
Bila isteri kena angkat “baby tua”, gelagat suami minta didukung buat ramai terhibur. Ada berbagai cara untuk suami isteri mencipta momen kenangan sepanjang perkahwinan. Selain keluar bersama-sama, mendapat pasangan yang suka bergurau juga antara kenangan yang pasti membuat kita ketawa sepanjang masa.
Bila Isteri Kena Angkat “Baby Tua”
Dari satu perkongsian di Tik Tok @bapaktirikau atau nama sebenarnya Muhammad Nor Asyraf ada berkongsi momen dirinya meminta isteri mendukungnya walau penat balik dari bertugas sebagai anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) membuatkan ramai terhibur.
@bapakktirikau #loveyousomuch❤️ ♬ Sumpah dan cinta matiku – Nidji
Ini kerana sebaik isterinya membuka pintu rumah balik dari on duty, dirinya terus menyambut kepulangan isteri. Reaksinya yang melompat-lompat kegembiraan seolah anak tunggu mak balik membuatkan ramai ketawa.
Dalam ramai menyangka dirinya akan hanya memeluk isteri tanda sayang dan selamat sampai ke rumah, sebaliknya Asyraf telah meminta isteri, Diniey Azrina Mohamad Nasir mendukungnya hinggakan ramai bertanya dalam nada gurauan, laa ingatkan nak dukung isteri tapi rupanya minta isteri dukung.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Beza Usia 40 Tahun, Suami Isteri BAHAGIA Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-17!
Suami Isteri Kena Ada Simpanan 12 Bulan, Barulah Susah Nak MISKIN, Hubungan Pun Harmoni
Masa yang sama ramai bertanya, siapa suami sapa isteri dalam nada gurauan kerana amat jarang isteri mahu mendukung isteri. Ternyata gelagatnya mengusik isteri yang baru dinikahi bulan Oktober lalu membuatkan ramai terhibur.

Ciptalah momen sebanyak-banyak dengan pasangan kerana ia kenangan yang sukar dilupakan hingga usia menua.
Didoakan pasangan ini bahagia hingga ke usia tua dan till jannah bersama-sama.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Suami Sudah Tidak Pandang Kita, Ubahlah Diri Untuk Jadi Penarik

Isi Kandungan
ToggleAwal perkahwinan, semuanya indah belaka. Masuk tahun kelima, dah mula rasa lain macam. Mulalah, seorang pandang kanan dan seorang pandang kiri. Perasaan sayang makin lama makin pudar, yang tinggal hanya tanggungjawab pada pasangan dan keluarga.
Namun, ada juga yang sayangkan pasangan sampai terlampau-lampau hingga naik rimas dibuatnya.
Walaupun sayang kat pasangan, janganlah sampai ‘tundukkan’ pasangan dan tidak kurang juga yang pisahkan pasangan dengan keluarga untuk memastikan pasangan tidak beralih arah kepadanya. Malah, ada juga yang sanggup tundukkan pasangan kerana terlalu garang, baran dan kaki pukul.
Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) mengula lebih lanjut tentang perkara ini. Katanya:
“Fitrah manusia, inginkan sesuatu segera dan gopoh gapah. Inginkan dirinya disayangi, seharusnya kita berusaha memperelok peribadi dan sikap supaya orang lain lain mudah untuk terbuka hati menyayangi kita”.
Isteri yang menghormati, pasti akan lebih disayangi suami. Isteri yang lembut dan menjaga kecantikan, pasti lebih disayangi suami. Ia perlu dipraktikkan jadi tabiat, agar kita disayangi dan dikasihani, bukannya dengan cara paksaan ataupun secara sihir dan ilmu hitam.
Faktor Pendorong
Dalam hal ini, ada sesetengah isteri yang sanggup berbuat demikian. Banyak faktor yang mendorongnya. Antara kes yang ditemui seperti faktor:
- Suami curang
- Isteri rasa terabai
- Ingin balas dendam
- Untuk mengukuhkan kasih sayang, pelindung agar hubungan tidak diganggu dan sebagainya.
Tarik Perhatian Suami
Bagi isteri yang mencari jalan pintas untuk mendapat perhatian suami, mungkin ia dilihat berjaya. Dengan menggunakan kaedah-kaedah sihir dan bantuan ilmu hitam, suami yang menjadi mangsa akan berubah menjadi lebih penyayang, mengikut kata apa sahaja yang diinginkan.
Sebenarnya banyak kaedah lain yang lebih praktikal, logik dan bersifat ilmiah. Dengan mengubah diri kita agar memiliki sifat-sifat yang menarik perhatian suami sebagai lelaki adalah lebih efektif dan berkekalan, tanpa perlu menggunakan kuasa sihir ataupun makhluk halus.
Contohnya, menjaga kecantikan diri, tunjukkan hormat pada suami, syukur dengan pemberian suami dan penuhi masa melayan suami dengan manja dan persekitaran seksi. Ini kerana fitrah suami sebagai lelaki, akan mudah tertarik dan sangat suka dengan kecantikan wanita, isteri yang menghormatinya, isteri yg tidak meminta-minta dan isteri yang seksi. Itu fitrah suami, bila dipenuhi, wanita itu akan disayangi. Tidak perlulah lagi bantuan sihir dan ilmu hitam

