Boleh tak para suami bayangkan, ditakdirkan suatu hari isteri tiada atau meninggal dunia, tinggal anak-anak yang makin membesar. Kehidupan perlu diteruskan tapi sudah tentu segalanya akan berubah dalam sekelip mata.
Mungkin suami kehilangan pasangan dan belum diberi rezeki anak, bolehlah uruskan diri sendiri. Tapi, bila isteri tiada, segalanya perlu diuruskan seorang diri, sementelah kalau ada anak-anak kecil.
Kalau dahulu, segala urusan rumah, isteri seorang yang uruskan baik dari kerja rumah, memasak, jaga anak dan sebagainya. Harapkannya dia seorang yang buat. Bila isteri tiada, barulah rasa dunia gelap seketika.
Nak tak nak kehidupan diteruskan, walaupun isteri tiada di sisi. Tapi dunia akan jadi lain, selainnya. Rumah jadi sepi, tiada lagi aura dan hilang seri sebuah keluarga.
Perkongsian ini cukup menyentuh hati dan memberi pengajaran buat suami di luar sana. Jangan harapkan kerja rumah hanya isteri seorang yang lakukan. Boleh bayangkan bagaimana keadaan bila isteri tiada. Suami kena ada tanggungjawab dalam membantu isteri.
Rumah masih ramai setelah pulang dari pemakaman, kepalaku masih pusing kerana tak mampu menahan tangis melihat jasad terakhir isteriku dimasukkan ke dalam liang lahad. Aku makin tak mampu menahan airmata saat melihat anak-anak menangis memandang orang-orang yang menimbun tubuh ibu mereka.
Lama aku diam di pemakaman, mengingat kembali ketika isteriku masih ada. Aku ingat semua dosaku, kesalahanku, mulut kasarku, ketidakpedulianku, bahkan yang paling aku ingat membiarkan dia berfikir sendiri tentang kewangan keluarga.
Aku fikir saat di pemakaman adalah momen tersedih yanag aku alami sepanjang hidupku, ternyata itu belum apa-apa. Banyak kepiluan-kepiluan lain yang membuatku serasa hancur.
Mulai saat malam setelah rumah ini kosong, anak-anak seperti tidak mahu tidur tanpa ibunya. Mereka masih menangis. Aku hanya mampu memeluk mereka tanpa mampu menyembunyikan kesedihan di wajahku.
Puteriku yang berusia 5 tahun beberapa kali berlari ke bilik sambil memanggil ibunya. Sepertinya dia lupa bahwa ibunya telah tiada. Kemudian ia keluar lagi dengan wajah kecewa.
Malam berlalu tanpa aku mampu melelapkan mata sedetik pun. Aku memandang anak-anak yang tidur dengan gelisah. Sebentar-sebentar terbangun dan putera pertama kami yang berusia 9 tahun ternyata menangis sambil melekatkan wajahnya di bantal. Adiknya laki-laki berusia 7 tahun sudah tertidur, namun sesekali mengingau memanggil ibunya. Sungguh aku tak tenang malam itu.
Rasanya rumah ini hampa.
Ads
Uruskan Anak Sendirian
Beberapa hari masih dengan suasana yang sama, masih ada kerabat yang membantu masak dan menyapu rumah hingga hari ketiga. Masih banyak tetangga yang memeluk dan menguatkan anak-anak.
Hingga tibalah hari yang membuat aku amat sedih iaitu hari ketika mereka mulai masuk sekolah.
Pagi itu mereka semua sudah bangun, aku kebingungan, anak-anakku juga seperti bingung tidak tahu nak buat apa. Biasanya pagi kami selalu dibangunkan, disuruh mandi dan solat, disiapkan pakaian, dibuatkan sarapan dan kami berangkat dalam keadaan rapi dan perut yang sudah kenyang. Hari ini semua kami hanya diam.
Aku menyuruh anak-anak melihat makanan di dalam peti ais tapi yang hanya bahan mentah.
