Dalam keadaan sekarang ini, rata-rata kita dapat lihat, para wanita dan isteri sekarang lebih berjaya. Sampai ada yang kata dan bernaggapan suami pula ambil kesempatan dan isteri bela ‘biawak hidup’.
Isteri lebih berjaya, bersyukurlah sebab dapat membantu suami dan kurangkan beban suami. Tapi, jangan letak semua tanggungjawab di bahu isteri. Patutnya salinglah melengkapi.
Baik suami jangan ambil kesempatan dan isteri pula merasakan dia lebih berjaya mula pandang rendah pada suami. Nak hidup bahagia kena saling mencukupi, eperti yang dikongsikan oleh Syamsul Fitri ini.
Bila isteri lebih berjaya dari suami, jangan dianggap semua tanggungjawab keluarga dia kena tanggung.
Sebagai seorang suami yang sedar diri tak berapa banyak duit perlu saya seimbangkan kekurangan tersebut.
Untuk pastikan isteri sentiasa bahagia hidup dengan saya perlu saya cukupkan apa yang duit dia tak mampu beli.
Jaga sentiasa emosi beliau.
Senang saja bila saya dapat tahu caranya.
Ads
Orang perempuan suka dilayan dengan baik.
Rajinkan diri bawa beliau jalan-jalan ke tempat cantik.
Suka sangat isteri boleh makan tempat macam tu.
Memang penuh orang perempuan saja saya tengok dekat restoran macam ni.
Mungkin benda cantik ni boleh buat emosi perempuan jadi tenang agaknya.
Lelaki kacak ada banyak kat luar sana.
Suami Ada Ego
Tapi tak semua lelaki boleh kawal perasaan marah dan ego dengan baik.
Saya sendiri pun suka juga marah tak tentu pasal awal perkahwinan dulu.
Dan ada juga benda yang saya tak suka isteri buat walaupun untuk kebaikan keluarga.
Tapi banyak dah boleh kawal dan buang sejak saya sedar satu perkara ni.
Ads
Marah isteri dapat apa?
Bila marah isteri kecil hati.
Bila marah isteri nanti anak nampak.
Anak nampak papa dia suka marah mama.
Lama-lama akan tersemat di kepala mereka perangai ni.
Tak sanggup saya tengok bila anak lelaki saya nanti suka buli isteri sendiri.
Jadi kalau rasa nak marah kena sabar.
Kebiasaan kalau nampak isteri senang suami lah dapat nama.
Kalau berniaga dia lebih hebat dari saya.
Saya tak suka “claim” apa yang isteri saya usahakan.
Bagi saya lebih baik sokong apa yang beliau buat.
Hasilnya makin maju perniagaan yang dia usahakan.
Macam-macam idea baru keluar yang kalau dulu orang fikir tak akan berjaya.
Yang penting isteri seronok dengan kerja beliau.
Saya bantu apa yang dia tak sempat saja.
Ads
Kadang-kadang beliau nak rasa jadi surirumah pun tak ada masalah ambil je cuti saya pula jaga kedai.
Usah Disekat Kehebatan Isteri
Tak semua isteri takdirnya di rumah saja,
Usah disekat bakat dan kehebatan mereka.
Belajar tinggi akhirnya ke dapur juga,
Mentaliti kolot sebegini harap di buang saja.
Ramai wanita hebat di luar sana,
Tak semua beruntung suami berguna. Bela suami ‘biawak’ dalam keluarga, Susahkan isteri dan hidup anak-anak saja
Mingguan Wanita : Suami jangan ambil kesempatan dan isteri jangan pandang rendah pada suami. Saling melengkapi dan membantu, barulah bahagia rumahtangga.
Orang kata, perempuan kalau nak pahala mudah kenalah layan suami elok-elok. Cukupkan makan pakainya, solat berjemaah, jangan melawan, taat dan lebih mudah buat apa yang Doktor Muhammad Ahmad ini kongsikan.
Sekalipun bekerjaya atau mungkin penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.
Tugas Seorang Isteri
Kadang-kadang bila saya tengok isteri penat, selalu saya ingatkan bahawa penat awak, sakit awak, sakit lahirkan anak, penat jaga anak dan sediakan apa yang perlu untuk saya, awak akan dapat ganjaran pahala dan keampunan dari Allah s.w.t.
Penat, sakit tu bukan sia-sia. Ia akan jadi satu perkara yang bernilai disisi الله . Ia akan jadi satu kebajikan di akhirat nanti. Ia akan meninggikan darjat awak.
Pernah sahabat saya. Seorang guru tahfiz. Isteri beliau meninggal kemalangan. Saya tanya beliau. Apa amalan yang baik isteri ustaz buat. Dalam sebak beliau cerita. Setiap hari isteri saya akan sediakan bekas berisi air suam untuk rendam kaki bersama garam bukit. Setiap hari minta picitkan kaki suami. Setiap hari sebelum makanan pertama akan disuap kepada suami. Setiap hari saya rindu saat ini.
Dan pernah isteri merajuk sebab suami kemas rumah tanpa pengetahuan beliau. Jika abang buat semua macam mana saya nak dapat pahala? Subhanallah. Saya cakap hebat isteri ustaz. Tapi الله sayang Isteri beliau meninggal dalam kemalangan kenderaan bersama 2 orang anak. Semua Meninggal ditempat kejadian.
Ikhlaskan Hati Buat Kerja Rumah
Puan-puan. Status ini bukanlah untuk saya mengatakan perlu ‘merajakan’ suami. Tapi berlumba-lumbalah untuk melakukan kebajikan terhadap suami. Suamilah punca pahala bagi seorang isteri. Saya ingin ingatkan kepada puan-puan semua segala penat lelah jaga rumah tangga, sabar dengan kerenah suami, sabar jaga anak-anak amalan inilah akan ditukar dengan syurga akhirat kelak.
Percayalah. Jika kita IKHLAS mentaati suami, khidmat terhadap suami. Layan suami lebih dari seorang raja, pasti dan pasti suami yang soleh akan layan seorang isteri lebih dari seorang permaisuri.
Tuan-tuan. Bawalah isteri kita belajar agama, solat tahajjud sama-sama, baca hadith bersama anak-anak. Setiap hari cerita kebesaran الله , cerita kisah nabi muhammad s.a.w. Sama-sama zikir 300 pagi 300 petang. Ajak isteri keluar dakwah 3 hari.
Insyallah jika keluarga kita hidupkan agama, kebahagiaan akan datang, ketenangan meresap dalam jiwa setiap ahli keluarga.
“Ya Allah jagalah pasangan kami, jagalah keluarga kami.”
Moga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kuasa pelukan mempunyai ‘magisnya’ yang tersendiri. Mampu memberi kesan positif baik pada pasangan suami isteri mahupun anak-anak. Pesanan buat mak ayah biasakan memeluk anak-anak dengan pelukan kasih sayang sejak mereka kecil dan teruskan rutin tersebut sehingga mereka meningkat remaja dan dewasa. Tak kiralah baik pada anak lelaki mahupun perempuan, dan lihatlah kesannya nanti.
Jangan berhenti memeluk anak-anak baik lelaki atau perempuan.
Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak. Apabila anak-anak mengalami ‘temper tantrum’ atau tekanan, anak menghadapi masalah dengan regulasi emosi. Pelukan mengurangkan hormon stres (cortisol) dan menaikkan hormon kasih sayang (oxytoxin) yang meredakan emosi.Bukan itu sahaja, pelukan anak-anak juga dapat meredakan tekanan yang sedang dialami ayah dan ibu.
Jika dari kecil diamalkan, tidak ada sesiapa yang akan merasa kekok. Jika baru hendak bermula, teruskanlah, tidak ada salahnya. Tidak haram bagi ibu memeluk anak lelaki dan tidak haram bagi ayah untuk memeluk anak perempuan.
Jika ada yang melarang ayah dari memeluk anak perempuan dan sebaliknya, itu bermakna orang yang melarang itu mungkin pernah mengalami pengalaman yang tidak elok dengan ayahnya atau dengan lelaki dewasa rapat dalam keluarganya. Oleh itu nasihat tersebut tidak releven untuk keluarga normal dan harmoni seperti keluarga anda.
Peluklah anak lelaki dan anak perempuan anda. Itulah cara termudah dan termurah untuk membina ‘connection’ pada zaman di mana kita sering sibuk terkejar-kejar masa.Pelukan tidak menjadikan anak lelaki lembik, sebaliknya ia memberi kekuatan dalaman kepada mereka.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Biasakanlah memeluk anak-anak kita dengan penuh kasih sayang sejak dari kecil dan penuhilah ‘tangki emosi’ mereka. Ia bukan sahaja mampu meredakan emosi, mengawal sikap anak-anak, malah menjalin hubungan erat di antara mak ayah dan anak-anak.
Betapa hebatnya kuasa peluk anak tetapi masih ramai mak ayah yang tidak mengamalkan tip mudah ini untuk melembutkan hati anak-anak yang sedang kecewa.
