Bila balik rumah, isteri diam saja. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Sikapnya juga berubah. Kalau dulu, balik kerja dia akan sibuk bercerita itu dan ini. Tapi kini diam memanjang. Pelik tak wahai suami?
Tapi tugas menguruskan anak-anak dan rumah tangga tetap dilakukan dengan sempurna. Begitu juga makan pakai suami. Tersedia seperti biasa. Tapi, kenapa isteri berubah?
Bila Isteri Tiba-Tiba Diam
Banyak sebab bila isteri diam. Apa tindakan pertama suami bila isteri diam seolah-olah tak nak bercakap dengannya sedangkan biasanya mulut ‘becok’ saja? Apa juga yang terjadi, mesti ada sebab.
Wanita ini memang penuh dengan emosi dan sensitif. Ada masanya mereka akan luahkan perasaan apa yang mereka rasa. Dalam masa yang sama, mereka mengharapkan suami untuk memberi respons terhadap apa yang mereka kongsikan itu.
Bayangkan kalau suami seolah-olah tak berminat nak dengar celoteh isteri. Isteri duduk di sebelah dengan teruja bercerita tentang kegiatannya seharian dan bercerita tentang anak-anak, suami pula buat tak tahu sambil tangan dan mata sibuk tengok telefon bimbit. Agak-agak apa perasaan isteri?
Okay kali pertama mungkin isteri tak kisah. Tapi, bayangkan kalau situasi sebegitu yang dia hadap selama bertahun-tahun? Lama kelamaan dia buat keputusan, baik diam saja. Nak sembang pun orang tak nak dengar! Suami tak nak tahu pun tentang dia.
Isteri Dah Berjauh Hati
Lebih teruk lagi, tiap kali isteri ajak sembang, masa itulah suami sibuk call sana call sini, konon atas urusan kerja. Sudahlah seharian masing-masing bekerja, balik rumah nak sembang 10 minit pun tak ada masa. Agak-agak isteri rasa kecil hati tak?
Suami kena ingat, jangan sampai isteri dah rasa kecil hati. Dalam fikirannya, dia dah anggap suami tak suka dia bercerita. Akhirnya dia tak bersemangat untuk memulakan komunikasi dengan suami.
Ads
Emosi Isteri Mungkin Tak Stabil
Suami tolonglah prihatin akan perubahan isteri. Diam isteri itu ada maknanya. Mungkin juga dia sedang mengalami tekanan perasaan. Tak kira tekanan di tempat kerja atau tekanan dalam rumah tangga.
Wanita kalau dia terlalu tertekan, kadangkala dia akan ambil keputusan untuk berdiam diri saja, lebih-lebih lagi bila suami buat tak tahu. Selama ini nak berbual pun payah, apatah lagi nak berkongsi rasa.
Ambil Tahu Dan Tolong
Dekati isteri dan ambil tahu apakah masalah yang sedang dia hadapi. Pasti isteri akan berkongsi dengan rela hati. Kalau urusan kerja, cukup suami mendengar dan memberikan nasihat yang sepatutnya. Bahkan, kadangkala isteri sekadar nak meluahkan saja. Dia sedar suami mungkin tak dapat tolong. Baginya, mendengar luahannya pun dah cukup memberikan kelegaan buat dirinya.
Tapi jika tekanan itu disebabkan soal rumah tangga atau kerana sikap suami sendiri, suami wajib ambil tindakan untuk bantu isteri. Apakah kerana isteri dapat hidu sesuatu yang suami buat di belakangnya? Dia tak ada kekuatan untuk berterus terang, akhirnya dia hanya mendiamkan diri saja tanda protes.
Ads
Apa saja masalah rumah tangga dapat diselesaikan sekiranya perbincangan secara telus dilakukan. Ketepikan rasa ego dan fokuskan pada penyelesaian masalah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hilang sudah kasih ibu, anak sulung kepada lima beradik ini bakal menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya.
Usianya baharu mencecah 25 tahun. Kini mengalas tanggungjawab menjaga adik-adik.
Walaupun pahit untuk ditelan, Nuzul Hafizan Afiq Abd Wahab, 25 reda menerima kenyataan bahawa ibu tersayang, Nurulhuda Ramli, 41, meninggal dunia selepas Perodua Viva dinaiki bersama tiga individu lain dipercayai terbabas dan melanggar penghadang jalan berhampiran pusat komersil di Putrajaya baru-baru ini.
Pandangan Kosong
Nuzul Hafizan yang mengiringi jenazah ibunya di dalam ambulans di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya memberikan pandangan kosong sementelah beliau dan empat adik yang kesemuanya lelaki berusia lapan hingga 21 tahun kini yatim piatu selepas bapa mereka juga sudah meninggal dunia sejak kira-kira lima tahun lalu.
Mengenang kembali pertemuan terakhir pada minggu lalu, Nuzul Hafizan yang menetap di asrama syarikat bekerja di Rawang mengakui insan tersayang itu tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Pemuda itu berkata, dia reda dengan pemergian ibunya namun mengakui kenangan mereka bersama tidak akan luput daripada ingatannya dan menyifatkan walaupun wanita itu seorang yang agak garang dan tegas namun penyayang selain rajin memasak.