Rumah yang biasanya rapi nampak berantakan. Aku pergi membeli sarapan untuk kami berempat. Saat membayar aku berikan duit dalam jumlah yang besar sampai lupa minta bakinya. Padahal selama ini aku memberi wang dalam jumlah yang sama kepada isteriku cukup untuk makan kami sampai malam. Kadang-kadang aku marah-marah kalau dia minta tambahan.
Aku bawa sarapan pulang dan anak-anak sudah menunggu di meja makan. Sudah jam 7.30 biasanya mereka sudah di hantar ke sekolah semuanya dihantar isteriku, sementara aku baru pulang beli sarapan.
Ketika ingin makan, aku tidak tahu di mana pinggan dan sudu, mahu pun mengambil air, gelas tidak tahu di mana. Sebab selalunya, isteri aku yang melayan semua ini. Aku makin merasa bingung sebab jam 8 pagi, anak-anak belum lagi di hantar ke sekolah. Aku benar-benar kehilangan seorang dewa dalam rumah kami. Inikah yang selama ini dilakukan isteriku? Mengapa aku selalu menganggap dia tak ada kerja bila di rumah.
Jangan Anggap Surirumah Senang
Selalu menganggap mudah pekerjaan seorang ibu. Aku masih sedih bila di tempat kerja. Masih banyak kawan yang datang mengucakpak takziah. Sampaikan, penjaga di tadika anakku telefon untuk aku datang mengambil anak.
Selama ini aku tak tahu satu pun jadual mereka. Aku hanya bekerja dan tak peduli dengan itu semua. Anakku yang besar pulang jam 2 petang. Jadi, aku tidak boleh balik ke tempat kerja. Sampai d isekolah anakku, aku masih melihat di depan sekolah masih ada bekas darah ketika isteriku mrngalami kemalangan 3 hari lalu. Kemalangan inilah yang meragus nyawa isteriku ketika mengambil anak sulung dari sekolah.
Sampai di rumah anak-anak nampak kelaparan, biasanya isteriku sudah siapkan makanan sebelum mengambil anak sulung pulang. Ternyata aku tidak tahu uruskan waktu sehebat arwah isteriku.
Ads
Aku harus ke kedai makan lagi untuk pergi membeli makan siang. Begitu pun nantinya makan malam. Boleh dikira makanan untuk mereka lebih kurang RM100 sampai ke malam. Mula aku terfikir, itu sehari. Kalau sebulan? Gajiku tidak akan cukup untuk kami berempat.
Malam ini anak-anak juga mengingatkanku tadi mereka tidak ada yang belajar mengaji kerana tidak ada yang menghantarkan ke tempat mengaji mereka.
Dugaan Buat Suami
Ya Allah
Indah sekali caramu menegurku,
Begitu kacaunya hidupku tanpa isteriku, anak-anak tak terurus, makanan kegemaranku tidak ada lagi. Rumah dan tanaman seperti hilang aura kerana tak ada yang menjaga dan membersihkan. Aku masih sempat merasa wanita di luar lebih cantik dari isteriku.
Andai aku mampu menebus apa pun yang telah aku lakukan kepada isteriku selama ini aku ingin memperbaikinya. Aku ingin membantunya, menyayanginya sepenuh hati dan tak akan pernah berkata kasar kepadanya.
Dia begitu lelah setiap hari, tapi sepulang kerja aku masih sering membentaknya. Saat dia minta tambahan belanja aku berkata kasar kepadanya. Dia saat aku jadikan isteri rela berpisah dengan anggota keluarga besarnya, hidup susah payah dan sederhana denganku.
Maafkan aku isteriku, andai aku mampu menebus semua kesalahanku, satu hari saja tanpamu kami seperti anak ayam kehilangan induknya. Berserakan.
Selepas solat, aku kembali menangis sejadi-jadinya
Andai mampu kutebus, aku ingin menebus meskipun dengan nyawaku. Aku mahu dia yang hidup menjaga anak-anak dan biarlah aku yang menghadap-Mu. Ini sangat berat bagiku apalagi bagi anak-anakku. Demikian do’a tengah malamku.
Ads
Aku tak tega melihat pakaian anak-anak yang kusut tak terurus, tiada yang masak untuk mereka dan aku tak tega melihat mereka kekurangan kasih sayang.
Jujur selama ini aku tak dekat dengan anak-anak. Mereka selalu bersama ibunya. Aku hanyalah kerja, pulang, tidur dan kerja lagi. Aku tak tau apa-apa tentang urusan anak dan rumah.
Pahala Buat Isteri
Isteriku, aku berdoa semoga lelah mu jadi ibadah, semoga semua yang kau lakukan untuk kami membawamu ke syurga, berbahagialah di alammu. Kali ini aku benar-benar menangis tersedu-sedu sambil membayangkan wajahmu.
Kau tak pernah mengeluh dengan pekerjaanmu, kau tak pernah meminta sesuatu yang aku tak sanggup membelinya. Kau jalani semua dengan sabar dan aku merasa mengambil tahu tentang dirimu, perhatikanmu dan jarang bertanyakan tentang anak-anak kita dan hari-harimu.
Engkau ibu yang luar biasa bagi anak-anak kita. Semuanya terlihat saat engkau telah tiada kemurungan selalu menyelimuti wajah mereka. Mereka sering menangis, sering salah memanggilmu sepulang sekola, berlari ke bilik kita seolah-olah engkau masih ada.
Kekasih hatiku
Mengapa aku jatuh cinta padamu selepas engkau tiada. Tidak akan ada yang menggantikan dirimu dihatiku. Mengapa rasa cinta ku padamu menggebu-gebu saat dirimu sudah berada di pusara.
Maafkan aku isteriku.
Aku terlambat jatuh cinta padamu
MW: Moga ia jadi panduan buat suami di luar sana. Jangan siakan isteri bila ada di depan mata. Bila ‘tiada’, menyesal pun tidak guna lagi. Hargailah isteri selagi ada.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pelakon berdarah kacukan Siam, Mawar Rashid mendedahkan bakal menjadi seorang ibu apabila sedang hamil cahaya mata sulung selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob,33 atau lebih dengan nama Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti Dato Fazley.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon drama bersiri Suamiku Paling Sweet itu sendiri di laman Instagram miliknya.
“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin ? #BabyRadenR
Sahkan Hamil 2 Bulan
Menerusi program MeleTOP yang disiarkan baru-baru ini, Mawar juga mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaan kandungan.
Pelakon berusia 23 tahun itu membuat pengumuman awal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran setelah mengalami alahan pada peringat awal kandungan iaitu ‘morning sickness’.
Antara rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah atas berita tersebut seperti Amyra Rosli, Aida Jebat, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Elvina Mohamad dan ramai lagi.Para peminat pasangan ini turut mengucapkan tahniah dan berharap supaya segalanya akan dipermudahkan.
Mawar dan Raf Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Mingguan Wanita mendoakan semoga kandungan Mawar sihat dan membesar dengan sempurna serta dimudahkan segala urusan sehingga tempoh bersalin.
Ada perempuan, gigih merancang sebab tak nak hamil lagi dalam waktu terdekat dengan niat nak jarakkan umur anak-anak. Tetapi siapa sangka, hamil lagi! Risau takut tak terurus dan kasihan dengan nasib anak yang masih kecil.
Akhirnya mengeluh dan buntu nak buat apa. Mungkin belum bersedia, tetapi siapa kita nak lawan takdir Allah. Yang pastinya, anak itu pembawa rezeki dan yakinlah dengan ‘jadual’ yang Allah tetapkan.
Reda dan hargailah hadiah dari Pencipta, kerana kita tak akan pernah tahu apa dan kenapa dia memberi pada waktu yang kita rasa belum bersedia.
Nak lebih menyenangkan hati suami isteri yang sedang berfikir tentang zuriat, jemput baca pandangan Puan Intan Dzulkefli ini…
Bila Isteri Hamil Lagi!
Anak adalah anugerah, dikurniakan Allah buat insan terpilih. Namun, pada sesetengah hambaNya, ada yang merasakan anak-anak adalah ujian yang sangat berat.
Ada wanita tidak sabar dan tertunggu untuk tidak turun darah apabila tiba waktu uzur. Namun, ada sesetengah yang lain, hilang senyum di wajah dan rasa risau sekiranya naik dua garis pada kit ujian kehamilan.
