Bila Jadi Mentua Terimalah Menantu, Layan Seperti Anak Sendiri Bukannya Macam ANAK TIRI

Share

Sebaik melangkah alam perkahwinan, perkara yang paling dirisaukan buat isteri adalah penerimaan mentua terhadap dirinya. Bolehkan dia menerima menantu seperti anak sendiri atau sebaliknya.

Ada seetengah mentua ni, pandangan dia lain macam sedikit. Ada saja menantu tak kena di matanya.. Kalau boleh apa yang anaknya buat semua betul. Ini belum lagi cara masakan, uruskan rumahtangga yang sememangnya 100% tak seperti yang diinginkan.

Sebagaimana dia layan anaknya, begitulah dia mahu menantu melayan seperti yang dia lakukan. Silap haribulan, suami isteri boleh bergaduh dan bercerai berai dek kerana campurtangan mentua.

Terimalah menantu seperti anak sendiri, salah atau silap tegurlah dengan berhemah. Dan bukalah tangan seluasnya menerima menantu seperti yang dikongsikan oleh Tok Abah ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Mak Ayah Nak TINGGAL Dengan Anak Menantu, Itu SATU RAHMAT Bukannya Jadikan BIBIK

Tak Perlulah Masuk Campur Dan Bezakan Anak Menantu, Jadilah Mentua Yang Waras

Seperti Anak Sendiri, Tunjur Ajar & Bimbing

Buat para mentua, bukalah tangan seluasnya. Terimalah menantu seperti anakmu sendiri.

Tegur dan nasihatlah menantu dengan berhemah sekiranya dia buat salah dan pujilah dia seperti mana anakmu sendiri.

Menantu biasanya taklah meminta untuk kita layan mereka seperti anak sendiri. Tetapi itu tak bermaksud kita kena buat mereka macam anak tiri pula.

Jika anakmu mengadu itu dan ini, jangan terus terima bulat-bulat. Kaji dahulu dan dengarkan pula pihak menantu.

Benar, bila kita bergelar mentua, kita seboleh-boleh nak terbaik untuk anak dan menantu kita.

Namun, berilah mereka ruang untuk mengharungi bahtera rumahtangga mereka.

Kita janganlah masuk campur urusan mereka. Selagi mereka tak cari kita, kita doakan sahaja keharmonian mereka.

Jika mereka cari kita, kita bimbing dan beri tunjuk ajar sebaiknya untuk mereka.

Kita yang lebih makan garam ini, perlu kongsikan petua pahit manis masam kehidupan.

Semua itu jadi bekal untuk mereka mengharungi cabaran rumahtangga yang semakin menduga pada zaman ini.

Mingguan Wanita : Terima cara menantu dibesarkan oleh mak ayahnya. Dia pun mahu yang terbaik untuk rumahtangganya.

Sumber: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora