Bila Isteri Hilang Kepercayaan, Separuh Nikmat Kejayaan Suami Hilang, Hargailah Tegurannya

Share

Nikmat kejayaan seorang suami bila dia sentiasa mendengar nasihat dan kata-kata isteri. Bukan bermakna suami ikut telunjuk isteri semata-mata.

Kadang-kadang, apa yang suami lakukan tidak semuanya betul dan dia perlukan penasihat untuk dapatkan nikmat kejayaan seperti orang lain yang berjaya.

Salah satu, nikmat kejayaan seorang suami, bila dia mengambil kira dan timbang tara setiap apa yang dikatakan oleh isteri. Mungkin ada betulnya. Sebabnya, instinct seorang isteri tidak pernah salah.

Begitu juga, bila suami makin jauh atau ada yang ‘berpaling’ pada wanita lain. Ini salah satu punca menyebabkan isteri hilang kepercayaan.

Walau bagaimanapun, bukan semua suami boleh terima teguran dan kata-kata isteri. Dia lebih pentingkan orang luar berbanding isteri yang sentiasa ada bersama susah dan senang.

Percayalah, mana yang baik dikatakan oleh isteri itu ada benarnya. Seperti yang dikongsikan oleh Mohf Fhais dalam nukilannya, nikmat kejayaan sebenar seorang suami bila dia sentiasa mendengar dan terima teguran isteri lebih daripada orang lain.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nafkah Bulanan WAJIB Beri Isteri. JANGAN BUAT TAK TAHU, Ada Keberkatan Walaupun Sedikit

Isteri Bila MARAH Atau Bebel, Itulah Kata Jujur Dari Hatinya

Info Lebih Menarik DI SINI

Nikmat Kejayaan Suami, Hargailah Isteri

Kata-kata seorang isteri itu ibarat berlian.

Sangat berharga dan tidak ternilai manfaatnya pada kita.

Dia sahaja yang tahu segala kelebihan dan keburukan diri kita. Perangai kita. Tabiat kita.

Hobi kita. Cara kita berfikir. Lemahnya kawalan emosi kita. Semua dalam benak isteri.

Ruginya…

Rugilah jika tak hargai kata-kata isteri.

Dan rugilah jika buat tak endah teguran isteri.

Lagi tersangat rugi jika tak ikut apa yang isteri nasihatkan itu.

Sejujurnya, tiada orang yang lebih jujur dan ikhlas nak bantu dan lihat kita berjaya melainkan isteri kita sendiri.

Jatuh bangun suami, dia juga akan kena tempiasnya. Susah senang hidup suami, dia turut tak terlepas dari menanggung akibatnya.

Sayang seribu kali sayang jika ada secalit pun buruk sangka pada isteri.

Sesungguhnya di saat isteri hilang kepercayaan pada suami, di saat itu lah telah hilang separuh nikmat kejayaan di dunia ini.

Wallahu A’lam,

MW: Memang betul pun, isteri ini penasihat terbaik. Ada juga suami lebih suka dengar kata orang lin. Tapi bila orang lain cakap sama dengan isterinya tegur, barulah dia ‘tersentak’. Kena dahulukan pendapat isteri sebab dia lebih kenal suami dia luar dalam.

Sumber: Mohd Fhais
Isteri perunding kejayaan diri kita!

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora