Bila Dah Jadi Mak-Mak, Baru Amyra Rosli Tahu Sedihnya Tinggalkan Anak

Share

Sebelum ini mungkin perasaan itu tidak pernah berkunjung tetapi bila dah jadi mak-mak ini barulah pelakon drama bersiri NUR, Amyra Rosli merasai bagaimana perasaannya bila terpaksa tinggalkan anak untuk menjalani shooting drama atau keluar bekerja. Rupanya sedih pabila tinggalkan anak.

Momen bergelar ibu sudah tentu pengalaman terindah buat setiap wanita. Perkara ini turut dirasai oleh pelakon Amyra Rosli. Ternyata biar pun bukan mudah, namun dirinya percaya setiap momen yang tercipta bakal menjadi kenang-kenangan buatnya dan si comelnya, Aqeef Anaqi.

Setelah lama mendiamkan diri setelah melalui fasa kelahiran dan berpantang, kini Amyra Rosli kembali aktif. Berstatus bujang dan kemudian bergelar isteri serta tidak lama kemudian bergelar seorang sudag tentu sebuah perjalanan yang mengujakan buat Amyra.

Berkesempatan menemuinya di pertunjukan fesyen koleksi Anggun Raya Mek Kembang Cotton X Amyra Rosly di Hotel Everly, Putrajaya, penulis cuba berkongsi pengalamanya bergelar ibu muda.

Mingguan Wanita: Bukan mudah rasanya bagi insan seni meninggalkan anaknya tatkala baru sahaja bergelar ibu. Bagaimana Amyra melaluinya

Amyra: Bukan mudah sebenarnya, tetapi setelah mencecah usia lima bulan Anaqi lebih mudah diuruskan. Saya juga tidak risau lagi apabila keluar bekerja dan lebih mudah apabila ibu saya menjaganya. Jadi perkara ini banyak mudahkan saya sebab Anaqi pun telah saya biasakan dengan ibu saya sejak awal. Kadang-kadang Aqeef sendiri keliru mana satu mamanya kerana lebih banyak masa dihabiskan bersama neneknya.

Mingguan Wanita: Rutin seorang ibu akan menyusukan anaknya secara eksklusif, adakah Amyra melakukan perkara yang sama?

Amyra: Tidak dinafikan di awal kelahiran, Aqeef memang banyak berkepit dengan saya dan menyusu badan sepenuhnya. Mujur juga dia jenis mudah terima perubahan dan tidak kuat merengek. Namun apabila dia makin membesar, saya cuba berikan dia susu formula di samping susu badan. Perkara ini adalah persediaan sebelum saya kembali aktif dalam dunia lakonan kembali kerana saya tidak mahu sebarang masalah berlaku kelak.

Mingguan Wanita: Sepanjang bergelar ibu, pernah berjauhan dengan anak?

Amyra: Kali pertama adalah saya tinggalkan dia ke Bangkok bersama Ammar Baharin. Segalanya tidak dirancang, Amar yang belikan tiket kerana dia ada penggambaran di sana. Selama ini pasti seronok setiap kali bercuti, kini sebaliknya. Saya menangis setiap kali teringatkan Aqeef sepanjang empat hari berada di sana.l pantang ada wifi, saya akan facetime dengan Aqeef. Baru terasa begitu rupanya perasaan apabila berjauhan dengan anak.

 

Mingguan Wanita: Sebagai ibu muda, pasti banyak perkara Amyra perlu pelajari dan terokai, bagaimana Amyra maklumat mengakses maklumat sebegitu?

Amyra: Selepas bersalin, saya ada mengukuti kelas yang dianjurkan oleh pihak hospital. Dari situ saya ketahui apa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah tentang kepentingan penyusuan susu ibu.

Mingguan Wanita: Apakah momen terindah yang Amyra lalui sepanjang bergelar ibu?

Amyra: Melihat anak makin membesar dan semakin aktif juga menjadi perkara yang cukup bahagia buat ibu-ibu. Rasa tidak mahu terlepas mengikuti perkembangan anak saya. Oleh sebab itu saya lebih selesa bawa anak ke lokasi penggambaran kerana lebih mudah dan saya tidak terlepas melihat dia di depan mata. Lagi pula, Aqeef menyusu badan. Kadang-kadang terasa lambatnya dia nak besar, tetapi kadang-kadang apabila tinggalkan cepat mula dia sudah lakukan itu dan ini.

Mingguan Wanita: Bagaimana Amyra berdepan dengan orang di luar sana yang ingin mendekati Aqeef?

Amyra: Sebenarnya saya lebih selesa untuk tidak bawa Aqeef keluar bersama kerana dirinya masih kecil. Bimbang kerana dia masih kecil dan  sensitif, sudah tentu dirinya mudah berjangkit dengan persekitaran yang tidak berapa bersih. Apabila berdepan dengan orang, memang agak susah untuk kita larang agar tidak sentuh Aqeef, jadi lebih mudah saya tinggalkan dia di rumah. Namun jika melibatkan urusan kerja yang melibatkan kami bertiga, saya terpaksa letakkan syarat untuk cuba elakkan audien yang terlalu ramai. Tenyata sejak kehadiran Aqeef Anaqi, rezeki kami makin bertambah. Alhamdulillah.

 

 

Published by
Syazwani Mehat