“Mama suka bawa kami pergi ke pantai, selalu pergi pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan dan makan-makan sejak kami kecil. Itu akan selalu saya kenang selain masakan mama seperti rendang serta ayam masak merah,” katanya.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, polis mengesahkan empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24; Nurulhuda Ramli, 41 dan Amizan Sapiie, 27, manakala seorang lagi mangsa, Nizasuhana Ujang, 28, dilaporkan parah.
Hilang Kawalan
Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, kemalangan membabitkan Perodua Viva yang dipandu dari arah Kajang hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar penghadang jalan berhampiran susur masuk pusat komersil berkenaan.
Beliau dilaporkan berkata, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Suami dan isteri, pasangan yang telah ditakdirkan dan dijodohkan oleh Allah SWT untuk saling berkasih sayang dan membina keluarga yang bahagia. Kita tidak mampu menolak jodoh yang telah ditakdirkan itu.
Namun, dalam hidup berumah tangga pasangan suami isteri tidak dapat lagi daripada masalah atau berselisihan faham yang mungkin boleh membuatkan salah seorang pasangan kita merasa ‘sakit hati’, geram, marah dan macam-macam lagi.
Masalah kecil dan kemudian boleh menjadi besar sehingga membuatkan pasangan mula benci. Bak kata orang, kalau dah marah, nak tengok muka pun tak nak kan!. Sebenarnya, ini semua adalah asam garam kehidupan suami isteri.
Marah, benci atau sayang sekali pun, dia adalah pasangan kita yang sanggup susah senang bersama. Sebagai isteri, ‘syurga terletak di kaki suami’ ye. Kalau ikutkan hati geram dan rasa marah itu, cubalah selawat. Ini juga salah satu cara untuk lembutkan hati suami.
Seperti perkongsian daripada Abu Hurairah Asifa tentang apa yang dikata ini, boleh dijadikan panduan untuk isteri di luar sana.
Mak pesan, Nak lembutkan hati suami ni banyakkan selawat untuk dia.
Selawat tu bukan panggil dia duk depan muka, lepas itu panggil kawan semarhaban, palu kompang selawat! Bukan!
Cukup masa ingat suami, masa pandang suami selawatlah untuk dia.
Kedua belajarlah minta pandangan suami. Walaupun kita sebagai isteri tahu semua benda, tanyalah pandangannya. Walaupun dalam perkara kecil.
Kalau suami buat tak tahu saja, takpe. Yang penting berkat tu kita dah dapat.
Dan last doakan kesalahan dia. Nampak je suami salah, doakan pada Tuhan.
Mak kata,
“Isteri bukan Tuhan nak ubah suami.”
Isteri ni tak ada kuasa yang Allah bagi kat dia, tapi kelebihan yang Allah bagi pada isteri, redhanya pada suami dapat mengubah neraka menjadi syurga”
#sweeterapi
MW: Kalau ikutkan geram isteri, memang tak boleh bawa bincang. Cara mudah untuk isteri sejukkan hati bila geram, selawatlah. Bukan sahaja untuk suami tapi untuk diri sendiri. Mudah-mudahan, ‘ubat’ selawat ini mampu meredakan segala-galanya.
11 tahun baru Diana faham hobi suami, begitulah yang diluahkan oleh pelakon Diana Rafar terhadap hobi dan minat mendalam suaminya terhadap sukan berbasikal. Suami kepada Diana yang juga pelakon senior terkenal, Zamarul Hisham.
Pasangan secocok dan sepadan ini yang juga ibu dan ayah kepada tiga cahaya mata kehidupan mereka kini semakin hari semakin ceria.
11 Tahun Baru Diana Faham Hobi Suami
Apatah lagi apabila Diana menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya akui kini memahami hobi dan minat suami. Malah Diana juga kini sudah terjebak meminati sukan basikal.
“Hadiah paling istimewa.
“11 tahun dulu memang tak pernah faham minat dia bertahun cuba faham dan selami hobi dia tapi tak pernah boleh.
“Pernah kami berpisah pasal basikal, pernah jugak diana ditipu bulat-bulat, dia kata basikal dia semua sponsor.
“Atlast kantoi jumpa resit dalam bonet keta.
Minat & Terapi Zamarul, Kini Diana Pula Terjebak
“Pernah tak bertegur lama pasal rasa dia penting kan basikal dari Diana.
“Tapi selepas 11 tahun baru diana faham itu adalah minat dan terapi diri dia and NOW diana pulak terjebak .. “Love You Pa. Sorry sebab Mama tak memahami dulu,” luah Diana.
Cinta Dua Roda – Zamarul
Manakala menerusi perkongsian Zamarul pula, pelakon itu meluahkan dirinya dan isteri ibarat cinta dua roda.
“Cinta dua roda… rasa macam baru bercinta pulak,” luah Zamarul menerusi akaun Instagramnya.
Bukan itu saja malah Zamarul juga menerusi status di Instagramnya, menerangkan tentang hadiah terbaru buat insan tersayang yang ditujukan buat Diana.
“A little surprise for that someone special. Baru dapat bike dah ajak panjat fraser, dia ingat basikal dia E bike ke apa.
“Akhirnya dia kalah jugak, ikut minat yg sama. Welcome to the club sayang @dianarafar,” luah Zamarul.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...