Setelah emak meninggal dunia, ayah kebiasaannya hilang punca maklumlah selama ini tinggal berdua dan hidup diurus isteri. Kehilangan isteri buatkan kehidupan seorang suami apatah lagi di usia emas cukup berbeza.
Jadi bila emak meninggal izinkan saja ayah kahwin lain jika dia berkeinginan, anak memang tak faham erti sunyi. Bayangkan anak-anak tidak mampu berada di sisi atau beri perhatian pada ayah 24 jam seperti seorang isteri.
Oleh itu jangan ditahan keinginan seorang ayah jika dia ingin mencari teman dan teman itu bukanlah pengganti arwah emak kita. Tiada siapa pun mampu mengganti tempat emak kita selamanya.
Bila Ayah Kahwin Lain
Ikuti perkongsian Puan Ana Balqis ini dan hadam baik-baik ya:
Selepas emak meninggal ayah nikah lagi?
Soalannya, salahkah?
Sekarang, mari selami isu ini dengan merujuk kepada dua kes yang dekat dengan Kak Engku.
Dalam dua minggu ini, dua orang kawan perempuan Kak Engku bercerai. Kenapa bercerai? Mungkin kalian boleh kata jodoh sampai situ saja. Ya, itu boleh diterima tetapi tentu ada sebab juga, kan?
Anak Tak Boleh Terima Ayah Kahwin
Jadi, ayuh kita lihat dua kes ini.
Dua-dua kawan Kak Engku ini (awal 50-an), menikah dengan duda ada beberapa anak. Kedua-dua kawan Kak Engku itu belum pernah menikah sebelumnya.
Alasan menikah, tua-tua ini elok menikah, ada kawan berbual. Sakit demam ada teman mengadu. Itu kata anak beranak, sahabat handai.
Ada kawan berbual? Ya, mungkin betul dan mungkin tidak. Betul pada yang dapat suami dan keluarga yang sama-sama berhasrat membahagiakan ayah.
Tetapi, dua kes Kak Engku ini, hampeh. Anak-anak tiri tak boleh terima dia langsung. Makanan dimasak tak diusik. Siap bagi amaran, barang dalam rumah jangan diubah disentuh.
Malah dicarut dimaki hamun ibu tiri. Depan ayah, semua kelihatan baik. Padahal anak-anak tiri ada degree weh. Bukan tak sekolah.
Ads
Pabila kawan Kak Engku minta suaminya nasihati anak-anak, dia pula yang kena marah konon tak boleh bertolak-ansur. Suami tetap percaya, anak-anaknya baik semua.
Tetapi Kak Engku percaya kawan ini kerana pernah sekali, dekat rumah Kak Engku kawan itu hulurkan makanan kepada anak tirinya.
Mak aih, jeling pun tidak apatah lagi menjamah. Mata tak beralih dari telefon di tangan. Anak tiri itu, cikgu yang sudah berusia 30-an bukan budak 3 tahun!
Bukan cuma kerenah anak-anak tiri yang menentang perkahwinan mereka tetapi bekas ipar duai suaminya dan adik-beradik suami juga membuatkan beliau tawar hati untuk teruskan perkahwinan lalu memilih untuk kembali bersendiri.
“Macam mana nak tua bersama kalau macam ni? Aku boleh sakit jantung.” Adunya kepada Kak Engku suatu hari.
Ayah Akhirnya Bercerai Selepas Kahwin Lain
Dipendekkan cerita, mereka bercerai. Cerita kawan sorang lagi, lebih kurang sama juga.
Ads
Ok, kali ni Kak Engku nak bagi tazkirah biawak kepada anak-anak yang tak setuju ayah menikah lagi selepas emak meninggal.
Eh, Kak Engku nak tanya anak-anak yang tak suka ayah menikah lagi dan yang tergamak kata ayah gatal, sudah tua-tua tapi masih hendak menikah itu. Soalan Kak Engku, awak faham erti sunyi?
Awak boleh nampak hati orang tua? Belum campur keperluan biologi dia. Awak ada masa nak teman ayah hari-hari?
Ayah Kahwin Sebab Sunyi
Kenapa kejam sangat kata itu, ini pada insan yang sudah sedaya-upaya penuhi kehendak awak dari tapak kaki sebesar dua jari sampai jadi manusia macam sekarang. Kalau dia menikah baru pun, dia mintak duit anak-anak ke?
Awak sendiri telefon tak lepas tangan. Nak berhibur, huha… huha… dengan kawan, kekasih atau pasangan serta anak-pinak. Reti pulak awak mintak dilayan.
Nak bermanja dengan anak bini sedangkan ada makhluk Allah yang sepatutnya awak hargai, makan hati kerana awak tak bagi dia menikah.
Dan, awak tak nak pun duduk dengan orang tua sama ada di kampung atau di bandar sebab pasangan awak tak suka mentua ada dalam rumah sebab dia kata orang tua menyekat kebebasan.
Namun awak berkeras hendak mereka duduk dengan awak. Alasan, awak kerja, tak ada masa nak balik kampung selalu.
Ads
Ayah Trauma Duduk Rumah Anak
Awak tahu macam mana traumanya orang tua duduk dengan anak menantu yang tak reti nak jaga hati dia? Sentuh itu tak boleh buat ini salah.
Bukan kebebasan kalian yang terganggu tetapi kehidupan mereka yang terbelenggu. Selalu makan hati sebab dia rasa dia menumpang.
Rumah itu rumah orang. Rumah dia buruk atau kecik pun, itu rumah dia. Dia bebas buat apa saja. Kebebasan itulah kebahagiaan. Faham tak?
Pusing kiri kanan pun, kesimpulan yang dapat dibuat, sebenarnya awak takut harta ayah jauh ke tangan ibu tiri. Sadis!
Dah ada degree sampai dapat kerja elok, harta ayah juga yang ditamakkan. Jelas, ijazah tidak mencerdikkan akal malah membuatkan kalian makin pintar membikin tipu daya semata-mata untuk rebut harta pusaka. Memalukan!
Jangan Teruja Kahwin
Kesimpulannya, kepada gadis yang masih solo jangan teruja sangat nak menikah dengan duda beranak-pinak. Atau yang konon berhasrat mencari kawan sama-sama ke masjid.
Esok-esok nikah tak sampai sekali mengundi alih-alih jadi ‘mantan isteri’ orang. Elok suka ria hidup, terjatuh ke gaung kemurungan. Itu tak masuk lagi yang tiba-tiba suami sakit jantunglah, darah tinggi kencing manis.
Elok awak tidur 6 jam tanpa gangguan sebelum tu, kena pulak jaga orang sakit. Jadi misi tak berbayar. Anak-anak dia lepas tangan sebab awak sudah ada.
Dulu ada pembantu rumah digaji untuk bapa, sudah diberhentikan sebab katanya awak sudah ada. Jadi, awak tu apa? Misi tak bergaji dan pembantu rumah percuma. Gitulah lebih kurangnya. Tak berbaloi langsung.
Itu belum masuk kiranya awak pun berduit. Bergaji tetap, berpencen. Silap-silap, duit ringgit atau harta awak pulak kena sailang!
Sekian. Harap anak-anak yang takut sangat harta bapa jatuh ke tangan ibu tiri tu, Kak Engku nak pesan satu je, ingatlah mati eesok awak bawak kain putih saja.
Sekian, wassalam. Foto : pulut berinti.
MW: Sebagai anak salami apa dalam hati seorang ayah, kehadiran anak-anak sudah tentu tak akan sama dengan kehadiran seorang “isteri” di sisi. Jangan jadi anak yang “selfish”.
Penting sebenarnya pastikan kemas dapur bagi bersih sebelum mak-mak masuk tidur. Kalau lah isteri tak larat sangat dah nak kemas, suami ambil lah tanggungjawab kemas bersih dapur. Terutama dalam sinki rumah anda tu.
Jangan bagi ada walau seketul pun pinggan atau cawan tak berbasuh. Bak kata Khairul Abdullah ini, dapur itulah nadi rumah tangga. Dan penentu mood untuk masak sedap esok pagi dan seterusnya.
Antara benda yang aku paling malas, namun aku paksa diri buat setiap malam adalah kemas dapur. Kenapa aku paksa diri?
Sebab, dapur ni menentukan mood aku esok pagi. Kalau bangun pagi pergi dapur dan tengok segala mangkuk pinggan dalam sinki dan segala mak nenek benda ada atas table top tu maka aku terus hilang mood.
Bukan setakat hilang mood, stress pun ada, malas pun ada dan meluat pun ikut serta. Mood pagi biasanya akan menentukan mood kita seharian. Jadi sebolehnya aku nak mood pagi aku best-best sahaja. Bangun pagi ke dapur nampak semua kemas elok maka semangat sikit nak buat breakfast, semangat nak plan masak apa, semangat sikit nak mulakan hari.
Penting Kemas Dapur Sebelum Tidur
Anak-anak bangun dan terus sepahkan living room tu pun aku cool jer sebab mood aku baik. Tapi kalau dapur berselerak dan budak-budak tu tambah lagi sepah maka beranginlah aku hari tu.
Dapur ni bagi aku adalah nadi sebuah rumah atau ibarat “engine room” bagi sebuah kapal. Kalau yang ni semua ok, Insha-Allah yang lain ikut ok.
Sebab tu walaupun malas tahap tak boleh bincang dah atau aku tertidur awal, aku akan bangun malam dan gagahkan diri turun ke bawah dan kemaskan jugak.
Sesungguhnya dapur itu pemberi bahagia. Majulah dapur untuk keluarga.
P/s. Para suami yang asyik geledah dapur lewat malam tu mohon kemas balik dan basuh pinggan lepas makan supaya isteri korang tak bad mood esok pagi.
Sekian.
MW : Rasulullah pun ada sebut, meninggalkan pinggan mangkuk tak berbasuh sebelum itu mewarisi kepapaan. Jadi, nak kaya murah rezeki, kenalah kemas bersih pinggan mangkuk tu sebelum tidur ya.
Anak bongsu Sheila Rusly selamat bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon senior Sheila Rusly yang selamat menerima menantu kedua. Anak bongsunya Luth Mikail Azman telah selamat bernikah dengan gadis mualaf yang bernama Beatrice Chitra bertempat di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.
Anak Bongsu Sheila Rusly Selamat Bernikah
Perkhabaran gembira itu dikongsi sendiri oleh Sheila yang memuatnaik video di akaun Instagamnya di mana mempelai di atas pelamin menggayakan persalinan serba putih.
Malah Sheila juga turut memuatnaik momen malam berinai bersama ahli keluarga serta kenalan terdekat dia dan suaminya, Azman Yahya atau Jinggo.
Menantu sulungnya, juga pelakon Elisya Sandha juga tidak ketinggalan mengabadikan hari bersejarah pasangan terbabit dalam laman sosialnya.
Suasana meriah jelas tergambar sepanjang acara yang menyaksikan bakal pengantin duduk pentarana sambil berinai.
Untuk rekod, sekitar Ogos tahun lalu Sheila pernah memberi bayangan bakal bermenantukan Beatrice. Mereka sekeluarga juga pernah menemani wanita terbabit mengucapkan syahadah memeluk Islam di sebuah masjid.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dinafikan memang penting disiplinkan anak, tetapi mak ayah jangan ambil ringan bab-bab lain terutamanya adab. Dalam banyak-banyak perkara, baba dab perlu diberi perhatian.
Lagi satu, penting disiplin anak, tapi ikutlah kemampuan anak kita dan jangan jadikan anak orang sebagai penanda aras.
Ikuti perkongsian Khyer Hameed ini dan hadam baik-baik ya kerana lain anak lain caranya:
Penting Disiplinkan Anak
Ada orang berjaya disiplinkan anak dia supaya tak masuk dapur. Ada orang rumah kemas macam muzium walaupun ada anak kecil.
Kemudian tuduh orang lain yang rumah bersepah macam rumah aku ini adalah orang yang gagal nak disiplinkan anak.
Ada orang berjaya disiplinkan anak tidur asing dari umur 3 tahun. Ada orang berjaya ajar anak-anak membaca dari umur 3 tahun.
Disiplinkan anak itu penting. Aku pun setuju. Tapi kita sebagai mak ayah pun kena ‘screen’ kemampuan anak kita.
Ajar anak untuk kemas mainan selepas main. Insyallah boleh dibuat slow-slow. Ajar anak basuh pinggan selepas makan. Pun boleh buat insyallah, perlahan-lahan.
Tapi semua pun ikut fasa kemampuan anak kita. Mungkin ada yang sudah faham arahan dari umur setahun lebih untuk kemas mainan lepas main.
Jangan Jadikan Anak Orang Penanda Aras
Dan anak kita pula sebaya tapi belum boleh lagi nak kemas selepas main. Kita jadikan anak orang itu sebagai penanda aras, kita akan stres.
Tak payah letak penanda aras pada anak orang. Terutama untuk perkara yang advance.
Yang penting adalah rujuk panduan keupayaan anak-anak yang Kementerian Kesihatan dan WHO sediakan. Pastikan anak-anak kita tak ketinggalan untuk keupayaan asas bagi kanak-kanak sebaya mereka.
Tak Perlu Ikut Cara Orang Disiplinkan Anak
Kita kalau tengok anak orang yang advance bijaksananya, kita yang akan stres. Macam anak Dr Sheikh Muzaffar tu. Kalau kau tak rajin macam dia, kau redha sajalah ajar dan disiplinkan anak-anak ikut cara kau.
Cuma pada aku, kalau anak kau hebat dan bagus dalam disiplin sampai rumah kau mampu kemas seperti muzium 24 jam.
Tak payah nak perlekehkan orang lain yang anak dia bebas keluar masuk dapur main bawang bawa ke depan ruang tamu dan godek-godek bawang dengan limau dalam loyang kek.
Kau dengan cara sendiri, orang itu dengan cara dia. Anak-anak berdisiplin yang mampu kekalkan rumah teratur 24 jam, mungkin sesuai masuk Cheong A Arts School.
Notakaki : Cuma paling penting, mak ayah kena ajar anak-anak adab dekat rumah orang. Jangan biar anak-anak buat perangai rumah sendiri di rumah orang. Bukan ajar mereka jadi “fake”. Tapi ini namanya adab.
MW: Didiklah anak mengikut acuan dan kemampuan anak masing-masing. Jangan terlalu meletak harapan terlalu tinggi pada anak. Apatah lagi membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain, itu dinamakan menyusahkan diri.