Lagi teruk, ada mak ayah terus marah dan membiarkan anak baik sendiri. Salah gayanya itu, sepatutnya anak-anak kena dipeluk dan dicium setiap hari bagi mood bahagianya muncul.
Seperti yang saudara Muhammad Hassan amalkan, peluk cium itu makanan jiwa dan rohani untuk anak-anak.
Bina emosi,bina akhlak.
Anak-anak tinggikan suara depan mak ayah,melenting apabila ditegur,susah dengar cakap apabila disuruh. Sebenarnya bukan akhlak mereka bermasalah sebaliknya emosi mereka sedang terganggu. Anak buat salah mak ayah pukul,tengking,denda,pulau mereka. Dari kecil anak-anak dibesarkan dalam suasana huru hara. Paling Sadis dipukul sehingga meninggalkan kesan. Semua ini akan ganggu emosi mereka.
Apa kata sentiasa peluk dan cium anak jika mereka buat salah,tidak dengar cakap. Bagi yang dewasa ajak berbual, dengar apa yang mereka ingin luahkan. Adakalanya kita perlu jadi pendengar yang setia untuk mereka, bahkan lebih dari kawan-kawan mereka. Dengar masalah mereka walaupun dalam perkara yang remeh.
Kuasa Peluk Anak
Insya Allah asbab peluk dan cium anak degil akan jadi anak yang taat, anak yang kasar akan jadi anak yang mendamaikan. Rahmat الله akan bersama kita tatkala saat kita peluk anak dengan kasih sayang. Rotan dah boleh gantung di dinding dengan tenang.
Nabi s.a.w tidak pernah pukul anak dan isteri. Cara nabi s.a.w bentuk umat dengan akhlak dan kasih sayang. Senda gurau bersama anak dan isteri. Adakalanya nabi s.a.w berkejar-kejaran dengan aisyah r.ha. Biarkan aisyah r.ha menang dan adakalanya nabi s.a.w menang. Nabi s.a.w suka bergurau dengan anak-anak kecil. Inilah akhlak seorang manusia yang sangat mulia disisi Allah s.w.t,didik umat dengan penuh kasih sayang.
Tuan Puan Perbaiki JIWA kita, perbanyakkan istighfar. Anak degil, anak bermasalah, anak isap rokok, anak tidak solat, suka keluar rumah,balik lewat malam puncanya dari kita. Kita tidak hidupkan kasih sayang dalam jiwa mereka. Mereka tidak faham apa itu erti kasih sayang, yang mereka faham erti ‘ketakutan’ ‘Kebencian’
Dari kecil ajar anak-anak ‘khidmat’. Kemas rumah bukan sebab takut mak ayah, tetapi sebab sayang mak ayah, sebab nak kejar pahala. Setiap hari dakwah mereka kelebihan khidmat. Dengan khidmat الله lembutkan hati yang keras.
Adik kemas rumah, basuh pinggan, basuh kasut sekolah, buang sampah nanti الله bagi hadiah untuk adik disyurga, nanti الله sentiasa sayang adik,nanti الله bantu adik ketika susah dan senang. Bukan kemas rumah untuk dapat hadiah atau habuan dunia. Hari-hari cakap begini kepada Anak.
Salah faham kita hari ini, letak habuan dunia depan anak. Anak kemas rumah mak janji bagi rm10, mak janji bagi PS3, mak janji ajak jalan-jalan di Mall. Sampai satu tahap mereka akan ‘boikot’ jika tidak tunaikan apa yang kita janjikan. Hadiah bagi kemudian untuk raikan mereka.
Apa Yang Mak Ayah Perlu Buat
Waktu makan suapkan makanan untuk anak walaupun telah dewasa. Hidupkan solat-solat sunat bersama anak, hidupkan zikir, berzanji,qasidah, ta’lim, al-quran secara berjemaah.
Saya yakin dan percaya, akan lahirnya anak-anak yang Taat الله Rasul jika kita sentiasa hidupkan suasana kasih sayang dalam kehidupan mereka. Paling penting Jangan tunjukkan masalah peribadi kita, masalah pejabat kita,jangan gaduh suami isteri depan mereka. Tunjukkan akhlak dan layanan yang baik terhadap mereka.
Anak adalah amanah yang الله anugerahkan kepada kita untuk bawa mereka masuk syurga bersama. Ibu-ibu,ayah-ayah, tahan tangan kita dari memukul mereka. Ringankan tangan untuk peluk cium mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...