Apabila isteri hendak mengadu, suami janganlah malas melayan isteri. Dengarkan sahaja apa yang cuba dikongsikan oleh si isteri. Mungkin si isteri banyak kerja di pejabat atau mungkin pada hari itu si isteri banyak ditimpa masalah.
Dengarkan saja. Tidak perlu keluar apa-apa belanja pun. Hanya dengar apa yang si isteri ingin luahkan. Sebagai suami, anda bukan hanya sebagai teman hidup tetapi anda adalah segala-galanya buat seorang isteri.
Berikut perkongsian Imam Muda Hassan:
Apa yang membezakan rumah tangga zaman atok nenek kita dengan rumah tangga zaman sekarang? Zaman-zaman dulu memang, masalah yang dihadapi oleh kaum wanita memang tidak timbul sangat.
Zaman itu hubungan antara jiran tetangga amat rapat, duduk dekat-dekat dan biasanya ada pertalian darah. Mereka mudah bersembang, luah perasaan sambil basuh baju disungai, atas tangga dan mana sahaja mereka berkumpul.
Mereka tak harapkan pun suami mereka dengar dan lebih rasa ceria sebab dapat luahkan perasaan sesama mereka. Berbeza dengan zaman kita sekarang di mana kebanyakan kita tinggal di rumah teres, rumah flat, kondominium yang sibuk dengan urusan masing-masing.
Jadi peluang ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita ini nak kongsi perasaan macam orang dulu sudah tiada. Isteri zaman sekarang ramai bekerja dan perasaan stres itu memang akan ada.
Jadi kepada si suami, jika isteri anda bekerja dan dia nak cakap sesuatu tentang apa yang berlaku, dengar sahaja luahan perasaan dia walaupun anda sendiri penat balik dari kerja.
Isteri akan rasa lega, hilang penat selepas dapat ceritakan sesuatu kepada suami.
Isteri nak suami dengar sahaja.
Sumber kredit: Imam Muda Hassan
Baca artikel lain yang berkaitan di sini: Isteri Kalau Suka Layan ‘K-drama’ Suami Jangan Marah, Itu Cara Dia Elak Emosi ‘Burnout’
Isteri Bila Terlampau Berdikari, Lama-lama Rasa Tak Perlu Suami Dalam Rumah Tangga
Isteri Baru Bersalin 4 Bulan Ditalak Suami, Gara-Gara Mak Mentua Tidak Suka