Terlalu Terdesak
Kadangkala bila terdesak, manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk keluar daripada masalah. Ilmu dan iman perlu seiring kerana dengan ilmu kita tahu sesuatu hukum dan untuk dorongan mengikuti hukum itu memerlukan iman.
Ketakutan kita kepada perkara syirik sebegini sepatutnya menjadi pendinding kepada kita daripada terjerumus. Dosa syirik adalah satu-satunya yang tidak akan diampunkan Allah. Kadangkala bukannya tiada iman, tetapi kedangkalan ilmu betapa cara sebegitu akan lebih merosakkan masa depan kita, bukan sahaja suami menjadi mangsa tetapi turut mengheret kita menjadi mangsa sebagai hamba ilmu hitam, ini juga menyebabkan kita tersilap langkah melakukannya.
Panduan Suami Isteri
- Hubungan suami isteri adalah hak milik anda berdua, elakkan beri ruang kepada orang lain apatah lagi makhluk lain yang mengawal kita atau pasangan kita.
- Membahagiakan, kita akan dibahagiakan! Menghormati suami adalah sesuatu yang membahagiakan suami. Apabila suami bahagia, lebih mudah suami fikirkan untuk berkongsi bahagia dengan kita.
- Dalam Islam, Allah mengingatkan supaya berdoa dan bersabar dalam berusaha kerana sesuatu perubahan kepada kebaikan memerlukan istiqamah dan biasanya tiada jalan pintas untuk mencapainya.
- Perlu sedar, hidup kita berpasangan, andai suami tidak tertarik dengan kita, bukanlah suami yang kita perlu ubahkan tetapi ubahlah kita untuk jadi menarik kepada suami.
- Kenali fitrahnya dan kesukaannya untuk wujudkan pada diri kita supaya kita sentiasa menjadi kesukaannya. Apabila kita berenang di dalam kolam, kita tidak mampu ubah air yang berkocak, tetapi jika kita diamkan diri kita, lama kelamaan air akan menjadi tenang.
Tip Suami Isteri
- Suami isteri perlu saling membahagiakan pasangan masing-masing, bukannya memaksa pasangan supaya membahagiakan kita.
- Tugas membahagiakan pasangan kita adalah tugas kita. Jangan benarkan orang lain yang menguasai dan mengawal hubungan kita, meskipun pada asalnya untuk kebaikan.
- Elakkan daripada mencabar ego pasangan kita terlalu lama kerana bimbang hilang kesabaran dan terdesak mengambil tindakan yang salah dan lebih membahayakan masa depan.
- Bahagia perlu dikongsi. Bagaimana pasangan kita ingin berkongsi kebahagiaan dengan kita, kalau dia sendiri tidak cukup bahagia. Bahagiakan orang lain agar dia mampu berkongsi bahagia dengan kita.
- Sentiasa cari jalan penyelesaian bersama secara fitrah mengikut landasan agama.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Angkara Cemburu! Seorang Suami Tergamak Tetak Isteri Hingga Mati

Isi Kandungan
ToggleAngkara cemburu! Seorang suami tergamak tetak isteri hingga mati menggunakan pisau pemotong. Begitulah kejadian yang berlaku semalam, bila amarah menguasai diri.
Setiap kali berdepan dengan masalah dalam rumah tangga, bincanglah baik-baik. Jika berlaku kes sebegini, menyesal sudah tak berguna.
Angkara Cemburu!
Disebabkan perasaan cemburu, seorang lelaki tergamak menetak leher isterinya sehingga mati di bilik sewa pasangan terbabit di tingkat 3, Jalan Segama, Kota Kinabalu, Sabah.
Mangsa berusia 23 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh polis selepas suaminya menghubungi talian kecemasan dan memaklumkan dia menetak wanita itu pada 11.47 malam.
Artikel Berkaitan: Pergelangan Tangan Wanita Yang Putus Ditetak Suami Angkara Cemburu Berjaya Disambung Semula
Seorang Suami Tergamak
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 10.50 malam selepas suspek dikatakan bertengkar dengan isterinya.
Katanya, suspek yang berang kemudian ke dapur lalu mengambil pisau sebelum bertindak menyerang mangsa.
“Akibat daripada serangan itu, mangsa mengalami cedera di leher kanan, muka, tangan dan luka di perut.
“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tetak Isteri Hingga Mati
Beliau berkata, susulan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bertindak menahan suspek yang masih berada di lokasi kejadian.
“Motif kejadian dipercayai cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti puncanya.
“Suspek yang menghubungi talian kecemasan 999 dan memaklumkan menetak isterinya dengan pisau sehingga mati dan hendak menyerah diri,” katanya.
Baca Di Sini : “Segalanya Musnah DiJilat Api.” Gara-Gara Cemburu, Suami Bakar Rumah Jiran
Masih Dalam Siasatan
Mohd Zaidi berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian merampas sebilah pisau dan parang pemotong daging dan salah satunya dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
“Suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
“Suspek akan direman untuk tindakan lanjut manakala mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) bagi tujuan calitan Covid-19 dan bedah siasat,” katanya.
Mohd Zaidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel Menarik: CEMBURU Bekas Suami Ada Kekasih Baharu, Wanita Tergamak Lemaskan Lima Anak
Mingguan Wanita : Murahnya nilai isteri pada seorang suami. Gara-gara cemburu, seorang suami sanggup bunuh isteri. Sedih sungguh.

