Bila Isteri Mengadu Sakit, Suami Usahakan Beri Minum Air Bacaan Al-Fatihah, Selawat, Penyembuh Berharga

Share

Bila isteri mengadu sakit, ada suami yang terus mengelabah, tak tahu apa nak dibuat dan dibantu. Ada setengah suami terus bagi isteri berehat. Tapi ada juga suami yang buat-buat ‘dono’ saja.

Sebenarnya, bila isteri mengadu sakit atau tidak sihat, itu tandanya isteri ingin perhatian suami. Cukuplah dengan membantu untuk belai atau urut. Itu pun dah cukup buat dia lega.

Mungkin ada suami yang buat tak tahu sebab, bila isteri mengadu sakit, dia tetap buat kerja-kerja rumah. Sampaikan suami pun dah ‘confius’ betul-betul sakit atau tidak.

Janganlah begitu dan ambil mudah. Bantulah apa yang patut. Tak cukup dengan urut, ada petua yang disarankan oleh Abu Hurairah Roslan ini. Moga ia boleh dijadikan panduan buat suami di luar sana.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri SAKIT HATI Boleh Jadi Asbab Terhalang REZEKI Suami?

Bila Isteri Sakit, Suami Jangan Terbeban, Inilah Masa Servis  Bertukar Tangan

Info Lebih Menarik DI SINI

Bila Isteri Mengadu Sakit, Berilah Minum Air Bacaan

Isteri mengadu sakit kepala. Saya pula sedang kepenatan.

Saya buka beg, hulur panadol.

“Nah, makanlah. Nanti baik”

Selang beberapa jam, isteri bagitahu kepalanya masih sakit. Aduh, saya blur. Takkan dah telan panadol masih tak sembuh?

“Nah, kena makan ubat lagi kot. Nantilah saya cari lain” balas saya.

Di hari lain, isteri bagitahu badannya sakit-sakit.

Sebab uruskan taska. Angkat itu ini.

Terus saya cari tukang urut. Telefon dan minta tukang urut datang rumah. Urutkan isteri.

“Abang dah cari tukang urut. Malam ni dia urut awak. Saya bayar nanti kat dia”

Tapi, isteri masih sakit badan. Katanya paling sakit dekat bahagian pinggang. Saya “down”. Rasa macam mengada je. Orang lain pun sakit pinggang juga, tapi lepas urut biasanya ok je.

“Nantilah saya cari tukang urut lain”

Dan,

Hampir berbulan isteri masih begitu.Itu belum sakit yang lain.

Ingat Pesan Guru

Sakit dan terus sakit. Saya buntu nak selesaikan macamana. Semuanya tak kena saja. Duit dah keluar beli ubat. Upah orang urut. Tak cukup dengan tu, cari kaedah rawatan lain lagi.

Satu malam, tiba-tiba saya teringat ketika isteri sakit dulu. Semasa awal-awal kami berkahwin. Masa tu jangankan panadol, nak beli minyak angin cap kapak pun tiada duit.

Isteri terbaring sakit kepala sangat. Saya buntu nak buat apa. Isteri menangis saja.

Saya teringat pesan guru,

“Kalau isteri sakit, tak sihat. Ambil air, bacakan al fatihah dan selawat, sebut nama isteri, ambil air tu bagi isteri minum. Selebihnya ambil sedikit sapu di kepala. Atau mana tempat yang isteri rasa sakit”

Terus saya buat begitu sebagai usaha, selebihnya tawakal kepada Allah yang Maha Berkuasa. Yang menyembuhkan. Yang memberi sakit itu.

Dengan izin Allah, isteri hilang sakit kepala masa tu. Allahuakbar. Rasa lega sangat sebab isteri kalau sakit, rasa seperti ada kekurangan dalam hidup ni.

Tiba-tiba isteri panggil.

“Abang, boleh tolong urutkan kepala saya?”

Terus saya ambil minyak angin dan urutkan. Saya urut pula badannya yang sakit. Sampailah dia terlena.

Esok pagi isteri segar betul. Wajahnya ceria. Bersiap awal ke taska. Senyum saja.
“Awak dah ok?”

“Alhamdulilah. Macam hilang semua beban. Terima kasih sangat”
Ya.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega dan jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Begitulah hikmah dalam rumahtangga.

Tempat dua manusia memberi, bukan hanya meminta.

#sweeterapi

Mingguan Wanita : Ada juga isteri penat dan mengadu sakit bukan apa, kadang-kadang dia perlukan perhatian dan kasih sayang suami.

Sumber: Abu Hurairah Roslan

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora