Sungguh, bukan mak ayah saja yang merasai getir persekolahan menjelang 2019 ini. Guru-guru pun merasai emosi yang berganda-ganda.
Sebab mereka juga faham bagaimana dan apa yang diharapkan oleh mak ayah dalam pendidikan anak-anak. Dan inilah perkongsian yang dillalui Guru Bahasa Inggeris, Normujaidah Osman.
Bila mana, getir perjalanan tahun 2019 dilihat sebagai medan untuknya mengumpul pahala. Sungguh ia menyuntik inspirasi.
“Abang, esok mesyuarat. Tak tahu nak expect apa.” kata saya pada suami semalam.
“Tak payah expect apa.”
“Ok. Mahu janji pada diri sendiri. Tak nak marah. Tak nak merungut. Nak cakap alhamdulillah je. Bukankah, jika bersyukur Allah tambah nikmat?” ujar saya cuba berlagak positif walau pun sebenarnya cuak juga memikirkan esok hari.
Suami senyum. Angguk.
Jawatan apalah yang saya akan dapat?
Banyak ke tugasan yang perlu saya lunaskan?
Hari ni , buku prospektus saya belek satu persatu.
Pengurusan.
Kurikulum.
HEM.
Kokurikulum.
Kebanyakannya jawatan baharu. Aduh. Cabaran besar juga ni. Portfolio yang tak pernah dipegang sebelumnya. Pengalaman dalam bidang ni? Almost zero!
Tapi, seperti yang saya janji pada suami, saya senyum, sebut alhamdulillah.
Dapat pula jadual waktu tahun 2019.
“Kami mohon maaf. Guru Bahasa Inggeris terpaksa kami bagi waktu mengajar yang banyak, ” kata Pengetua.
Itu saya sudah agak. Seorang guru opsyen BI berpindah sekolah. Bererti ada lima kelas beliau yang perlu diagih kepada kami, guru opsyen dan bukan opsyen yamg masih tinggal.
“Alhamdulillah.” kata saya lagi.
‘Ya Allah, terima kasih beri aku peluang. Bimbing aku, Ya Allah untuk buat apa yang Engkau suka dan tolonglah kurniakan aku rasa reda dengannya serta Engkau reda dengan amalanku,’ bisik saya dalam hati.
Ya Allah. Perjalanan tahun 2019 kelihatan agak getir juga. Tapi entah kenapa. Kali ini, hati tenang saja.
Tiada rasa bentak-bentak dalam jiwa.
Barangkali nikmat atas rasa syukur tadi.
Sungguh benar. Syukurlah. Akan Allah tambah nikmat.
Itu janjiNya dan saya sangat yakin.
Tidak lama untuk Allah tunaikan janji itu.
“Kak, kita dalam Jawatan Kuasa Perhimpunan. Risau juga ni. Hari pertama sekolah tu , perhimpunan rasmi macam mana? Kita kena rancang ni.”
Allah. Baru saja saya mahu cuba fikir- fikir apa perlu dibuat, adinda saya yang baik hati ini sudah mula memunculkan idea.
“Kak, kita buat macam ni. Bla…bla..bla…Bagus juga Ustaz ada dalam tim kita. Saya cadangkan..bla..bla..bla…”
Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Maha suci Allah yang memberi saya nikmat rakan- rakan yang sangat meringankan beban.
Kata Tuan Pengetua pula, “Kita mahu bubarkan AJK Kelab Guru dan Kakitangan 2018. Lantik AJK baharu. Kita bagi peluang guru- guru lain pula jadi pemimpin.”
Allah. Kami , para AJK tidak mencadangkan pembubaran ini kerana kebiasaannya, amanah ini dipegang dua tahun. Tapi , barangkali Pengetua faham kelelahan kami sepanjang tahun ini.
Lebih 15 majlis yang kami telah anjurkan sedangkan jumlah kewangan hampir sama banyak sahaja dengan tahun sebelumnya.
Lebih 30 orang guru telah meninggalkan kami. Ada yang bersara dan berpindah sekolah. Malah ada yang sudah pergi mengadap Ilahi. Ia tahun dukacita.
Sekali lagi, saya ucap alhamdulillah. Allah tahu kemampuan kami.
Sungguh. Ini medan saya mencari pahala.
Moga ada pahala atas usaha :
1. Memandaikan anak bangsa.
2. Membantu meringankan bebanan suami dalam memperlengkapkan keperluan jasmani, emosi , rohani dan intelek anak- anak.
3. Membantu meringankan bebanan teman- teman seperjuangan.
Moga usaha ini dipermudah.
Moga juga tidak mudah saya tergoda dengan hasutan syaitan yang mahu saya berkeluh kesah.
Alhamdulillah atas nikmat yang maha banyak, duhai Allah yang maha baik.
Sumber/Foto : Normujaidah Osman, Insan kerdil yang mahu terus bersyukur.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.