Bila Cukup Baja Dalam Rumah Tangga, Barulah Makin Lama Makin Bahagia

Share

Dalam rumah tangga ni rahsianya adalah menghargai. Selagi mana kita sentiasa menghargai dan membajai hubungan rumah tangga dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang pasti kebahagian dapat dikecapi.

Sebenarnya tidak perlu idea atau tip yang bombastik untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga, memadai bersikap yang sama seperti mana mula-mula dahulu. Layani pasangan sebaiknya, barulah rumah tangga makin lama makin bahagia.

Fahami perkongsian Firdaus Shakirin ini:

Kasih sayang dalam rumah tangga perlu dijaga walaupun sudah semakin lama…
Ada pasangan, makin lama, makin bahagia… Kenapa jadi macam ini? Sebab dibajai rumah tangga itu dengan perkara-perkara baru atau masih mengekalkan perkara-perkara lama tanpa ada yang tertinggal walau satu pun.

Waktu bercinta, dia punya ambil berat, dia punya prihatin, memang tip top. Awal perkahwinan, masih sama dan mahu ke mana-mana pun bersama-sama, lintas jalan pun berpimpin tangan.

Setelah masuk 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun, maka semua itu beransur-ansur hilang.

Ada perkara yang sudah ditinggalkan, ada perkara yang sudah tidak diamalkan, ada perkara yang sudah tidak dibuat lagi. Sudah jarang spend masa bersama-sama, sudah jarang bergurau senda dan sudah jarang ada untuk pasangan.
Maka, kasih sayang juga semakin berkurangan.

Hambar dan pudar…

Dahulu, bila pasangan makan, tak pernah tak teman. Sekarang pasangan makan sendirian. Dahulu, bila pasangan buat kerja-kerja rumah, tak pernah tak tolong. Sekarang pasangan buat sendirian. Dahulu, saling bercerita antara satu sama lain, sekarang pasangan buka mulut hendak sembang pun disuruh diam.

Perubahan seperti ini yang memudaratkan hubungan…

Tak perlu malu untuk romantik dengan pasangan, tak perlu segan untuk bermesra dengan pasangan sebab sayang itu perlu ditunjuk. Pimpin sahaja tangan dia jika hendak melintas jalan, suap sahaja dia makan kalau dia sibuk dengan anak-anak. Cuit sahaja dia, melawak sahaja dengan pasangan walaupun di depan anak-anak. Kekalkan cara ketika bercinta itu selepas berumahtangga. Tetap call, mesej, ambil berat, prihatin dan sebagainya sama macam dahulu.

Usia perkahwinan bukan halangan untuk kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap pasangan.


MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi iktibar buat pasangan yang telah lama berkahwin. Sebenarnya mudah sahaja mahu bahagia, paling penting saling percaya dan bajai rumah tangga dengan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.

Sumber:
Firdaus Shakirin

Published by
Nur Syazwani Mehat