Hampir 11 tahun menanti kelahiran cahayamata, ternyata selepas memiliki anak, rutin dan cara bekerja penyanyi No 1 negara Dato Sri Siti Nurhaliza, 40 ini turut berubah. Memandangkan Siti Aafiyah juga masih kecil baru berusia 11 bulan, menyusu badan dan memerlukan tumpuan serta kasih sayang sepenuhnya.
Perkara ini turut diakui oleh Pengurus Peribadi kepada Dato Sri Siti Nurhaliza sendiri, Rozi Abdul Razak di laman instagramnya, menceritakan ‘perjalanan’ dan pengorbanan yang perlu dilalui oleh penyanyi ini dalam kerjayanya. Lebih-lebih lagi ketika mengadakan konsert besar yang berlangsung di Indonesia dan Singapura baru-baru ini.
Rozi merupakan antara individu yang paling rapat dengan Dato Sri Siti Nurhaliza, sepanjang tempoh 20 tahun bersama Siti sejak tahun 1999. Rozi juga bertanggungjawab menyelenggara jadual persembahan nyanyian, acara undangan, strategi syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan sudah pasti penasihat utama Siti.
Selaku pihak pengurusan, setiap jadual kerja penyanyi ini, diatur dan diseimbangkan dengan baik untuk tuntutan kerjaya dan keluarga, agar perjalanan seni penyanyi kesayangan ramai ini berjalan lancar dan sempurna.
“Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja.”
“Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau. Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk.”
“Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira.Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, inshaAllah semua lancar.”
“Di Singapura pada hari konsert, @ctdk dah berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyah dan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya.”
“Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati (walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat, menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu”.
“Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha”.
“Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini. Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!”
MW: Setuju sangat tindakan Tok ti ini. Walaupun bergelar ibu, keseimbangan antara keluarga dan kerjaya perlu bergerak seiring.Patutlah penyanyi ini boleh berjaya, dan perjalanan kerjayanya dipermudahkan.
Baca Disini: “Beritahulah Apa Saja Cara, Namakan Petua & Rawatan, Sebut Saja Kaedahnya, Beliau Terus Mencuba,Tanpa Henti”-Rozi