Sumber : myMetro
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi Cara Elak Sembelit Pada Anak. Langkah Terakhir, Barulah Guna Ubat

Isi Kandungan
ToggleJangan ambil mudah bila berlaku sembelit pada anak. Kadang-kadang, ada mak ayah yang tidak sedar sudah berapa hari anak tidak membuang air besar.
Kesannya kita tidak nampak sekarang tetapi akan datang. Bayangkan anak diberi makan macam-macam tetapi langsung tidak membuang. Sedangkan kita yang dewasa tak membuang satu hari pun sudah rasa lain macam.
Sebab itu, mak ayah kena perhatikan apa yang berlaku terutamanya sembelit pada anak. Jangan terus beri ubat, tak kiralah anak itu kecil atau sudah besar. Ubat adalah langkah terakhir bila mak ayah sudah gunakan cara semula jadi untuk memastikan anak ‘membuang’.
Perkongsian daripada Dr. Ahmad Samhan boleh memberi panduan pada mak ayah tentang masalah yang dihadapi oleh anak. Malah boleh digunakan untuk mak ayah dan orang dewasa juga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Prun Penuh Serat Sesuai Sangat Untuk Mak-Mak Kurangkan Sembelit
3 Punca Anak Selalu Sembelit, Najis Keras, Ini Penjelasan Pediatrik, Mak Ayah Sila Take Note!
Info Lebih menarik Di SINI
Alami Sembelit Pada Anak
Jam sudah menunjukkan jam 2 pagi.
Baru saja selesai merawat seorang wanita yang datang mengalami sengugut. Nak berjalan pun tak mampu. Sakit yang amat.
Setelah buat pemeriksaan dan beri ubat tahan sakit barulah lega dan pulang dengan tersenyum lebar.
Saya berbaring sambil memandang siling. Cuba untuk lelapkan mata.
Tiba-tiba dapat panggilan dari klinik.
“Doktor, ada seorang pesakit budak lelaki 4 tahun, sakit perut”
“Ok baik, saya datang”
Setiba di klinik, kelihatan seorang budak lelaki diriba ibunya. Menangis meraung kesakitan. Nak luruskan badan pun tak boleh. Tangannya menekan perut.
Saya terus minta ibu dukung anaknya dan masuk ke bilik pemeriksaan.
“Dah berapa lama jadi begini?”
“Malam tadi ok je. Tiba-tiba dia terjaga dari tidur meraung sakit perut”
“Ada muntah? Ada cirit-birit?”
“Tak ada doktor. Tapi dia dah 2 hari tak berak”
“Ada masalah usus sebelum ini? Kentut ada?”
“Tak ada masalah usus. Kentut ada”
“Baik, saya kena buat pemeriksaan dulu”
Saya buat memeriksa perut dan ultrasound scan.
“Anak puan sembelit. Tak apa, saya akan masukkan ubat dari punggung. Bila dah berak, dia akan lega”
Saya minta ibunya ‘standby’ di tandas. Selang beberapa minit, anaknya dah membuang air besar.
Keluar tandas, muka tersenyum. Siap berlari lagi. Ibunya terpaksa kejar nak pakai seluar.
Sakan ye dik, tadi nak berdiri pun tak boleh. Bila tengok pesakit hilang derita, saya pun gembira.

Cara Elak Sembelit Tanpa Guna Ubat
Saya kongsikan cara elak sembelit tanpa guna ubat:
1. Bagi bayi kurang 6 bulan, baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.
2. Boleh rangsang lubang dubur dengan menggunakan putik kapas. Buat ‘circular motion’ di sekeliling lubang dubur.
3. Bagi bayi 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar.
4. Manakala kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan.
Jika ibubapa telah mencuba langkah-langkah tersebut tetapi tidak berjaya, maka bolehlah menggunakan ubat. Ubat yang selamat digunakan untuk bayi enam bulan ke atas ialah Lactulose.
Bagi bayi berumur 11 bulan hingga ke 5 tahun, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 2.5-5 ml dua kali sehari. Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 5-10 ml dua kali sehari.
Manakala bayi yang kurang setahun, sebaiknya bawa jumpa doktor untuk buat pemeriksaan dan pemberian dos yang lebih tepat.
Kongsikan pada mak ayah lain dan keluarga tips ini supaya lebih ramai yang tahu untuk elakkan anak sembelit.
MW: Ingat, anak kecil yang alami masalah ini, jangan terus bagi ubat, cuba dulu apa yang doktor sarankan. Jangan lupa, perhatikan juga anak kecil tentang ‘pembuangan’ dia.
Sumber: Dr. Ahmad Samhan
-Doktor Kecemasan Anda-
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI