Zaman bercinta mahupun baru berkahwin, biasanya semuanya indah-indah belaka, orang kata ‘kentut pun bau wangi’. Bila dah bertahun-tahun berkahwin kita semakin kenal pasangan, barulah nampak ‘rupa sebenar’. Yang dulunya manis-manis kini mungkin jadi kelat dan pahit. Lebih parah bila lihat lebih banyak keburukan yang pasangan ada berbanding kebaikan yang di pernah lakukan.
Jika dalam situasi ini, titipan pesanan dan nasihat oleh Imam Muda Asyraf ini boleh dijadikan panduan;
Selepas arahan agar ‘Bergaul baiklah bersama pasangan kamu’, Allah menyambung dengan mesej selepasnya agar kembali mengenang dan berfikir dengan lebih mendalam bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga seperti tercatat di Surah An-Nisa ayat 19 :
“Jika kamu tidak menyukai mereka maka boleh jadi kamu membenci sesuatu (beberapa perkara tentang pasangan) padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.”
Lupakan Keburukan & Fokus Kebaikan Pasangan
Ayat ini memberi gambaran, apabila kita sudah lama berumahtangga pasti sesama pasangan akan terbuka keaiban, sifat-sifat jelik serta kekurangan. Maka ketika itu Allah menyuruh kita melupakan kejelekan pasangan dan fokuskan kepada apa yang baik pada pasangan.
Ads
Selari dengan apa yang disebut di dalam Sahih Muslim :
عن أبى هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِىَ مِنْهَا آخَرَ “
Maksudnya : Dari Abu Hurairah Rasulullah saw. bersabda : Seorang suami mukmin tidak boleh membenci isteri mukminah, sebab apabila dia membenci satu akhlak dari isterinya tersebut maka dia pasti redha dengan akhlaknya yang lain (HR. Muslim).
Ads
Ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw mengajarkan kita untuk bersikap positif dan tidak hanya melihat kekurangan orang lain saja. Tetapi juga kelebihannya.
MW: Semoga pesanan ini bermanfaat buat pasangan suami isteri dalam melayari rumahtangga. Banyakkan bertolak ansur dan memaafkan pasangan, lupakanlah keburukan dan kesilapannya. Lihatlah kebaikan yang pasangan telah berikan dan terimalah sikap buruk yang dia ada selagi tidak bertentangan dengan syariat. Barulah rumahtangga aman harmoni dan saling meredhai.
Harap jadi doa, letak nama anak ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’, ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’.
Setiap kali kelahiran anak, nama yang dipilih bakal diberikan memainkan peranan penting dalam membawa harapan dan maksud yang baik buat si anak. Atas pengharapan yang tinggi kehidupan anak baik-baik sahaja membuatkan mak ayah ini memilih nama yang cukup unik dan dianggap sebagai doa.
Pasangan adik beradik di Brebes, Jawa Tengah menjadi perhatian pelbagai pihak, termasuk media tempatan susulan mempunyai nama yang cukup unik.Nama mereka tidak seperti kebanyakan orang lain, bahkan kedengaran seperti kalimah.
Nama pasangan adik-beradik itu adalah Lalu Dunia Pun Tersenyum, 12, dan adiknya, Dan Semuanya Menjadi Indah, 6 tahun.
Kedua adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa mereka di Desa Dukuhturi, Brebes.
Bapa kepada adik-beradik itu, Fajar Setiawan, 38, mengakui nama anak-anaknya sudah tular dalam media sosial dan mereka mula menjadi perhatian pelbagai pihak.
Fajar memberitahu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut.
“Saya sedar bahawa satu hari nanti, nama anak-anak saya akan tular dan menjadi perbincangan masyarakat.
“Saya memang pilih nama itu sebagai doa yang baik-baik untuk anak-anak saya.
“Kalimah itu bermaksud yang baik, jika kita menyebutnya selalu, maka ia menjadi doa,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.
Pilih Bahasa Indonesia
Fajar menceritakan, ibu bapanya pernah membantah untuk dia menamakan anak-anaknya menggunakan kalimah.
Jelasnya, ibu bapanya meminta dia menggunakan bahasa Arab, namun menolak cadangan itu, malahan memilih bahasa Indonesia.
“Saya yakin, tidak apa bahasa sekali pun, jika maksudnya baik, maka baiklah jadinya. Allah juga Maha Mengetahui,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Setiap ibu bapa pastinya mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Setiap kata-kata memang menjadi doa. Doakan yang terbaik nama pilihan mak ayah ini.
Bukan semua isteri berpeluang jadi ‘lady of leasure’. Ramai yang terpaksa bekerja semata-mata nak ringankan beban kewangan suami. Walau bekerja, isteri tetap jalankan tanggungjawab urus anak-anak di rumah.
Dia tak merungut sebab faham susahnya suami. Bila dah bekerja, urus anak, urus kewangan, macam-macam benda bermain di fikiran, makin kusutlah perasaan. Cantik isteri pun tak lama mana kekal. Ditambah bebanan stress lagi bertambah ketatnya wajah isteri.
Oh, tapi berapa ramai suami yang faham. Sebab itu ada suami yang bertanyakan pandangan pada motivator terkenal, Ustaz Ebit Lew. Bila mana isterinya sudah tidak cantik, selekeh malah mula marah-marah. Semua itu bersebab.
Bacalah Ini Wahai Suami..
Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit, layanan mereka tidak sempurna..
Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya..
Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. 24 jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.
Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibuayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.
Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.
Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.
Isteri Rasa Sedih.. Menangis Dan Menangis
Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati.
Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.
Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami.
Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..
Isteri sepanjang malam rasa bersalah…itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..
“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..”saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..
Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..
Sayangilah Isteri Kita, Maafkanlah Mereka.
Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk.
Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang.
Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw.
Mereka bukan tukang masak. Bukan bukan bibik. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.
Itulah kehidupan rumahtangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah.
Syukur kepada Allah, bila jalan tadi tengok buku isteriku Bidadari walau dah tahun ke 3 di pasaran masih top 5. Sentiasa menjadi buku terlaris..terima kaseh Allah. Terima kasih Allah.
Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Supaya setiap suami menyayangi bidadarinya dan setiap isteri melihat kekurangan diri sebagai bidadari syurga. Isteriku Bidadari 11 kaedah bimbing keluarga.
Fasha beruntung miliki ibu mentua terbaik. Syukur alhamdulillah di atas anugerah yang tidak terhingga, begitulah beruntungnya pelakon jelita Fasha Sandha yang meluahkan rasa gembiranya apabila dianugerahkan seorang ibu mentua yang sangat baik dan penyayang.
Fasha Beruntung Miliki Ibu Mentua Terbaik
Seperti yang dikongsi menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnya, Fasha yang juga isteri kepada pelakon Aidil Aziz akui ibu mentuanya, Rokkiah Md. Noor merupakan ibu mentua terbaik di dunia.
“Ibu mertua terbaik di dunia adalah ibu mertua saya. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata manis dan mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.
“Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya itu tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata,” ujar Fasha.
Semoga Dipanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga turut menzahirkan ucapan terima kasih buat ibu mertuanya kerana menjadi ibu yang baik bukan sahaja kepadanya, bahkan juga kepada menantu-menantu lain tanpa mengira kasih.
“Kami selalu bersyukur ada ibu mentua yang baik. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia dan diberikan kesihatan yang baik. Saya sayang ibu. Kami semua sayang ibu,” luahnya.
Menjengah komen dari peminat, ramai yang turut memuji ibu mentua Fasha.
Zuzueliana – tengok muka pun nampak tenang dan manis sangat
Dearaziansweet – Selamat Hari Lahir kepada mak cik. Semoga murah rezeki, panjang umur. Dari riak muka mak cik jelas nampak seorang ibu yg baik, berseri.
Nurfadilahmohdnor – Happy birthday MakLong. maklong mmg.. lembut, pelawak, happy go lucky, suka menggembirakan org.. semoga Allah kurniakan kebaikan buat maklong dunia akhirat
lily.frangipani – Air muka MIL Kak Fasha pun mengambarkan memang dia MIL yang baik.
Chintanorlaila – The best mil in the world, my mother in law too
haidziro_lady_roger – Sgt manis & bercahaya, penuh dgn senyuman. Sbb tu awet muda. Hargailah jika kita dikurniakan ibu mertua yg baik, mmg rezeki
Sumber /Sumber Foto : Instagram Fasha Sandha
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...