Sesungguhnya, bila isteri sudah nekad untuk pergi, perubahan suami tidak akan membawa apa-apa makna lagi buatnya. Saat ini dia telah benar-benar tawar hati setelah sekian lama memberi peluang pada sang suami.
Oleh itu selagi rasa masih diambil peduli dan ditegur pasangan, bersyukurlah ayah-ayah. Itu tandanya isteri ayah-ayah masih menyayangi kalian. Namun ramai mengambil ringan bila pasangan menegur itu dan ini, hinggalah satu saat pasangan bertindak di luar jangkaan.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirinini dan hadam baik-baik ya.
Bila Isteri Sudah Nekad Untuk Pergi
Selalunya, bila sudah terlambatlah baru hendak sedar…
Selalunya juga, bila orang sudah berubahlah baru hendak insaf…
Dan selalunya, bila orang sudah tidak ada hatilah baru hendak merayu… Selalunya, bila orang sudah hendak pergilah baru hendak halang…
Bila orang itu tak boleh terima dia balik, dia salahkan pula orang itu…
Sekian Lama Hati Tersakiti
Dia sudah sedar, tapi tak nak terima… Bila dia sudah insaf, tapi tak nak bagi muka… Dia sudah merayu, dia sudah halang, maka hendak dia buat apa lagi… Apa lagi yang tak cukup…
Pula? Sudah itu peluang yang berkali-kali disia-siakan itu apa… Sudah itu kepercayaan yang berkali-kali dihancurkan itu apa…
Dan segala kesakitan dan kekecewaan berkali-kali yang diberikan itu apa… Penipuan yang berulang kali dilakukan itu apa?
Sebab itu orang selalu pesan, selagi ada teguran dan nasihat daripada orang yang sayangkan kita, selagi itulah kita ada ruang, peluang dan masa untuk memperbetulkan keadaan dan memperbaiki perbuatan…
Dia tidak akan sentiasa tegur, dia tidak akan sentiasa bagi nasihat untuk selamanya…
Sampai satu masa, dia akan berdiam dan tak nak berkata apa-apa lagi… Masa itu, jangan salahkah dia sebab ketika dia berbicara, satu apa pun tidak masuk dalam kepala otak kita…
Kalau dia hendak pergi, keinsafan dan perubahan kau tidak akan membawa apa-apa erti lagi sebab tekad dan nekadnya menghilangkan rasa simpati dalam hati…
Mingguan Wanita : Oleh itu selagi punyai pasangan yang masih peduli, hargailah sebaiknya mak, ayah. Takut bila sesuatu terjadi atau dia pergi meninggalkan… Mak, ayah hanya berputih mata.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Kalau hari minggu memang mak terutamanya tak ada masa untuk rehat. Ada sahaja kerja rumah yang hendak dibereskan. Ini belum lagi termasuk nak sediakan makanan, jaga anak, buatkan susu anak dan macam-macam lagi.
Ada pun rehat mak-mak, bila anak sedang tidur. Tapi, masa anak tidurlah, macam-macam mak nak buat sebab sebelum ini hanya uruskan anak. Itulah mungkin rutin sehari-hari mak ini. Bayangkan bagaimana pula ayah yang jaga anak. Mesti nampak mudah sajakan. Maklumlah, adanya anak lebih dengar cakap ayah berbanding mak.
Ini belum lagi, kalau mak-mak yang bekerja dan terpaksa tinggalkan anak-anak pada ayah. Macam manalah yer. Rasanya hati mak-mak pun tak tenang bila ingatkan suami dan anak-anak di rumah.
Walau bagaimanapun, tak perlulah nak marahkan anak bila anak lasak atau buat perangai macam-macam. Semua ini sebab dia perlukan perhatian daripada mak ayah. Kena ingat, mak ayah yang bekerja, hanya ada masa berapa jam sahaja untuk bersama anak pada malam hari.
Perkongsian daripada Dr. Redza Zainol ini, ada benarnya. Bila anak-anak dijaga oleh ayah kerana mak perlu ‘outstation’ atau keluar atas urusan kerja. Mahunya tidak keruan ayahnya melihat telatah anak yang tak reti duduk diam.
‘Bahasa hanyalah alat perantara.’ Jangan remehkan usaha mak ayah ajar yang anak mereka bahasa Inggeris. Itu usaha mereka untuk menjadikan anak-anak berkebolehan mempelajari Bahasa lain.
Tidak menjadi kesalahan jika maknya tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi ingin anaknya belajar Bahasa Inggeris dengan baik. Jadi jangan dicaci dan diperli usaha orang lain.
Ikuti perkongsian Azizul Zairi ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Bahasa Hanyalah Alat Perantara
Ibu bapa salah sebab cuba ajar anak bahasa inggeris?
Bahasa hanyalah alat perantara. Merupakan ‘tools’ penterjemahan sesuatu mesej. Bukan pengukur intelek seseorang itu cerdik atau kurang pandai.
Bukan bermaksud kita tolak terus bahasa ibunda kita. Saya akui, Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Masalah utama masyarakat kita mengenakan syarat yang ketat untuk orang menggunakan Bahasa Inggeris. Ramai nak jadi ‘Nazi Grammar’.
Sebutan dan grammar mestilah betul dan tepat.
Lihat sahaja hari ini orang kita yang telah belajar Bahasa Inggeris selama lebih 10 tahun di sekolah langsung tapi tidak boleh berbahasa Inggeris. Bukan kerana tak boleh tetapi kerana ketakutan salah cakap. Malah takut disindir terlebih ‘Mat Salleh’.
Usaha Mak Ayah
Berbalik isu asal, salahkah cuba berbahasa selain bahasa Melayu? Hanya kerana jati diri kita kuat sebagai Melayu.
Kemahiran berbahasa itu satu perkara lain. Kerja swasta mahupun kerajaan tetap akan berhadapan situasi untuk menggunakan bahasa selain bahasa Melayu.
Saya sendiri suka belajar banyak bahasa. Walaupun cuma pandai sepatah-sepatah. Jumpa pekerja dari Nepal, Myamnar, Vietnam, kena belajar sikit-sikit bahasa mereka kot mereka tengah membahan kita, dapatlah kita counter balik.
Waktu kerja pun sama, selalu deal dengan supplier, customer, ataupun delegasi dari luar negara tetap kita gunakan bahasa Inggeris.
Kalau kerja kilang lagi biasa, kadang-kadang bos dari German hendak datang, supplier machine dari Japan dan macam-macam situasi kena hadap yang mana kemahiran berbahasa selain bahasa Melayu sangat diperlukan.
Tak perlu sampai perfect pronounce atau grammar segala bagai, cukup ada kemahiran komunikasi. Orang cakap guna broken English pun jadilah janji lepas interview. Sebab ada orang jenis ” bad English but good speech “.
Bagus jika ada kemahiran Bahasa Inggeris. Tetapi wajibkah semua daripada kita perlu fluent dalam bahasa ini?
Ada antara kita tiada keperluan pun. Andai kata tak faham pun bukan menjadi dosa mahupun kesalahan. Jika cakap rojak pun bukanlah menjadi cacat.
Bila kita ke negara lain, Bahasa Inggeris mereka berterabur tetapi mereka tetap yakin sebab mereka gunakan Bahasa Inggeris sekadar bahasa bukan alat pengukur intelektual ataupun status.
Saya teringat pengalaman menghadiri sesi interview dengan Bradken Australia, saya cakap berterabur grammar. Salah seorang panel interview tetap puji kemahiran pembentangan saya walaupun saya cuma guna ‘ broken English’.
Kesimpulannya, janganlah remehkan usaha ibu bapa yang cuba ajar anak mereka belajar bahasa Inggeris. Kadang terpaksa sebab jenis hantar anak di taska swasta yang gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara mereka.
Sekurang-kurangnya mereka cuba mendidik dengan cara mereka.
Nota picisan : Saya dan anak-anak bercakap dan berbual menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di rumah.
Mingguan Wanita : Bercakap bahasa apa sekali pun tidak salah, asalkan anak faham dan menggunakan bahasa dengan betul. Jika anda rasa bercakap bahasa Inggeris itu berlagak dan tak beradab itu salah. Renung-renungkan.
Bila anak buat ‘perangai’, boleh hilang sabar. Mulanya mak cakap perlahan tapi kalau dah dua tiga kali tak dengar, mahunya tengking anak. Sampaikan anak pun boleh menangis.
Mak ayah janganlah amalkan tengking anak sebab ia boleh beri emosi pada diri anak itu. Kena ingat, tengking, marah dan tegas berbeza yer. Inilah yang diperkatakan oleh Abu Hannah tentang perkara ini.
Salah satu perkara penting yang mak ayah kena amalkan untuk anak jadi bijak, cergas dan cerdas aalah elak tengking anak.
Ada beza ye antara garang, tengking, marah, tegas.
Garang = Sejenis perasaan yang dirasai oleh orang sekeliling sebagai satu personaliti kepada seseorang.
Orang garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi org tahu personaliti dia garang. Biasanya orang garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu daripada orang lain. Cthnya dia lembut didalam. Jadi, nak melindungi kelembutan tu dia tutup dengan sifat garang.
Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yg kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya org panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.
Kanak-kanak akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yang dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak-anak semakin hilang keupayaan untuk berfikir dan bertindak serta sukar membuat.
Lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depresi pada anak-anak.
Beza Tengking, Marah & Tegas
Marah = Orang pemarah dan orang penengking berbeza. Sebab ada orang suka marah dia pendam dan diam. Jadi, dia lepaskan dengan emosi merajuk.
Panas baran sebenarnya org yg suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sebab ada orang dia suka diam bila marah.
Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Org tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dlm diri. Tiada kaitan dengan emosi.
Ada orang yang pendiam tp tegas. Malah ada org penakut tp tegas. Namun tegas sinonim dengan berani.
Sebab ramai orang keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Orang tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.
Kunci didikan anak ada pada bait kata Saidina Ali ra. Iaitu satu manusia yang Allah redha untuk ke syurga semasa hayatnya. Orang yang rapat dengan Nabi saw, yang awal memeluk islam di usia muda dan orang yang memimpin umat Islam di kala suasana perit
Bila sebut jer sahabat Nabi saw, maknanya ia merujuk orang yang setia dan paling rapat dengan Nabi saw. Org paling hampir kepada Nabi saw. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.
Saidina Ali ra pesan
“Didik anak 7 tahun pertama sebagai raja ”
Macam mana ko layan raja? Ada ko tengking raja?
Sebab otak manusia yang bergerak dluu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Iaitu otak yang penuh dengan emosi. Sebab tu orang yang menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dengan kuat.
7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat.
Otak kanan juga ada daya imaginasi yang sangat-sangat tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, baru ko dapat unlock penggunaan otak kiri.
Stop TENGKING anak.
Mingguan Wanita : Mak ayah kena kawal emosi, tak salah untuk marah atau tegas dengan anak tapi janganlah ditengking anak itu.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...