Bila Isteri Minta Sesuatu, Jangan Kata TIDAK, Tapi TANAM Nawaitu Tunaikan

Share

Sebaiknya jika isteri minta sesuatu daripada suami, jangan terus kata tak boleh. Sebaliknya berusahalah sebaik mungkin dan tanamkan nawaitu untuk tunaikan permintaan isteri.

Percayalah permintaan isteri pasti di bawah kemampuan suami, kerana dia pastu mengenali suami luar, dalam.

Oleh itu, suami berusahalah tunaikan permintaan suami walaupun perlu menyimpan wang setiap bulan. Sedekah paling baik adalah kepada ahli keluarga, apatah lagi isteri.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami mesej yang cuba disampaikan:

Bila isteri minta sesuatu, jangan kata “TAK BOLEH” lagi…
Usaha dulu, tapi jangan berjanji…

Sebab bila berjanji, dia akan berharap… Bila dia berharap, kalau dia tak dapat, dia akan kecewa…

“Hari itu abang kata nak beli… Sudah tiga bulan ini, tak beli-beli lagi pun…”
Kita pula rasa hendak marah bila dengar dia bercakap seperti ini…

Tanamkan Nawaitu Untuk Tunaikan

Sentiasa tanam nawaitu untuk cuba tunaikan permintaan isteri sebab apa yang dia minta itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita tunaikan… Ianya juga mengikut kemampuan kita… Jarang-jarang sekali mereka hendak minta sesuatu di luar kemampuan pasangan mereka…

Mereka pun masih waras dan boleh berfikir dengan baik…Tidak mungkin mereka hendak membebankan dan menyusahkan pasangan mereka…

“Nanti abang akan usahakan… Bulan depan kita beli… Tunggu bonus hujung tahun, baru abang belikan…”

Allah Mudahkan Urusan

Bila kita cuba penuhi permintaan isteri, insyallah Allah SWT akan buka pintu rezeki kita sebagai suami dan mudahkan urusan kita… Niat kita baik… Boleh jadi apa yang isteri minta itu, adalah sesuatu yang boleh memudahkan urusan dia…

Bila kita mudahkan urusan isteri, Allah SWT akan mudahkan urusan kita…
Simple saja formula yang Allah sudah bagi dekat hamba-hambaNya… Mudahkan urusan orang, Dia mudahkan urusan kita, bawa orang keluar daripada kesulitan, Dia akan bawa kita keluar daripada kesulitan…

Buat baik dibalas baik…

Buang batu atau kayu yang menghalang atau memudaratkan orang lain pun pahalanya besar apatah lagi menunaikan permintaan mereka yang berada di bawah tanggungan kita…

Sebaik-sebaik sedekah adalah kepada ahli keluarga kita sendiri? Maka anggap setiap pemberian kita kepada ahli keluarga kita itu sebagai satu bentuk sedekah…

Sedekah ini adalah antara 3 amalan yg tidak akan terputus pahalanya walaupun kita dah MENINGGAL DUNIA…

Jangan berkata TIDAK lagi pada sesuatu yang diminta isteri, tapi usahakanlah dahulu walaupun kena menyimpan setiap bulan…

InsyaAllah, mesti Allah akan bagi jalan utk kita tunaikan…

MW: Suami yang baik adalah suami yang sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati isteri dengan apa cara sekali pun.

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Nur Syazwani Mehat