Bila Isteri Mula Diam, Itu Signal Suami Kena Beri Perhatian!

Share

Bila balik rumah, isteri diam saja. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Sikapnya juga berubah. Kalau dulu, balik kerja dia akan sibuk bercerita itu dan ini. Tapi kini diam memanjang. Pelik tak wahai suami?

Tapi tugas menguruskan anak-anak dan rumah tangga tetap dilakukan dengan sempurna. Begitu juga makan pakai suami. Tersedia seperti biasa. Tapi, kenapa isteri berubah?

Bila Isteri Tiba-Tiba Diam

Banyak sebab bila isteri diam. Apa tindakan pertama suami bila isteri diam seolah-olah tak nak bercakap dengannya sedangkan biasanya mulut ‘becok’ saja? Apa juga yang terjadi, mesti ada sebab.

Wanita ini memang penuh dengan emosi dan sensitif. Ada masanya mereka akan luahkan perasaan apa yang mereka rasa. Dalam masa yang sama, mereka mengharapkan suami untuk memberi respons terhadap apa yang mereka kongsikan itu.

Baca lagi di sini:

Ketahuilah, Tiada Siapa Boleh Lawan Kehebatan Seorang Isteri Menjaga Suaminya

Ikuti kami di instagram:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Bila Suami Macam Tak Peduli

Bayangkan kalau suami seolah-olah tak berminat nak dengar celoteh isteri. Isteri duduk di sebelah dengan teruja bercerita tentang kegiatannya seharian dan bercerita tentang anak-anak, suami pula buat tak tahu sambil tangan dan mata sibuk tengok telefon bimbit. Agak-agak apa perasaan isteri?

Okay kali pertama mungkin isteri tak kisah. Tapi, bayangkan kalau situasi sebegitu yang dia hadap selama bertahun-tahun? Lama kelamaan dia buat keputusan, baik diam saja. Nak sembang pun orang tak nak dengar! Suami tak nak tahu pun tentang dia.

Isteri Dah Berjauh Hati

Lebih teruk lagi, tiap kali isteri ajak sembang, masa itulah suami sibuk call sana call sini, konon atas urusan kerja. Sudahlah seharian masing-masing bekerja, balik rumah nak sembang 10 minit pun tak ada masa. Agak-agak isteri rasa kecil hati tak?

Suami kena ingat, jangan sampai isteri dah rasa kecil hati. Dalam fikirannya, dia dah anggap suami tak suka dia bercerita. Akhirnya dia tak bersemangat untuk memulakan komunikasi dengan suami.

Emosi Isteri Mungkin Tak Stabil

Suami tolonglah prihatin akan perubahan isteri. Diam isteri itu ada maknanya. Mungkin juga dia sedang mengalami tekanan perasaan. Tak kira tekanan di tempat kerja atau tekanan dalam rumah tangga.

Wanita kalau dia terlalu tertekan, kadangkala dia akan ambil keputusan untuk berdiam diri saja, lebih-lebih lagi bila suami buat tak tahu. Selama ini nak berbual pun payah, apatah lagi nak berkongsi rasa.

Ambil Tahu Dan Tolong

Dekati isteri dan ambil tahu apakah masalah yang sedang dia hadapi. Pasti isteri akan berkongsi dengan rela hati. Kalau urusan kerja, cukup suami mendengar dan memberikan nasihat yang sepatutnya. Bahkan, kadangkala isteri sekadar nak meluahkan saja. Dia sedar suami mungkin tak dapat tolong. Baginya, mendengar luahannya pun dah cukup memberikan kelegaan buat dirinya.

Tapi jika tekanan itu disebabkan soal rumah tangga atau kerana sikap suami sendiri, suami wajib ambil tindakan untuk bantu isteri. Apakah kerana isteri dapat hidu sesuatu yang suami buat di belakangnya? Dia tak ada kekuatan untuk berterus terang, akhirnya dia hanya mendiamkan diri saja tanda protes.

Apa saja masalah rumah tangga dapat diselesaikan sekiranya perbincangan secara telus dilakukan. Ketepikan rasa ego dan fokuskan pada penyelesaian masalah.

 

 

 

 

 

 

Published by
webadmin