“Bila Isteri Sakit, Cubalah Berada Di Sisi.” Kadangkala Kehadiran Suami Jadi Penyembuh

Share

“Bila isteri sakit, cubalah berada di sisi.” Kadangkala kehadiran suami jadi penyembuh dan penghilang kesakitan isteri. Saat inilah seorang suami perlukan ehsan seorang suami.

Isteri tak sihat bukan selalu, jadi bila dia luahkan dia sakit atau tak sihat itu bermakna dia benar-benar maksudkan dan amat perlukan perhatian sang suami.

Bila Isteri Sakit

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:

Bangun pagi ini, wife beritahu dia tak sihat…

Hari ini first day school… Terus mesej bos, beritahu saya ambik AL (annual leave). Kalau tak bagi, saya ambil Emergency Leave (EL), dan jika bos tak izinkan, kira ABSENT…

Bos tanya kenapa tak WFH (work from home) saja?

Artikel Berkaitan: Isteri Sakit, Suami Berhenti Kerja. “Buka Bisnes Semata-Mata Nak Sentiasa Bersama!

Cubalah Berada Di Sisi

Tak boleh, WFH kena attend meeting, kena buat kerja itu dan ini, email sana, sini. Sekejap lagi hendak beli makanan lagi, nak ambil anak lagi jadi tak boleh fokus dengan kerja yang bos hendak bagi…

Dia tak kata apa, dia reply ok saja…

Dulu berlaku situasi lebih kurang sama, ketika anak-anak masih kecil. Bila wife cakap tak sihat, hendak pergi kerja itu jadi berat. Dia tak sihat tapi tak boleh rehat sebab perli uruskan anak-anak juga di rumah…

Menarik Di Sini: Sanggup Jual Rumah, Derma Buah Pinggang, KAHWIN SEMULA Bekas Isteri Sakit Tenat!

Kadangkala Kehadiran Suami

Bila saya fikir dan ingat balik, dalam setahun, kadang-kadang sekali dua saja dia akan cakap tak sihat dan dia beritahu. Jadi bila dia mengadu tak sihat, maka saya faham yang dia memang tak boleh buat apa-apa dah, tak larat dan dia perlukan rehat…

Ayat “tak sihat” dari dia adalah sesuatu yang amat jarang didengari…

Baca Di Sini : Masih Ramai Suami Mithali, Sanggup Jaga Isteri Sakit

Jadi Penyembuh

Saya pula jenis yang pegang ayat family first, maka tak kisahlah performance nak lingkup ke, buruk ke, bos nak kata tak komited ke atau apa saja, terserah. Kerja boleh dicari, family tiada ganti…

Family sakit, baik isteri atau anak-anak, suami mesti cuba untuk ada di sisi. Kadang-kadang kehadiran itu yang jadi penyembuhnya, malah yang jadi pengubatnya…

Juga Di Sini : Bila Isteri Sakit, Suami Jangan Terbeban, Inilah Masa ‘Servis’ Bertukar Tangan

Mingguan Wanita : Sebenarnya isteri yang tak sihat tidak perlukan banyak masa untuk berehat, jadi berilah peluang sebaiknya untuk mereka refill atau cas semula tenaga mereka.

Sumber : Firdaus Shakirin

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

 

Published by
Nur Syazwani Mehat