Bila duduk beramai-ramai dengan mak ayah, adik beradik, ipar duai di bawah satu bumbung, permulaannya memang seronok belaka, namun lama kelamaan jika beberapa perkara diambil ringan, yang ‘mewangi’ mula jadi ‘busuk’. Silap-silap boleh timbul pergaduhan dan persilihan faham dalam keluarga.

Ada perkara yang patut dilakukan dan dielakkan untuk mengekalkan keharmonian dalam hubungan kekeluargaan, bila tinggal sebumbung ni.

Jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini apa yang perlu kita lakukan jika kita duduk ramai-ramai bawah satu bumbung.

1. Barang Dapur (Mentah dan Kering)

Sama-sama kena beli, kena tambahkan apa yang kurang dalam rumah tu…tak boleh setiap bulan, hanya 1 keluarga sahaja yang keluarkan duit belanja untuk barang-barang tersebut dan yang lain-lain hanya guna apa yang ada dalam peti ais, di dapur dan bawah tudung tu. Jangan bagi alasan anda bergaji rendah untuk ditanggung orang lain…kalau dah berkeluarga dan hidup ramai-ramai bawah 1 bumbung, semua tetap kena keluarkan bahagian masing-masing.

2. Pakaian Kotor

Ambik bakul, letak dalam bilik masing-masing. Baju-baju kotor, longgokkan dalam bakul tu dan bila ada masa lapang, hari cuti, sendiri yang basuh, sendiri yang jemur dan sendiri yang lipatkan. Jangan longgok atau letak dalam mesin basuh dan biar. Orang lain nak guna mesin basuh tu dan takde siapa yang bermurah hati sanggup tolong basuh, jemur dan lipat baju-baju awak setiap hari…diorang bukan orang gaji awak.

3. Pinggan Mangkuk

Dah guna, basuh. Jangan letak dalam sinki sahaja sebab sinki tu bukannya jenis automatik basuh pinggan dengan sendirinya…perlu ada manusia untuk basuh pinggan mangkuk yang diletakkan dalam sinki tu.

Bila Duduk Ramai-Ramai Bawah Satu Sebumbung,SEMUA Tetap Kena Keluarkan Bahagian Masing-Masing

Ads

4. Makanan

Apa yang awak nak makan, masak sendiri. Jangan tunggu orang lain untuk masak mengikut selera awak.Bila orang sibuk kat dapur, jangan awak sibuk tengok tv.Masuk dapur, buat kerje sekali.Jangan time makan ja nampak muka, kalau nak makan sedap-sedap dan tak nak orang lain tumpang, makan kat luar. Bila dah balik, jangan cerita apa yang awak makan…lagi bagus, kalau boleh tapau, bungkus makanan tu untuk orang lain pun rasa sorang sikit.

5. Kebersihan

Kebersihan rumah yang banyak keluarga bawah 1 bumbung adalah tanggungjawab bersama.Nampak rumah kotor, bersihkan…nampak rumah tak kemas, kemaskan…walaupun awak bekerja dan ada orang lain yang tak bekerja tinggal situ, itu bukan alasan untuk awak tak bersihkan rumah, tak kemaskan rumah…awak tetap kena jaga kebersihan rumah tu bersama-sama.

6. Anak-Anak

Jaga dan kawal tingkah laku anak-anak sendiri. Jangan biar anak-anak tu buat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain marah. Jangan bagi anak-anak ganggu privacy keluarga lain yang ada sekali disitu. Jangan bagi anak-anak rosakkan harta benda yang ada dalam rumah tu. Jangan bagi anak-anak buat sampah dalam rumah tu.

Ads

7. Privacy

Apa yang keluarga lain nak buat, nak beli, nak pergi mana-mana pun, itu hak sepenuhnya diorang dan awk tak berhak nak masuk campur urusan keluarga tu walaupun tinggal sama-sama bawah 1 bumbung. Itu hal keluarga diorang dan awak jaga hal keluarga awak sendiri.

Duduk ramai-ramai bawah 1 bumbung ni sebenarnya tak digalakkan namun jika ada penghalang untuk tinggal berasingan, maka silalah patuhi do and don’t yang disenaraikan. Usahakanlah untuk cuba bina keluarga sendiri di tempat berasingan, di bumbung berlainan tanpa perlu menumpang tinggal ramai-ramai di bawah 1 bumbung.

Banyak mudarat dari manfaat.

Ads

Baca Lagi Di Sini:
Selisih Faham Ipar Duai Dan Biras, Makan Hati Bertahun-tahun Sebab Nak Jaga Hati

Jangan Sebab Ipar Duai Tak Suka, Kita Bercerai Dengan Pasangan!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, terutama yang ketika ini terkandas di kampung ‘terpaksa’ duduk beramai-ramai, tinggal bersama-sama di bawah satu bumbung. Perlu saling bertolak ansur, lebih bertimbang rasa patuhi ‘pantang larang’ yang dikongsikan ini, agar lebih bahagia dan tenang walaupun tinggal beramai-ramai.

Sumber:Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI