Hampir 11 tahun menanti kelahiran cahayamata, ternyata selepas memiliki anak, rutin dan cara bekerja penyanyi No 1 negara Dato Sri Siti Nurhaliza, 40 ini turut berubah. Memandangkan Siti Aafiyah juga masih kecil baru berusia 11 bulan, menyusu badan dan memerlukan tumpuan serta kasih sayang sepenuhnya.
Perkara ini turut diakui oleh Pengurus Peribadi kepada Dato Sri Siti Nurhaliza sendiri, Rozi Abdul Razakdi laman instagramnya, menceritakan ‘perjalanan’ dan pengorbanan yang perlu dilalui oleh penyanyi ini dalam kerjayanya. Lebih-lebih lagi ketika mengadakan konsert besar yang berlangsung di Indonesia dan Singapura baru-baru ini.
Rozi merupakan antara individu yang paling rapat dengan Dato Sri Siti Nurhaliza, sepanjang tempoh 20 tahun bersama Siti sejak tahun 1999. Rozi juga bertanggungjawab menyelenggara jadual persembahan nyanyian, acara undangan, strategi syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan sudah pasti penasihat utama Siti.
Selaku pihak pengurusan, setiap jadual kerja penyanyi ini, diatur dan diseimbangkan dengan baik untuk tuntutan kerjaya dan keluarga, agar perjalanan seni penyanyi kesayangan ramai ini berjalan lancar dan sempurna.
Ads
Berikut antara catatan perkongsian oleh Rozi Abdul Razak sendiri;
“Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja.”
“Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau. Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk.”
“Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira.Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, inshaAllah semua lancar.”
Ads
“Di Singapura pada hari konsert, @ctdk dah berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyah dan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya.”
“Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati (walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat, menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu”.
“Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha”.
Ads
“Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini. Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!”
MW: Setuju sangat tindakan Tok ti ini. Walaupun bergelar ibu, keseimbangan antara keluarga dan kerjaya perlu bergerak seiring.Patutlah penyanyi ini boleh berjaya, dan perjalanan kerjayanya dipermudahkan.
Media Hiburan merupakan sebuah jenama majalah hiburan terkenal tanah air. Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama ini terus subur dalam versi laman web dan juga di platform media sosial seperti Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok.
Dengan lebih 7.5 juta jumlah bacaan sebulan di laman web, jenama ini terus memacu khusus berita-berita hiburan tanah air dalam juga luar negara.
Terbaharu, sebuah program televisyen yang diberi nama Media Hiburan Throwback akan bersiaran di kaca televisyen anda. Bermula dalam versi digital, rancangan ini berjaya mencecah jutaan tontonan di platform digital dan kini ia diangkat sebagai rancangan waktu perdana di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.
Media Hiburan – Tampil Artis Terkenal
Dihoskan oleh Radin, rancangan ini akan menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan. Antaranya seperti Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahira, Awie dan ramai lagi.
Selebriti ini akan dikejutkan dengan artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka jalanan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini. Bayangkan bila photoshoot mereka 30 tahun lalu ditonjolkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar.
Memang riuh rendah dengan gelak ketawa artis dna selebriti yang terlibat di set penggambaran apabila mereka dikejutkan dengan cerita-cerita lama. Kalau nak tahu apa yang berjaya team Media Hiburan korek dari arkib sepanjang 35 tahun lalu, jangan lupa saksikan rancangan ini!
MW: Mesti macam-macam gaya dan cerita nanti. Paling best, boleh tengok gambar mereka masa muda-muda dulu.
Penghibur Legenda Rock Tina Turner Meninggal Dunia Usia 83 Tahun. Turner atau nama sebenarnya Anna Mae Bullock menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 83 tahun.
Selebriti kelahiran Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang menjadi warganegara Switzerland yang juga legenda rock duni ini menggegarkan penonton dari 1960-an dan terus mengeluarkan lagu hit sepanjang lima dekad.
Penghibur Legenda Rock Tina Turner Meninggal Dunia
Walau rasa sedih kenyataan rasmi pemergian pemenang Grammy lapan kali itu diumumkan di akaun Instagram rasmi beliau.
“Dengan rasa sedih yang besar kami mengumumkan pemergian Tina Turner.
“Dengan muziknya dan semangatnya yang tidak terhingga untuk hidup, dia memikat jutaan peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang masa depan.
“Hari ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang dikasihi yang meninggalkan kami semua karya terbaiknya, muziknya…
“Tina, kami akan merindui awak sayang,” memetik kenyataan rasmi itu.
Tina dialaporkan meninggal dunia di kediamannya di Küsnacht dekat Zurich, Switzerland pada Selasa.
Sebelum ini juga dilaporkan Tina menghidap pelbagi jenis penyakit seperti bronkitis, radang paru-paru dan pneumothorax.
Ketika hayatnya, Turner yang popular dengan lagu What’s Love Got To Do With It dan The Best itu pernah berjaya menjual 150 juta album di seluruh dunia dan memenangi 12 anugerah Grammy, selain telah diberi penghormatan di Kennedy Centre pada tahun 2005.
Penghibur legenda itu memulakan karier seninya pada 1960 ketika masih bersekolah dan menyanyi bersama Ike Turner dan kumpulan King of Rhythm. Turner mencapai status kegemilangan pada usia 40-an apabila kekal dalam undian konsert teratas ketika itu.
Pun begitu, Turner pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan kisah rumah tangganya dengan bekas suami Ike Turner akibat penderaan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan muflis, sebelum bangkit semula mencapai kejayaan walaupun sudah meningkat usia.
Alangkah beruntungnya pelakon terkenal, Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin menerima hadiah majlis persandingan gilang gemilang bernilai lebih RM100,000. Itulah hadiah teristimewa daripada sahabat baiknya, Anas Zahrin yang juga pengasas Anas Cosmetic.
Bak kata Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, Anas ini bukan semata sahabat baiknya. Malah selama 12 tahun mengenalinya, Anas sudah dianggap bagaikan adik sendiri.
Terkejut Che Ta, bila Anas tiba-tiba saja luahkan hasratnya mahu hadiahkan malam persandingan untuknya dan suami. Nak nak sekarang ini kalau buat majlis seumpama itu bukan sedikit kos yang terlibat.
Tapi itulah karektor sahabat baiknya, tidak pernah berkira dengannya walau tentang apa saja termasuklah bab belanja makan.
Hadiah Majlis Persandingan Untuk Che Ta & Zain Saidin
Nak nangis pulak kami, hampa baca jelah na.
Insan yang bertanggungjawab untuk majlis kami dari belah siang sampai malam. Orang yang kami kenal nak masuk 12 tahun persahabatan, macam macam kami lalui dengan si Anas ni.
Dari awal sebagai rakan kerja sahaja dah sekarang dah jadi sebahagian daripada keluarga, dah macam adik kami dah si anas ni.
Travel sama, shoot sama, jalan jalan sana sini sama, gelak ketawa nangis semua, calling calling 2 pagi. Macam macam lah..sahabat & adik kami.
Mulanya siang memang kami nak buat meet & greet dengan squad inai Che Ta sahaja tapi @anaszahrin cakap dekat kami, “Akak alang alang malam bersanding teruslah, anas hadiahkan untuk akak.”
Kami pun macam terkejutlah sebab dia macam short notice sangat lepas tu makan apa semua bukan murah tapi knowing Anas, dia perfectionist dalam segala benda jadi kami percaya 100% dekat dia. Why not kan?
Kalau nak di kira semua lebih 100k dia keluarkan untuk semua ni tapi kami tak heran sebab sepanjang kami kenal Anas, tak pernah lagi kami bayaq duit makan ka apa ke.
Memang dia paling laju bayaq.. takda peluang langsung kami.. tapi kan hampa, kalau nak dikira dengan wang ringgit, persahabatan kami memang tak boleh nak di nilai dengan duit.
Kami just nak ucap thank you dekat Anas untuk semua ni, semoga persahabatan yang terjalin kekal sampai bila bila. Love you.
Mingguan Wanita :Beruntung sebenarnya ada sahabat yang baik dunia akhirat ini. Kebaikannya mengalir dekat dengan sesiapa yang dekat dengannya. Seronok tengok gambar dan momen-momen manis persandingan semula Che Ta dan Zain serta dikelilingi anak-anak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...