Perasan tak, sebelum kahwin pasangan banyak betul bercakap. Ada sahaja ‘modal’ untuk bercakap , kiranya tak keringa idea betul. Tapi bila dah kahwin dan duduk sebumbung, jrang betul bercakap. Kalau ada pun perkara penting sahaja. Dah tak ada lawak-lawak sebelum ini.
Kenapa boleh macam tu. Biasanya, lelaki yang macam nie. Betul tak? Bukan nak salahkan lelaki yang bergelar suami. Namun, tak semua yer. Ada gak suami yang terlebih-lebih cakapnya, sampai tak terlayan isteri.
Ini ada perkongsian daripada Redza Zainol yang oleh dijadikan panduan untuk suami isteri.
Setiap kali mak saya masuk ke kereta, ada saja cerita yang dia akan kongsi dengan ayah saya.
Masa tu saya masih bersekolah rendah, jadi faham juga apa yang mak saya cerita pada ayah saya.
Setiap hari, ayah saya cuma akan dengar dan kadang-kadang dia akan mencelah untuk tanya 1-2 soalan. Banyak masanya dia angguk saja.
Bila saya dah beristeri, saya pula alami perkara yang sama. Ditakdirkan saya dan isteri kerja di tempat yang sama.
Setiap hari, bila masuk saja ke dalam kereta mulalah isteri saya bercerita itu dan ini.
“Bang, tau tak kat klinik tadi punyalah banyak pesakit. Nak buat tu lagi, nak buat ni lagi. Tak sempat nak habiskan makanan tu tadi.”
“Ada pesakit ni, dia datang tapi tak tahu apa-apa pasal pembedahan yang dia kena buat. MasyaAllah, macam mana tu bang. Memang tepuk dahi.”
“Pastukan, ada pesakit ni dah tua. Sweet je suami dia teman datang ke klinik. Umur dah 70.”
Cerita tu akan bersambung-sambung dengan bermacam cerita yang kita suami ni pun tak terfikir apa kepentingan semua cerita ni.
Lama-lama, muka isteri saya yang tertekan tu pun jadi tenang dan mula tersenyum. Masa ni dia akan mula bercerita pasal anak-anak dan perkara lain.
Apa yang saya buat cuma mendengar dengan tekun dan mengangguk bila perlu. Bila cerita dia tu sedih, saya pun ubah muka saya jadi sedikit sedih.
Bila ceritanya seronok, saya pun senyum lebar.
Kongsi Cerita
Kawan saya pernah berkongsi, bila seorang suami beri perhatian selama 20 minit mendengar sepenuh hati, suami tu sebenarnya sedang beri 20 minit kehidupannya pada si isteri.
20 minit yang suami beri tu, dia tak akan dapat semula. Sebab tu, beri perhatian pada isteri ni dikira sangat hebat.
Jujurnya, saya bahagia dengar bebelan dan cerita isteri saya yang kepenatan tu. Ada orang pandang lekeh perkara ni, tapi benda ni lah terapi jiwa untuk seorang wanita.
Sependek mana pun tempoh masa dalam kereta, selagi kita beri perhatian, selagi itu lah kita dikira sedang meluang masa berkualiti dengan isteri.
Ada suami isteri tinggal serumah, tapi hakikatnya mereka sangat jarang luang masa bersama. Sedih kan?
Istimewanya Wanita
Kawan-kawan, wanita ni istimewa.
Mereka berehat dengan cara meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya.
Beruntunglah suami yang selalu menjadi tempat isteri mencurah rasa. Itu tanda perkahwinan kalian itu bahagia.
Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita dah bantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan terbesarnya.
Isteri yang rasa dihargai, rasa diperlukan dan rasa didengari, mereka ini akan bekerja keras untuk bahagiakan semula seluruh keluarga.
MW: Kadang-kadang terfikir, suami nie dengar ke tidak bila kita cakap. Ya pun tak, angguk pun tak. Macam cakap dengan batu lak kan. Sabar ye isteri-isteri sekalian.
Sumber: Redza Zainol
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI