Bila Isteri Meluah, Suami Yang Baik Akan Ligat Fikir Cara Nak Ringankan Penat Isterinya

Share

Memang sikap seorang perempuan, suka meluah kepada suami untuk kurangkan rasa penat dan apa yang terbuku di hati dan suami yang baik akan rela hati jadi pendengar setia.

Sama ada yang baik atau terselit kisat tak best, suami kena tegur dengan cara terbaik. Tak boleh salah cakap dan nak mudah faham konsep yang Puan Intan Dzulkefli kongsikan ini. In Shaa Allah rumah tangga akan harmoni sentiasa.

Istilah Suami Yang Baik

Suami yang baik sentiasa cuba jaga sebaiknya kebajikan emosi & rohani isteri si jantung hati rumahtangga. Sebab itu ada pepatah orang puteh; bila wife happy, seluruh rumahtangga happy. Anak-anak pun happy. InsyaAllah.

Suami yang baik, buat semua tu bukan sebab takut isteri, bukan bajet poyo melainkan dia tahu setiap perbuatannya mempengaruhi seisi rumah.

Banyak ibu yang marah-marah anak, asyik mengeluh, muka tak boleh nak senyum langsung.. bila ditanya punca sebab suami tak mahu share tugas rumahtangga & menguruskan anak-anak. Biarkan isteri tanggung semua tanggungjawab seorang diri.

Bila wife stress, kesannya pada anak-anak. Sebaliknya kalau wife happy, dia deliver pada anak-anak.

So, suami.. Bantulah isteri memberi cinta & kasih sayang kepada anak-anak, ya.

Suami Yang Baik Dia Pendengar Yang Baik

Bila isteri meluahkan… suami yang baik tak terus hukum si isteri ni isteri derhaka, jahat, tak bersyukur.. tapi dia faham, ini memang fitrah seorang wanita. Bila isteri penat, stress, dia tak happy.. bila dia tak happy dia sebarkan aura tak best dalam rumah tangga.

Jadi, bila isteri meluahkan penat, kepala suami yang baik akan ligat fikir apa yang boleh dibuat untuk ringankan sedikit kepenatan isterinya. Takkan sesekali dia balas dengan perlian, “awak fikir penat awak je… habis tu, saya ni tak penat?”

Isteri Memang Sensitif

Kualiti kesabaran dalam menghadapi taufan emosi seorang wanita ni, perlu disemai oleh semua lelaki sebelum dia ambil keputusan untuk bergelar suami.

Wanita memang kelemahannya mudah sangat hilang kewarasan. Suami buat silap tak wish anniversary terus dia lupa jasa suami masak & suapkan anak makan, basuh baju & lipat baju, basuh pinggan mangkuk & buang sampah sebelum tidur.

Memang fitrah wanita begitu.. dalam perkahwinan, dia memang mudah lupa daratan jika terlalu ikutkan emosi. Dia hanya akan ingat pengorbanan dia sahaja.

Sebab itu Allah yang Maha Bijaksana meletakkan wanita dibawah pengawasan seorang lelaki yang ‘qowam’ & lebih stabil mengurus emosi.

Bila wanita belum kahwin, ayahnya yang menyayanginya. Bila dia sudah berkahwin, suaminya yang melindunginya. Bila dia sudah tua & menjanda, dia dijaga oleh anak lelakinya. Subhanallah.

Jadilah Suami Terbaik

“Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik kepada isteri & ahli keluarganya. Dan Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik terhadap isteri & keluarganya.”

Semoga Allah sentiasa merahmati suami yang baik & soleh.

Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah. ❤

Published by
Nadia