Bila Hubungan Kasih Sayang Kukuh, Kena JERKAH Pun Anak BOLEH Terima

Share

Asasnya adalah hubungan kasih sayang yang kukuh dengan anak-anak. Jadi lebih mudah mak,ayah hendak mendidik anak-anak. Bila kena jerkah pun anak-anak boleh terima kalau hubungan mak-ayah-anak itu kukuh.

Mendidik anak dalam dunia sekarang bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi anak-anak yang meningkat remaja. Kalau tak kena, mahunya kita pula yang kena jerkah. Oleh sebab itu sedari kecil bina hubungan kasih sayang yang kukuh.

Ikuti perkongsian, Ustaz My Learning Journey ini dan fahami kenapa adanya hikayat batu belah batu bertangkup.

Kenapa Hubungan Kasih Sayang Kena Kukuh

Ada sebab dalam warisan masyarakat kita ada hikayat Batu Belah Batu Bertangkup. Ia mewakili susah payah kita mendidik anak-anak khususnya di peringkat remaja.

Mereka secara semulajadi menjadi ‘self-centered’ dan hanya sedar tentang kemahuan sendiri, tidak peka akibat perbuatan mereka kepada perasaan orang lain.

Kita perlu pastikan hubungan kasih sayang dengan anak-anak kukuh, bukan untuk memanjakan mereka. Tetapi supaya kita boleh mendidik mereka.

Supaya mereka boleh terima, semasa kita jerkah mereka apabila ambil lauk, terus ambil bahagian ayam yang sedap-sedap dan meninggalkan bahagian kurang ‘famous’ kepada orang lain.

Baca Juga Di Sini:

Didik Anak Untuk Lebih Percaya Pada Keluarga Berbanding Kawan Sebaya

Generasi Berbeza, Cara Didik Anak Juga Tak Sama…Mak Ayah Kena Faham Ye!

Info Menarik, klik saja di sini. 

Bila Hubungan Kasih Sayang

Bukannya makanan tidak cukup, tapi nak didik hati dan akal fikiran tu. Fikir sikit orang lain. Jangan ulang episod Pekan dan Melur walaupun kita tidaklah sampai mencari batu belah minta ditelan kerana sedih yang melampau.

Sikap mementingkan diri sendiri anak remaja boleh menyebabkan mak ayah mati dek serangan jantung.

Sebab itu kita kena minta banyak-banyak rahmat daripada Allah, dan tambah ilmu keibubapaan, belajar psikologi dan perkembangan kognitif anak remaja, supaya perangai mereka yang menjengkelkan itu, dapat ditukar menjadi ladang pahala kita.

Dan jangan lupa, kita pun pernah remaja macam mereka. Cuma di zaman yang berbeza dan cabaran yang tak sama.

Salam sokongan buat ibu bapa anak remaja.

#batubelahbatubertangkup #remaja #keibubapaan

MW: Sememangnya cabaran yang besar buat mak,ayah dalam mendidik anak-anak lagi-lagi anak-anak yang telah meningkat usia remaja. Bukan mudah tetapi jika asasnya kasih sayang yang subur sejak kecil, insyallah anak-anak akan lebih mudah menerima teguran.
Published by
Syazwani Mehat