Masa muda-muda dulu, kalau boleh semua benda kita impikan dan ingin miliki. Berangan-angan untuk kepuasan diri sendiri. Tapi bila dah tua, perasan tak semua ini dah tak perlu dah. Cuma sekarang nak rilek dan ‘chills’ saja.
Baik masa muda, kalau boleh nak ‘perfect’ dan terbaik untuk diri sendiri. Masa itu jugalah berangan untuk dapat sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia dengan kemeriahan anak-anak.
Ini belum lagi dalam bergaya dengan pakaian lip lap-lip lap. Tak nak mengalah ni, apa saja yang juga, kalau boleh semua nak dibeli. Cuba lihat sekarang, bila dah tua, rasanya semua itu tak perlu kot.
Cukuplah dengan apa yang ada. Dikelilingi anak cucu dan bahagia dengan pasangan pun dah cukup. Tak perlulah nak berlagak macam orang muda, cukup-cukuplah dengan kita lalui sebelum ini.
Zaman dah berubah dan kita semakin berusia. Bergayalah dengan cara kita sebagai orang tua. Antara perkongsian daripada Latifah Mohamad ini yang boleh dikatakan bila dah tua ni, jadilah diri kita yang sebenar.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Dah Berusia, Nikmatilah Hidup, Jangan Susahkan Diri Fikir Anak, Dia Ada Kehidupan Sendiri
Perempuan Makin ‘Menua’, Tiada Lagi Nak ‘Bersuka Ria’, Cuma Hidup Nak Tenang-Tenang
Kalau dulu-dulu kita impikan rumah yang kita miliki besar, ada bilik cukup bilangan anak satu sorang, dapur pulak nak wet kitchen, dry kitchen. Ada bilik khas buat surau, bilik membaca, bilik kerja, bilik tetamu, bilik itu bilik ini, ruang itu ruang ini!
Bila usia tua, kita mulai nak rumah yang seminimum mungkin kecil, cukup ruang dekat-dekat, tak perlu berjalan jauh-jauh sebab dah tak larat. Kita mulai terfikir bagus betul kalau rumah kita sekarang dekat dengan surau atau masjid.
Kalau dulu, kita sering impikan dapat travel sana sini, melancong ke serata negara melihat kecantikan negara orang. Seronok bila setiap kali dapat travel dan bercuti.
Bila kita tua, lain pula citarasanya. Dah tak kisah dan ghairah untuk terbang sana sini melainkan dua tempat sahaja kita sentiasa nak pergi iaitu Mekah & Madinah.
Itulah satu-satunya destinasi yang kita rindui.
Kalau dulu kita saling tanding menanding bertukar kereta. Dah ada H, kita impikan Merc. Dah dapat Merc mari pula nak kereta peti sejuk, kemudian ferari lah, ada je silih berganti.
Bila kita dah tua, kita cuma inginkan kereta yang paling mudah maintain dan service, asal sampai jer ke mana kita tuju, lain-lain tak penting dah. Kalau ada pun kereta kayangan kita lebih senang simpan jer kat garaj, pakai sekali sekala, last-last sekong kat situ bagi jer kat anak-anak bawak.
Kalau dulu dapat shopping cukup seronok dan happy seolah dapat bonus. Bila dah lanjut usia, kita tak teruja lagi. Kita lebih suka duduk santai-santai minum kopi kat cafe sambil berbual santai-santai bercerita.
Selain kebanyakan barang kita dah ada, juga telah lali melalui fasa membeli membelah ni, dah tak ambik kisah dah!
Kalau dulu kita sangat pentingkan imej, gaya dan penampilan berpakaian, tudung yang sempurna dan warna yang sepadan, kini kita lebih gemar pakaian yang selesa dan tudung paling simple dengan warna tak sama pun tak mengapa !
Kalau dulu semua gaya tudung kita ada, yang lilit, ropol, pin, kembang, kuncup semua fesyen kita nak. Sekarang yang sarung sekali saja juga yang kita pakai. Lain-lain dah masuk almari tunggu untuk disedekahkan.
Kalau dulu cepat saja kita baran, pantang silap nak berdebat, berhujah mana betul, siapa kalah. Bila dah tua, kita banyak diam dan mengalah. Malas dah nak bergaduh, biarkan mereka menang, kita hanya nak tenang-tenang saja.
Masa muda, semua penyanyi kita tahu, lirik lagu hafal, rap kat bilik air pun mampu ingat! Filem, neflex , movie, semua tahu.
Bila usia emas, kita mudah letih dan mengantuk. Tak ghairah movie apa pun sesekali tengok jugaklah filem tamil untuk gelak seronok. Banyak waktu kita mulai beralih kepada al Quran, kitab, hadis dan riwayat. Tak ambik tahu dah pasal lagu ke, artis ke, malas !
Dulu kita sentiasa busy, rumah hiruk pikuk dengan suara tangis, teriak, gaduh anak-anak rasa nak sangat rumah sunyi dan tenang, fikiran tak keletihan.
Bila dah tua, anak-anak dah dewasa ada kehidupan sendiri, rumah terasa sunyi dan sangat sepi. Kita mulai rindukan bising suara anak macam dulu dan rindukan nostalgia itu!
Dulu-dulu kita nak makan sedap, baratlah, korea lah, timur tengah lah, jepun lah.
Semua ingin rasa, nak cuba, sukalah McD, KFC, pizza, dan sebagainya, western punya.
Sekarang selera kita bertukar, paling sedap tetap sambal belacan, nasi panas ikan goreng!
Waktu muda kita asyik sembur sapu perfume sana sini kasi wangi. Bila tua, kita asyik-asyik sembur minyak angin buat hilang kebas sana sini.
Bila dah tua, kita hanya rindukan anak-anak dan berharap kepulangan mereka .
Bila dah tua kita hanya berdua dengan pasangan sahaja untuk menjadi teman.
Bila dah tua kita semakin dekat dengan Pencipta.
Bila dah tua, jangan lah duk tiru gaya orang muda-muda kerana kita tiru macamana sekalipun tetap tak sama, kita tetap kelihatan tua ! Lebih manis jadi diri sebenar, orang tua, tapi orang tua yang anggun bergaya!
Mingguan Wanita : Bila dah berusia ni, nak hidup tenang-tenang saja. Malas nak fikir yang remeh temeh, buat sakit kepala saja. Tak perlu cari penyakit sangatlah.
Sumber: Latifah Mohamad
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita