Bila Hidup Sendiri Lebih Menarik, Taklah Jadi Pemerhati, ‘Pengkomen’ Tak Bergaji

Share

Belajarlah untuk bahagia dengan hidup sendiri. Tak perlu memandang bahagia dari kehidupan orang lain. Indah sekali pesanan yang dikongsikan ibu ini, Suzy Sharif.

Daripada asyik tidak kena saja melihat cara hidup orang lain. Lebih baiklah indahkan kehidupan sendiri dan nikmati rasa bahagia itu. Hadamkan pesanannya.

Semua Benda Nak Dibahas..

Apabila kita rasa hidup kita menarik, kita tidak akan peduli akan rentak kehidupan orang lain.

Tidak peduli maksud saya ialah kita tak akan jadi pemerhati dan pemberi komen yang tidak bergaji.

Semua benda kita nak bahas.
Semua hal kita tak berkenan dan suruh orang lain jadi macam kita.
Tengok orang pakai baju cantik, kita kata tak kena gaya.
Bila tengok orang pakai kereta mahal, kita kata buat apa nak membazir.
Tengok orang pergi bercuti, kita kata dia buang masa dan buang duit.
Eh biarlah, dia bukan pakai duit dan guna kudrat kita.
Kita ni selalu sibuk hal orang tak tentu pasal.

Baca sini : Nilai bahagia setiap orang berbeza, tak perlu cari di luar, bahagialah cara kita

Kisahkan Hidup Sendiri, Tak Pernah Kisah Kehidupan Orang Lain

Teringat pulak saya sebuah kisah di zaman Dinasti Ming.
Di sebuah negara antah berantah.

Saya, saya ni dituduh suka ambil tahu kehidupan seorang hamba Allah ni.

Ya Allah, sedikit pun kisah hidup dia tak pernah singgah dalam otak saya apatah lagi mengganggu ketenteraman hidup saya yang bahagia.

Tapi tak apalah.
Mungkin dia melihat apa yang berlaku ketika itu menerusi kacamata dan persepsi dia yang keliru.

Tak apa, tak apa.

Nikmati Hidup Dengan Cara Yang Kita Pilih

Sahabat sekalian.
Nikmatilah hidup dengan cara yang kita pilih.
Bahagia cara kita.
Jangan kisahkan hidup orang lain.
After all, syurga dan neraka kita, diri sendiri yang akan tentukan.
Kita tak perlukan consent orang lain.
Hanya kepada Allah tempat kita kembali.
Salam sayyidul ayyam buat semua kesayangan.

Mingguan Wanita : Sungguh, bahagialah dengan cara kita sendiri. Bila tidak kisahkan hidup orang lain, kita lebih menghargai kehidupan sendiri dengan penuh kesyukuran.

Sumber/Foto : Suzy Sharif

Published by
Netty Ah Hiyer