Mungkin atas faktor suami pemalas dan tidak bertanggungjawab, faktor beranak terlalu rapat, faktor kemurungan selepas bersalin, faktor trauma kelahiran terdahulu, faktor tekanan kewangan, tekanan perasaan serta kesihatan badan tidak memuaskan membuatkan bakal ibu tidak mahukan kandungan itu.
“Kenapa ya Allah… Kau Bagi sedangkan aku TAK NAK.”
Si ibu mempersoalkan takdir.
Betul. Bukan semua kandungan ialah kandungan yang ditunggu-tunggu. Ada juga kes kandungan unexpected atau unwanted.
Telah cuba merancang, ‘lekat’ juga. Beritahu suami, ada suami yang marah, ada yang boikot, ada yang mentertawakan, ada yang buat tidak kisah. Yang dia tahu, hidup dia semata.
Termangulah si ibu keseorangan.
Buat ibu-ibu yang rasa tertekan apabila mengetahui diri hamil lagi. Sesungguhnya Allah Menyayangimu.
1) Sekiranya si ibu telah usaha ‘family planning’, berusaha ikut saranan doktor, namun tetap hamil lagi, ucap pada diri sendiri,
“This is a gift. Inilah pemberian Tuhan. Allah memang nak Beri. Bila Allah Nak Beri, tiada satu tangan pun boleh menghalang.”
“If Allah put you into this, insyaAllah He will help you get through this.”
Tepuk bahu sendiri. Anda ibu hebat!
2) Be nice to yourself. Accept that you are in shock. Whenever we face unplanned things, deal with the roller coaster of our emotions. Take our time. Slowly but surely. InsyaAllah.
Kalau perlu share dengan seseorang. Seek a non-judgemental, supportive and balanced person. Avoid judgemental person.
Buat sementara waktu, jangan dedahkan kepada orang yang mungkin bagi negative impacts sekiranya mereka tahu berita ini. Ini untuk kebaikan emosi dan mental si ibu juga.
3) Fikirkan yang baik-baik pada anak dalam kandungan.
Positive mindset is a powerful tool for many life situations. Kita ialah apa yang kita fikirkan. Ibu positif, insyaAllah baby pun positif.
Sentiasa ulang-ulang dalam kepala. InsyaAllah anak inilah yang akan sedekah sebanyaknya doa setelah kita meninggal dunia. Anak inilah yang akan jadi pejuang agama. Anak inilah yang akan menjadi jalan kita masuk syurga.
Jangan terlalu fikir yang risau, takut, atau segala kemungkinan tak pasti di masa depan itu.
4) Senaraikan apa kebimbangan yang menyebabkan si ibu tidak suka/stress/risau pada kehamilan itu. Tulis dalam satu kertas. Atau dalam notepad dalam smartphone.
Write down these emotions in private note, insyaAllah slowly you will release the tense. In a day or two, refer back the note and sorting which points really important and which seems less important.
Refer semula untuk overcome masalah itu.
Contohnya :
(+) takut komplikasi bersalin
(+) takut anak kena jaundice lama warded
(+) rasa susah nak pergi checkup klinik
(+) badan sakit, letih, mudah stress
Kemudian, bincang dengan seseorang yang dipercayai, contohnya suami, doktor dan ibubapa untuk minta pendapat mereka. Mungkin boleh ikhtiar dengan kelas ilmu kelahiran, kelas antenatal, makan lebih suplemen untuk support kesihatan badan, jaga diet pemakanan sepanjang kehamilan dan sebagainya.
5) Face your fears. Never compare yourself with anyone.
Remember that we can’t control all aspects of our lives.
Sebagai Muslim, kita kena yakin Qada Qadr Allah. Kita merancang, Allah-lah Yang Menentukan. Yakin, ketentuan Allah itulah yang terbaik.
Be honest about what your gut feeling is really telling you. Deal with it, yakin Allah sentiasa dengan kita.
6) Laa yukallifullaahu nafsan illa wus’aha. Allah tak uji kita melebihi kemampuan kita. Allah never test us beyond what we can bear.
Ingat pesan orang ‘alim. Bila Allah uji kita dengan apa yang kita tak suka, itu mujahadah buat kita. Allah nak ampunkan dosa silam kita. Allah nak angkat darjat kita. Allah nak tarbiyyah kita dengan sabar, tabah, dan tawakal padaNya.
7) Enjoy your pregnancy journey. Bergembiralah wahai ibu. Ada khalifah kecil dalam rahimmu. Setiap lelah yang ditanggung, semuanya diganjarkan pahala sebanyaknya.
Senyumlah… pertolongan Allah dan khabar gembira akan tiba. InsyaAllah.
Firman Allah;
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata; “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. (Surah Al-Ahqaaf ayat 15)
Semoga Allah sentiasa merahmati semua wanita yang sedang bersusah payah mengandung, menyusu dan mendidik anak-anak. Robbuna yusahhil. Sesungguhnya semoga semua kepayahan ini memudahkan jalan kita ke syurga.
InsyaAllah. Amiin.
Muhasabah dan ingatan saya terutamanya. Semoga bermanfaat buat yang membaca.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Marah sekalipun.’ Bila bercerai, tak bermakna kita dapat lesen burukkan bekas pasangan dan hasut anak-anak bencikan pihak sebelah sana. Seburuk-buruk dia tetap mak atau ayah kepada anak-anak.
Marah sekalipun, fikirkan perasaan anak-anak jangan biarkan mereka menjadi mangsa keadaan. Apatah lagi pisahkan mereka dengan pasangan, kasihan sungguh.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang kita tak mahu, tapi tetap berlaku. Contohnya bercerai.
Iya, kita berpisah hidup dengan pasangan kita. Yang pernah bercinta, hidup dan segalanya dengan kita.
Sebab berlaku perselisihan yang kita tak dapat nak berlapang dada, kita pilih jalan akhir untuk tidak lagi hidup sebumbung.
Benar kawan-kawan, semua ini dibenarkan oleh Tuhan. Sekali pun ini yang Tuhan paling tak suka.
Bila Bercerai
Namun, setelah semua itu berlaku, bukanlah kita punya lesen atau kebenaran untuk memburukkan bekas pasangan kita. Kita mengajar anak-anak untuk mengata ayah dia. Kita ajar anak berperasaan tak betul kepada mak dia.
Cerita pula segala lemah dan kurang bekas pasangan ke kawan kawan, keluarga dan siapa sahaja yang kenal kita. Sebolehnya nak letak salah berpisah itu pada sebelah pihak.
Sekali pun jodoh tak panjang, kita masih boleh hidup seperti biasa. Bertegur dan berbincang. Terutama tentang zuriat yang lahir daripada diri kita dan pasangan kita dahulu. Itu benih cinta kita. Jadi masih perlu kepada aturan bersama.
Anak-anak yang lahir ini ada ikatan darah daripada mak ayah dia. Maka macam mana jauh terpisah pun, tetap menjadi tanggungjawab mak ayah kandung dia untuk membesarkan mereka.
Burukkan Bekas Pasangan
Jangan sampai kerana marah kita kepada bekas pasangan kita, anak-anak jadi mangsa. Mereka diabai dan tidak dipedulikan. Terutama nasib akhirat mereka.
Ramai sangat anak-anak hasil rumah tangga yang retak jadi anak-anak bermasalah. Sekolah terganggu, pelajaran entah ke mana dan yang paling kita takut mereka ini akan ada masalah emosi. Tak ada kasih sayang.
Yang tak ada kasih sayang seorang ayah akan mencari lelaki di luar rumah. Anak lelaki pula tiada kawalan seorang ayah akan jadi anak yang keras, kuat melawan dan tak lekat di rumah. Hilang selalu. Bebas dengan kawan kawan.
Kawan-kawan, kalau pun hubungan kita tak berjaya di dunia. Moga dengan perceraian itu kita tidak semakin jauh dengan Tuhan.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Bila mak, ayah bercerai, hati anak-anaklah yang patut dijaga dahulu. Mereka tak bersalah atas penceraian yang berlaku. Semoga mak dan ayah mampu menjaga hubungan yang baik demi anak-anak selepas bercerai.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.