Bila bersilaturahim dengan orang disekeliling, pastinya kita akan bertemu dengan soalan prihatin “bila nak kahwin” (bagi yang masih bujang) dan “bila nak ada anak” (bagi yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Mengikut Prof Datuk Dr. Muhaya, cara untuk mendepani soalan sebegitu adalah dengan menjaga pertuturan dan menjawab dengan berhemah.

Jaga tutur kata dan jangan bersikap negative dengan membalas soalan sebegitu dengan jawapan sinis. Sebaiknya dan secara profesionalnya, jawablah soalan seumpama itu dengan jawapan, “mohon doakan saya cepat bertemu jodoh yang baik,” ataupun “doakan saya semoga saya dikurniakan zuriat yang baik,”.

Allah S.W.T ada berpesan, jika kita mahukan sesuatu dan berkeinginan, mohon dan berdoalah pada Allah. Insya-Allah bila tiba masa dan waktu yang tepat, doa kita dimakbulkan . Perkongsian manis dan menyejukkan jiwa ini dikongsikan oleh pakar motivasi terkenal, Prof Datuk Dr. Muhaya menerusi Instagram rasminya. Beliau akan berkongsi perkongsian menarik menerusi slot istimewa yang dikendalikan bersama  Siti Elizad secara bergilir-gilir setiap minggu. Selain beliau, Datuk Fadzilah Kamsah, Prof. Dr. Muhaya dan Imam Muda Asyraf turut diundang bagi mengupas isu yang bersesuaian sempena keberkatan Jumaat dalam slot Inspirasi & Kerohanian serta Motivasi.

IKLAN

Temui beliau dalam program bula bicara Mingguan Wanita ini berdurasi 60 minit dan bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 11 pagi  di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121). Program bual bicara Mingguan Wanita ini juga boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan on demand.

IKLAN

 

IKLAN

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI