Pelakon yang juga bergelar isteri dan ibu, Lisdawati, 42 kini lebih matang dalam menangani permasalahan yang mendatang. Isteri kepada Fauzi Nawawi jua akui apabila diberikan ujian oleh Allah SWT, dirinya lebih senang untuk bermuhasabah dan mencari kesilapan diri sendiri.
“Bukan dalam kehidupan rumah tangga sahaja, tetapi juga masalah dalam keluarga. Kalau ada ujian yang datang, saya lebih senang fikir apa salah yang saya dah buat. Saya juga sering mengingatkan diri saya bahawa kematian semakin dekat. Dengan cara itu, saya tak suka berdendam sebaliknya berbincang untuk menyelesaikan masalah,” katanya seperti mana di petik menerusi Sinar Plus Hiburan.
30 Hari Pasang Badan, Patutlah Lisdawati Maintain Walau Anak Dah 4 Orang!
Kata Fauzi, DATING Dengan Isteri Itu Cara Perbaharui Lesen Cinta, Barulah Sweet
Alirkan Air Mata
Tambahnya lagi, dalam setiap masalah dia lebih senang mengadu kepada Allah agar hatinya tenang dan tenteram.
“Macam saya kalau tidak dapat mengadu dengan seseorang yang lebih dekat, saya akan mengadu dengan Allah. Kadang-kadang bila kita mengadu kepada Allah, saya akan menangis dan perasaan itu datang secara tiba-tiba,” ungkapnya.
Menceritakan Soal Komunikasi Dalam Keluarga
Lisdawati juga menerangkan luahannya di Instagram baru-baru ini hanya menceritakan soal komunikasi dalam keluarga dan bukan berkaitan keretakan rumah tangga. Pelakon yang membintangi drama Light & Love ini juga berkongsi sebahagian daripada ilmu yang diperoleh ketika membintangi drama bersiri tersebut.
“Saya pun ada keluarga besar yang mana saya sendiri ada masalah komunikasi. Jadi, entri itu adalah nasihat untuk diri saya dan semua orang jika ada masalah apa patut buat, nak simpan, jaga hati atau perbetulkan. Jadi saya ambil langkah untuk duduk berbincang dan mendengar luahan orang lain juga. Alhamdulillah permasalahan itu dapat diselesaikan dalam tempoh kurang tiga hari.
“Dengan Abang Fauzi juga tiada masalah dan kami saling memahami. Apa jua kisah yang datang sebelum ini, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi dan menguatkan lagi hati saya untuk menghadapi ujian pada masa akan datang,” katanya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/category/hiburan/
Foto: Instagram Lisdawati
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/