Macam-macam kes orang perempuan lalu di media sosial baru-baru ini, bukan setakat cerita anak remaja perempuan tetapi masalah mak orang pun tak habis-habis.
Yang selalu jadi isu, pasal isteri penat dan depress. Dan sampai satu tahap orang perempuan buat perkara yang membahayakan dirinya.
Nauzubillah… Moga penat lelah mak-mak terubat dan berbalas dengan pahala.
Buat suami-suami di luar sana, jemput selami dunia seorang perempuan daripada perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
“Ustazah hilang…? Bila?”
Terkejut saya bila kawan beritahu orang ramai tengah cari sorang ustazah ni… dia hilang…then baca balik cerita, news, rupa-rupanya agak jauh juga la dia berulang alik ke tempat keje, 100km.
Saya ni selalu juga la lalu area Seberang Jaya tu pagi-pagi, so kalau ustazah tu nak ke Balik Pulau, mungkin tiap-tiap hari dia akan mengadap jem dari Sg Dua sehingga ke Jambatan Pulau Pinang. Tapi lepas turun jambatan, tak sampai lagi Balik Pulau. Balik Pulau dalam lagi.
Tapi dia tertekan sebab jem ke? Sebab jauh ulang alik ke?
Wallahualam… Dalam cerita itu, dia tak dapat tukar tempat kerja dan malam sebelum dia hilang tu pula, dia menangis. Haa… dia menangis sebab tak dapat tukar ke? Kita pun tak tahu…
So banyak kemungkinan disebalik kehilangan ustazah ni, tapi alhamdulillah ustazah sudah dijumpai.
Sebenarnya setiap permasalahan, ada penyelesaiannya, cuma jangan lari dari masalah tu.
But the main point yang saya nak tekankan disini ialah (not related to story ustazah tu) kebanyakan wanita, especially yang dah jadi isteri, dah jadi ibu, diorang ni sebenarnya senang dan mudah untuk terdedah dengan satu penyakit yang dinamakan sebagai depression, iaitu tertekan. Tertekan jenis yang boleh menyebabkan kemurungan.
Tapi ramai suami yang kurang bagi perhatian terhadap perkara ni. Kurang sensitif… Kurang peka… Kurang aware.
Sebab apa dia tertekan?
Ini persoalannya…
Sebab kita kurang ucap terima kasih… kurang minta maaf… Kurang berkomunikasi dengan isteri… Kurang memahami isteri… kurang hargai isteri.
Isteri silap sikit je, dah kena maki hamun… Semua nak kena perfect, nak kena ikut cara kita, macam mana yang kita nak. Selalu sangt kita “tundukkan” isteri guna agama. Sebab tu banyak isteri depress, tertekan, murung dan meroyan.
Bertahun-tahun hidup sekali, tapi suami langsung tak memahami emosi isteri.
Nampak isteri menangis, tapi dalam hati anggap “nothing serious kot”, tak boleh macam tu. Bila isteri menangis, itu bermaksud dia dah tak tahan lagi dah. Pasti ada sesuatu yang menyebabkan dia menangis dan dia tak boleh tampung lagi dah apa yang dia rasa tu. Dia dah tak boleh pendam lagi dah. Dia rasa nak “meletup”.
Orang perempuan ni, bila dah buntu sangat, bila dah tak boleh fikir sangat, bila dah tertekan sangat, bila dah emosi sangat, dia lebih dari mampu untuk buat sesuatu yang kita tak jangka, yang kita tak duga.
Dia mula nk fikir bukan-bukan, buat bukan-bukan.
Itu yang selalu kita ambil mudah sebagai seorang suami. Sebab kita selalu anggap isteri “terlalu mengikut perasaan dia”… walhal kita tak pernah pun faham apa yang dia rasa.