Ada sesetengah mak merasakan dirinya berkuasa. Segala arahan dan kata-kata, anak kena taat dan ikut. Kena sedar, syurga seorang anak terletak di bawah kaki ibu
Itulah yang selalu ditekankan oleh sesiapa saja terutamanya anak untuk taat dan tidak derhaka kepada mak. Tapi, bagaimana cara mak pula dalam mendidik dan menjaga anak untuk sentiasa mendengar kata.
Kadang-kadang mak gunakan kuasa dirinya untuk anak taat dan ikut apa yang dia ingin dan mahukan. Tanpa sedar, ia boleh memberi kesan pada anak-anak. Mereka tidak akan kecil selamanya.
Tiba masa, mereka membesar dan masanya untuk menjaga kita yang semakin berumur. Jangan sesekali mak gunakan perkataan derhaka itu untuk membuatkan anak taat. Silap cara dan esok-esok kita akan dipersoalkan nanti.
Kata-kata seorang mak inilah turut memberi kesan kepada anak dari segi emosi dan fizikal bila dewasa kela. Inilah yang ditulis oleh Izyan Izdihar Shaarani dalam perkongsiannya. Moga kita mak-mak tidak gunakan ‘kuasa’ itu untuk takutkan anak yang boleh mencalar emosi mereka bila dewasa kelak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Adab Di MEJA MAKAN, Elak Layan Mak Macam BIBIK, Jangan Biasakan!
Anak Mudah DENGAR KATA Ayah Berbanding Mak Sebab SEGARANG Mak Hatinya Lembut
Info Lebih Menarik DI SINI
Baru kau tahu bukan semua orang bertuah dapat mak yang baik macam mak kita.
Sebab ada yang bercerai sebab mak/mak mentua. Ada yang dapat mak style maki hamun setiap masa.
Tak kurang juga ada yang cucu asyik kena maki dengan nenek sendiri. Apa cucu buat semua tak kena. Ada yang dapat mak/mentua asyik peras harta anak menantu je. Pantang anak ada duit sikit, semua dia minta. Jenis dengki dengan anak menantu sendiri pun ada.
Lepas tu, Bila ada isu, kita yang memang bertuah dapat mak baik-baik ni, sedap saja komen,
“Walau apa pun, kita tetap anak, maafkan ajelah dia, kita tetap kena taat dan sayang mak/mentua kita”
Pada saya, walau apa pun pendapat kita, tapi selagi bukan kita yang kena, kita tak tahu kadang betapa besarnya kesan perbuatan seorang ibu/mentua itu terhadap kehidupan, fikiran, mental dan emosi anak/menantu/cucu dia.
Antara masalah paling susah nak diselesaikan adalah masalah dengan ibu bapa. Sebab ia tak macam masalah lain yang sentiasa ada jalan penamat. Masalah dengan bos, kita boleh berhenti kerja. Bila masalah dengan kawan, kita block tinggalkan je dia. Masalah dengan pasangan, kita boleh bercerai. Tapi, masalah dengan ibu bapa? Kita kena hadap sampai kita/ibu bapa kita mati.
Jadi, kita diam, dan dengar ajelah.
Tiba tiba, kita, orang luar, yang tak pernah tahu liku hidup orang, sedap sedap berkata “walau apa pun, itu ibu kau, maafkan ajelah, kau kena taat!”
Taat dan derhaka ini hanya Allah sahajalah yang berhak menilainya. Anak yang dah buat sehabis taat pun, kalau dapat jenis mak ayah yang suka complicated kan semua benda pun, boleh digelar derhaka juga akhirnya ikut definisi sendiri yang mak ayah dia cipta.
Sebab itu, lepaskan sahajalah pada Allah untuk menilainya. Sebab segala perbuatan khidmat bakti dan ketaatan kita hanya Allah sahajalah yang merekod dan menghitungnya tanpa lupa.
Kita ni pun, esok lusa jadi tua.
Hari ini ye lah, anak anak bergantung dengan kita. Duit minta kita. Sakit minta tolong kita. Semua minta kita.
Tapi ingat,
Esok lusa mereka ini besar, dah tak perlukan apa apa dari kita.
Kita abaikan hak fizikal, emosi dan mental mereka hari ini, jangan fikir mereka akan selamanya kecil untuk sentiasa menerima apa yang kita buat dekat mereka.
Cukup masa, mereka akan nilai, react, and pay back!
Sebab tu penting fasa menyemai ni.
Jadi ibu ayah ni, ye betul anak kena taat. Anak itu akan disoal Allah tentang ketaatannya.
Betul.
Tapi ingat,
Jadi mak ayah pun Allah soal juga.
Bukan Allah soal anak je.
Mentang mentang kita ni mak, ikut suka kita je nak sumpah apa. Nak suruh apa dan nak halang apa. Kalau masuk akal takpelah juga. Ni just because kita ni mak, nak tunjuk power, mula lah suka bagi arahan tak masuk dek akal-siap pakej main sentimen: Kalau kau tak buat, kau anak derhaka.
Ni bila maki je main nak ugut halal tak halal susu bagai. Alahai. Itu dah memang tanggungjawab kita lah sebagai mak ayah. Beri nafkah pada anak anak semasa dia di bawah tanggungan. Kalau tak bagi, kita berdosa. Tiba tiba nak claim pulak aci halal tak halal pulak.
Rezeki pun Allah yang bagi lah!
Ingat Allah tu suka ke dengan perangai bukan bukan kita walaupun kita ni mak? Ingat mentang mentang jadi mak, terus masuk syurga ke?
Anak anak ada tanggungjawab terhadap kita.
Kita pun ada tanggungjawab terhadap anak anak.
Sebagai mak ayah, kita wajib tunaikan tanggungjawab kita dengan memberi hak fizikal, emosi, dan mental kepada anak anak kita.
Begitu juga anak, kita wajib juga menunaikan hak fizikal, emosi dan mental buat ibu bapa kita.
Dua dua kena buat. Bukan anak je dan bukan mak ayah je. Dua dua.
Mak selalu pesan,
Hidup ni kena sentiasa mudahkan anak anak untuk mentaati kita. Sebab takutnya, anak kita dah cuba taat, tapi kita yang suka susahkan keadaan.
Akhirnya,
Kita semua rugi dunia, rugi akhirat.
Kat dunia tak bahagia dan kat akhirat pun sengsara.
MW: Ada cara nak minta anak taat, bukannaya tunjuk kuasa kita sebagai seorang mak.
Sumber: Izyan Izdihar Shaarani
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita