tenang, dia perlu berusaha mewujudkan ruang tersebut. Cuba terapkan konsep deko kawan-kawan ke dalam suasana rumah kita. Namun AWAS! Seperti biasa, please expect less apabila berurusan dengan anak-anak kecil.
Jika sedang berada dalam keadaan stres yang melampau, ambil masa untuk menyendiri. Agar kita dapat bertenang dan berfikir dengan waras akan tindak tanduk yang bakal dilakukan. Jika perlu keluar, keluar sebentar. Suami perlu ALERT dengan perubahan karakter isteri.
Cuba kenal pasti apa yang boleh mengakibatkan kita stres. Contohnya, ada ibu yang tak boleh melakukan kerja hanya kerana lantai rumahnya melekit atau baju berbakul-bakul belum dilipat.
Kadang-kadang bagi orang yang melihat, ia nampak seperti perkara kecil sahaja sedangkan bagi ibu tadi, itu punca dia akan mula marah-marah. Maka di sini, perlukan kerjasama ahli rumah untuk sama-sama membantu. Berat sama dijinjing, ringan sama dipikul.
Kita rasa kita mampu buat semuanya sendiri sedangkan kita tak sedar keupayaan kita terhad. Maka di sini, minimakan perasaan ingin melihat sesuatu itu dengan sempurna atau lengkap. Sekali lagi, EXPECT LESS! Luahkan apa yang terbuku, usah pendam perasaan seorang diri.
Cari kembali hobi yang dah lama ditinggalkan itu. Supaya bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita akan gembira.
Cari kumpulan sokongan yang sama niat dengan kita. Satu kasut dengan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Ambil makanan yang berkhasiat supaya kekal cergas dan bertenaga. Minum air yang mencukupi. Sesekali, reward diri sendiri. Paling utama, jangan lupa bagi rehat pada diri. Ketahui had yang ada pada tubuh badan kita.
Insya Allah, kita semua mampu menjadi suri rumah tangga dengan baik apabila kita dapat mengurus stres dengan betul.
MW: Jadi, isteri kenalah pandai uruskan stres supaya jadi suri rumah terbaik untuk keluarga.
Sumber: Rubiatul Addawiyah