Bila Jadi Mentua, Jangan Bandingkan Cara Kita Dengan Menantu

Share

Selagi tak bertukar status jadi mentua, selagi itulah seorang perempuan tak tahu punca kenapa kebanyakan menantu tak sebulu dengan mentua.

Salah mentua ke.

Salah menantu ke.

Atau salah suami yang tak pandai lagakan hati kedua-dua belah pihak?

Ini yang cuba disampaikan saudara Firdaus Shakirin, bila jadi mentua sepatutnya mak-mak kena masuk diri dalam dunia menantu.

Nanti Bila Dah Jadi Mertua…

Anak kita akan berkahwin dan kita akan dapat menantu. Nak tak nak, kita tetap kena terima hakikat yg anak kita akan memulakan satu kehidupan baru.

Kehidupan bersama pasangannya dan anak-anaknya.

Sebagai seorang mertua, apa yang perlu kita lakukan? Jangan masuk campur dengan urusan rumahtangga anak sekiranya mereka tiada apa-apa masalah. Biarkan mereka menempuhi asam garam kehidupan berumahtangga, biar mereka belajar apa akibat daripada setiap keputusan yang mereka buat. Biar mereka tentukan halatuju rumahtangga mereka.

Jangan cuba memperbandingkan cara kita dengan cara menantu kita. Dari saat dia mengandung, berpantang sehinggalah menjaga anak-anaknya. Jangan keluar kata-kata:

“Dulu mak mengandung tak manja macam kau pun. Dulu mak hari ketiga berpantang sudah boleh mengemas rumah. Dulu mak bagi anak-anak mak makan itu, makan ini, dia tak kembung perut pun, dia tak sakit pun.”

Cerita Dulu Tak Akan Sama Dengan Sekarang

Jangan… dulu is dulu… sekarang is sekarang.

Tahap kekuatan, kemampuan, ketahanan orang dulu dan orang sekarang berbeza. Cara hidup beza, apa yang dimakan beza, masa bekerja, masa tidur juga berbeza.

Menantu kita mungkin tak sekuat kita, menantu kita, mungkin tak setahan kita. Menantu kita mungkin lemah. Tapi jangan kita membanding-bandingkan apa yang dialaminya, dibuatnya dengan apa yang dialami kita dan dibuat kita.

Jangan iri hati, dengki sekiranya anak menghabiskan masa untuk keluarganya. Jangan menyuruh anak memilih antara diri kita atau pun isterinya. Walaupun dia perlu bertanggungjawab terhadap kita sebagai orang tuanya, tapi dia juga ada keluarga, ada isteri, ada anak-anak untuk dijaga.

Jikalau tiada apa-apa, biarkan dia dengan keluarganya. Jangan menyindirnya yang dia sudah lupakan kita. Jangan perli anak kita dengan harapan anak kita akan lebih mengutamakan kita daripada isterinya dan anak-anaknya.

Anak Akan Ada Kehidupan Sendiri

Jangan buat dia serba salah…

Berlapang dada untuk terima bahawa satu hari nanti, anak-anak kita ada kehidupan lain yang perlu dilaluinya dan menuntutnya untuk membahagikan waktu antara kita dan keluarganya. Itu adalah salah satu daripada perjalanan kehidupan kita dan kita pun pernah melaluinya dulu.

Published by
Nadia